KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Pakistan berusia 32 tahun berdepan detik ngeri apabila kemaluannya dipotong sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di Klang, Selangor baru-baru ini.
Perkara itu diceritakan oleh rakan mangsa yang juga warganegara Pakistan, Rizwan Ahmad ketika membuat laporan polis bagi pihak mangsa, lapor Malaysiakini.
Difahamkan, kejadian berlaku pada malam Ahad lalu, ketika mangsa yang pada awalnya duduk berseorangan berhampiran Masjid Alam Impian, didekati empat lelaki.
Jelasnya, rakannya itu ditanya beberapa soalan seperti sama ada dia sudah berkahwin, pasangannya, dan sama ada mangsa pernah melakukan hubungan seks ketika di Malaysia.
Mangsa kemudiannya menjawab bahawa dia sudah berkahwin dengan pasangannya di Pakistan dan tidak pernah melakukan hubungan seks ketika berada di negara ini.
“Lepas tu dia (salah seorang daripada suspek) kata buka baju, seluar.
"Lepas tu 10 kali naik turun, duduk bawah, naik (ketuk ketampi).
“Lepas dah 10 kali (ketuk ketampi), dia (kawan saya) naikkan seluar.
“(Lelaki) tu cakap saya tak ada cakap you (kena) naikkan seluar, kenapa you naikkan seluar?” katanya.
Rizman berkata suspek kemudian bertanya kepada mangsa mengapa kemaluan mangsa tidak menegang.
Bagaimanapun mangsa menjawab dia tidak boleh berereksi ketika itu.
Suspek berkata memandangkan kemaluan mangsa tidak boleh menegang, suspek ingin memotong kemaluan mangsa kerana dianggap tidak berguna lagi.
Namun, mangsa merayu kepada suspek supaya jangan memotong kemaluannya.
"Dia (mangsa) cakap jangan potong (kemaluan). Kaki saya boleh potong, tangan boleh potong," katanya.
Malangnya, kemaluan mangsa dipotong dan dicampak.
"Dia (suspek) sudah potong habis… lepas tu dia terus lari," katanya.
Apabila ditanya mengapa rakannya tidak melarikan diri ketika kejadian, Rizman berkata rakannya ditahan oleh suspek dengan lengannya dicengkam kiri dan kanan.
Katanya, mangsa pengsan kerana menahan kesakitan sebelum berjaya menghubungi salah seorang rakan mereka untuk mendapatkan bantuan.
Katanya, telefon bimbit mangsa dicampak di kawasan berdekatan sebelum kejadian.
Namun mangsa berjaya mendapatkannya walaupun terpaksa menanggung kesakitan yang teramat.
Dia juga menghantar lokasi kepada rakannya yang mengambil masa sekitar setengah jam untuk mencari lokasi di mana dia berada.
Apabila ditanya apakah yang terjadi kepada kemaluan yang telah dicampakkan itu, katanya ia masih tidak dijumpai.
"Tak ada jumpa. Kita ramai pergi cari, polis pun ada sampai sana, polis pun ada tolong cari tapi tak dapat lagi," katanya.
Menyifatkan mangsa sebagai seorang yang baik hati, dia turut yakin bahawa mangsa tidak mempunyai sebarang musuh.
Menurut Rizman, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan kemudian dipindahkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Mangsa merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Keluarganya di Pakistan tidak dikhabarkan mengenai kejadian yang menimpanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat ketika dihubungi, mengesahkan laporan itu.
Fadzil berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui motif sebenar kejadian.
"Untuk mengesahkan perkara itu berlaku, memang betullah," katanya.
Astro Awani
Wed Apr 07 2021

Difahamkan, kejadian berlaku pada malam Ahad lalu, ketika mangsa yang pada awalnya duduk berseorangan berhampiran Masjid Alam Impian, didekati oleh empat lelaki. -Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Anwar minta PDRM jangan sekat media buat liputan berita
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tidak mengenakan sebarang sekatan terhadap mana-mana organisasi media dalam membuat liputan berita anjuran agensi itu.

Asyraf Wajdi saman Malaysiakini, Astro AWANI masing-masing RM25 juta
Kata Asyraf, sudah tiba masanya UMNO untuk bersikap lantang dan lebih agresif kerana parti itu sudah lama bersikap gentleman.

Panel 7 hakim tolak permohonan semakan Malaysiakini batal sabitan menghina, denda
Hujahan yang dibangkitkan oleh peguam gagal untuk meyakinkan mahkamah berhubung isu berkaitan dakwaan pelanggaran keadilan asasi.

Pandora Papers: Semua jawatan dalam Kumpulan Kenanga telah dilepaskan pada Jun 2010 - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul telah merujuk perkara berkenaan kepada peguamnya untuk mendapatkan nasihat lanjut dan tindakan susulan yang sewajarnya.

Malaysia jatuh 18 anak tangga dalam Indeks Kebebasan Media 2021 - RSF
Malaysia jatuh 18 tangga dari tempat ke-101 pada 2020 ke tempat ke-119 tahun ini.

Saya tidak pernah buat laporan polis terhadap Apandi Ali mengenai 1MDB - Kit Siang
Ketika dicadangkan Lim tidak membuat laporan polis kerana beliau tahu Mohamed Apandi tidak membantu dan bersubahat dalam skandal 1MDB, Lim berkata beliau tidak bersetuju.

Kemaluan dipotong, dicampak selepas dipaksa ketuk ketampi
Mengerikan! Seorang lelaki warganegara Pakistan berusia 32 tahun berdepan detik ngeri dalam hidupnya apabila kemaluannya dipotong sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di Klang, Selangor baru-baru ini

Indonesia bukan negara Islam walaupun penduduk majoriti Muslim - Ma'ruf
Ma'ruf memaklumkan bahawa kerukunan antara agama di republik itu harus dijaga, antaranya dengan menghormati kepelbagaian rakyat.

Komen berbaur hasutan, polis buka kertas siasatan terhadap Steven Gan dan Charles Santiago
Ia dipercayai berhubung reaksi mereka terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mendapati Mkini Dot Com Sdn Bhd bersalah Jumaat lepas.