KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Lim Kit Siang memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat beliau tidak pernah membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Lim berkata demikian dalam pemeriksaan balas oleh peguam M.Visvanathan pada hari kelima perbicaraan tuntutan saman fitnah oleh Mohamed Apandi terhadap Lim berhubung satu artikel mengenai skandal 1MDB yang didengar di hadapan Hakim Datuk Azimah Omar.
Ketika dicadangkan Lim tidak membuat laporan polis kerana beliau tahu Mohamed Apandi tidak membantu dan bersubahat dalam skandal 1MDB, Lim berkata beliau tidak bersetuju.
Visvanathan: Saya menyatakan kepada anda bahawa anda tidak cukup berani untuk membuat laporan polis pada waktu itu bahawa AG pada waktu itu telah membantu dan bersubahat dalam skandal 1MDB?
Lim: Saya tidak membuat laporan polis kerana AG mesti bertanggungjawab kepada rakyat.
Visvanathan: Adakah anda bersetuju bahawa alasan anda tidak membuat laporan polis kerana anda tahu di dalam hati anda bahawa plaintif tidak membantu dan bersubahat dalam skandal 1MDB?
Lim: Ia tidak begitu. Saya tidak bersetuju.
BACA: Siasatan 1MDB, SRC diklasikasi sebagai NFA, bukan ditutup - Mohamed Apandi
BACA: Apandi Ali gagal kawal perasaan, menangis ketika beri keterangan di mahkamah
Kepada persoalan lain sama ada Lim telah menulis surat kepada Mohamed Apandi sebelum ini untuk mendapatkan penjelasan berhubung kenyataannya pada 26 Jan 2016 yang membersihkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai salah laku dalam skandal 1MDB dan SRC International Sdn Bhd, Lim berkata tidak.
Visvanathan: Sebagai Ahli Parlimen (MP) adakah lebih baik untuk menulis kepadanya secara rasmi menuntut penjelasan dan sekiranya bekas AG gagal untuk memberi respons, maka anda boleh katakan, saya telah menulis surat kepada AG tetapi beliau enggan memberi respons. Itulah cara yang betul, yang adil iaitu tentang kedaulatan undang-undang?
Lim: Dengan hormatnya, saya tidak bersetuju.
Visvanathan juga berkata bahawa tindakan Lim yang tidak mahu mendapatkan sebarang pengesahan daripada Mohamed Apandi adalah cubaan untuk membawa isu itu ke kancah politik, ia disangkal Lim yang menyatakan beliau tidak bersetuju.
Pada 5 Julai 2019, Mohamed Apandi menyaman Lim dan dalam penyataan tuntutan mendakwa pada 6 Mei 2019, Lim telah menulis dan membawa kepada penerbitan artikel bertajuk, Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity dalam Malaysiakini.
Beliau mendakwa perkataan berunsur fitnah dalam artikel itu membawa maksud bahawa beliau telah terlibat dalam jenayah dan bersubahat dalam skandal kewangan 1MDB, seorang individu yang tidak bermoral dan berintegriti, tidak beretika serta telah menyalahgunakan kuasanya ketika menjadi AG.
BACA: Mohamed Apandi buat laporan polis terhadap Tommy Thomas
BACA: Mohamed Apandi mohon dapatkan dokumen antara Dr Mahathir dan kerajaan
Mohamed Apandi, yang menyandang jawatan AG dari 27 Julai 2015 hingga 4 Jun 2018, mendakwa bahawa perkataan fitnah itu adalah tidak benar dan ditulis dengan niat mencemarkan imej serta kredibilitinya sebagai bekas AG Malaysia bagi meraih publisiti murahan.
Beliau menuntut ganti rugi teruk dan teladan serta ganti rugi am sebanyak RM10 juta, perintah injunksi bagi menghalang Lim dan/atau ejennya daripada terus menerbitkan perkataan yang didakwa berunsur fitnah dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azimah bersambung pada 21 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 10 2021

Lim Kit Siang, penasihat DAP. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

PM Anwar bidas pengkritik, tekad laksana agenda reformasi negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan semula komitmen teguh kerajaan dalam menggerakkan agenda reformasi negara.

Tuduhan berkongsi ideologi dengan Chin Peng adalah fitnah - Lim Kit Siang
Ahli politik veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tuduhan dia dan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng berkongsi ideologi yang sama, adalah fitnah.

Lim Kit Siang ucap terima kasih kepada TYT Pulau Pinang
Lim Kit Siang menzahirkan penghargaannya kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang atas penganugerahan Darjah Utama Pangkuan Negeri.

1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.

Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.

Kit Siang akui mustahil bukan Melayu jadi Perdana Menteri
Bekas MP Iskandar Puteri itu berkata, perkara tersebut tak mungkin terjadi biarpun tiada larangan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Polis selesai rekod keterangan Kit Siang
Polis telah merekod keterangan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang pada Rabu, berhubung kenyataannya berkaitan kemungkinan orang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri.

Polis rakam keterangan Lim Kit Siang Rabu ini
Ia susulan penulisan di laman blog beliau yang menyentuh isu Perlembagaan berhubung pelantikan Perdana Menteri Malaysia.

Apandi fail kebenaran merayu berhubung keputusan mahkamah tolak saman terhadap Kit Siang
Mohamed Apandi telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi meneruskan rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Polis sahkan terima dua laporan terhadap Siti Mastura
Polis mengesahkan menerima dua laporan terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad.