PUTRAJAYA: Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan semakan Malaysiakini untuk membatalkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mendapati portal berita dalam talian itu bersalah menghina mahkamah menerusi penerbitan komen pembaca.
Panel yang diketuai Hakim Puan Sri Zaleha Yusof memutuskan bahawa hujah yang dibangkitkan dalam prosiding semakan hari ini oleh peguam Malaysiakini Datuk Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili pengendali Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd, telah dikemukakan dan dipertimbangkan oleh panel Mahkamah Persekutuan yang telah mendengar permohonan penghinaan itu.
Beliau berkata hujahan yang dibangkitkan oleh peguam gagal untuk meyakinkan mahkamah berhubung isu berkaitan dakwaan pelanggaran peraturan keadilan asasi.
Beliau berkata walaupun andaian sekiranya kami bersetuju dengan hujah peguam Malaysiakini, mahkamah dikekang oleh kekurangan bidang kuasa untuk mendengar permohonan itu kerana ia adalah permohonan semakan dan bukan rayuan.
Hakim Zaleha berkata memandangkan perkara itu adalah kes kepentingan awam, mahkamah tidak akan membuat sebarang perintah mengenai kos.
Hakim lain yang menganggotai panel itu ialah Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, Datuk Mary Lim Thiam Suan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Pada 19 Feb 2021 dalam keputusan majoriti 6-1, Mahkamah Persekutuan yang dianggotai tujuh hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf, mendapati Malaysiakini bersalah menghina mahkamah menerusi penerbitan komen pembaca dan syarikat itu diarah membayar denda RM500,000.
Mkini Dotcom Sdn Bhd membayar denda itu.
Pada 17 Jun 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan kebenaran ex-parte Jabatan Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap Mkini Dotcom yang mengendalikan portal berita Malaysiakini serta Ketua Pengarang Malaysiakini Steven Gan berhubung komen lima pembaca mengenai satu artikel yang disiarkan oleh Malaysiakini pada 9 Jun, bertajuk "CJ orders all courts to be fully operational from July 1" yang disifatkan sebagai menyinggung perasaan.
Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan mendapati Gan tidak bersalah menghina mahkamah.
Dalam permohonan semakan yang difailkan oleh Mkini Dotcom, syarikat itu memohon mengetepikan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini dan meminta pendengaran semula prosiding menghina itu.
Dalam permohonan semakan yang difailkan oleh Mkini Dotcom, syarikat itu memohon mengetepikan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini dan meminta pendengaran semula prosiding menghina itu.
Pada prosiding hari ini yang dijalankan secara dalam talian, Malik Imtiaz berhujah bahawa Malaysiakini telah bersikap prejudis kerana penghakiman majoriti oleh Mahkamah Persekutuan telah melibatkan beberapa isu tertentu, yang di luar hujah Peguam Negara.
Beliau berkata Malaysiakini tidak akan didapati bersalah kerana menghina mahkamah jika kes itu hanya berdasarkan kes Peguam Negara kerana selepas itu badan berkenaan telah mengakui beberapa perkara yang memihak kepada portal itu.
Malik Imtiaz berkata panel Mahkamah Persekutuan dalam membuat keputusan majoriti, telah menyebabkan pelanggaran serius terhadap peraturan keadilan asasi yang mengakibatkan berlakunya ketidakadilan.
Beliau juga berhujah Malaysiakini tidak diminta atau diberi peluang untuk membuat penjelasan semasa pendengaran kes penghinaan itu berhubung isu yang membentuk kepada asas penghakiman majoriti.
Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan yang mewakili Peguam Negara bagaimanapun berhujah permohonan semakan itu adalah tanpa merit kerana panel Mahkamah Persekutuan yang mendengar prosiding penghinaan tersebut telah membuat penemuan fakta dan undang-undang berdasarkan bukti yang dikemukakan di mahkamah.
Beliau berkata permohonan semakan itu adalah percubaan untuk mengemukakan semula hujah yang telah dikemukakan dalam prosiding menghina.
Mkini Dotcom turut diwakili peguam Surendra Ananth dan Khoo Suk Chyi manakala Peguam Kanan Persekutuan Saravanan Kuppusamy juga mewakili Peguam Negara.
Turut hadir peguam pemerhati Datuk Joy Wilson Appukuttan mewakili Majlis Peguam dan New Sin Yew bagi pihak Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ) dan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 29 2022

Hakim Zaleha berkata memandangkan perkara itu adalah kes kepentingan awam, mahkamah tidak akan membuat sebarang perintah mengenai kos. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Anwar minta PDRM jangan sekat media buat liputan berita
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tidak mengenakan sebarang sekatan terhadap mana-mana organisasi media dalam membuat liputan berita anjuran agensi itu.

Asyraf Wajdi saman Malaysiakini, Astro AWANI masing-masing RM25 juta
Kata Asyraf, sudah tiba masanya UMNO untuk bersikap lantang dan lebih agresif kerana parti itu sudah lama bersikap gentleman.

Panel 7 hakim tolak permohonan semakan Malaysiakini batal sabitan menghina, denda
Hujahan yang dibangkitkan oleh peguam gagal untuk meyakinkan mahkamah berhubung isu berkaitan dakwaan pelanggaran keadilan asasi.

Pandora Papers: Semua jawatan dalam Kumpulan Kenanga telah dilepaskan pada Jun 2010 - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul telah merujuk perkara berkenaan kepada peguamnya untuk mendapatkan nasihat lanjut dan tindakan susulan yang sewajarnya.

Malaysia jatuh 18 anak tangga dalam Indeks Kebebasan Media 2021 - RSF
Malaysia jatuh 18 tangga dari tempat ke-101 pada 2020 ke tempat ke-119 tahun ini.

Saya tidak pernah buat laporan polis terhadap Apandi Ali mengenai 1MDB - Kit Siang
Ketika dicadangkan Lim tidak membuat laporan polis kerana beliau tahu Mohamed Apandi tidak membantu dan bersubahat dalam skandal 1MDB, Lim berkata beliau tidak bersetuju.

Kemaluan dipotong, dicampak selepas dipaksa ketuk ketampi
Mengerikan! Seorang lelaki warganegara Pakistan berusia 32 tahun berdepan detik ngeri dalam hidupnya apabila kemaluannya dipotong sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di Klang, Selangor baru-baru ini

Indonesia bukan negara Islam walaupun penduduk majoriti Muslim - Ma'ruf
Ma'ruf memaklumkan bahawa kerukunan antara agama di republik itu harus dijaga, antaranya dengan menghormati kepelbagaian rakyat.

Komen berbaur hasutan, polis buka kertas siasatan terhadap Steven Gan dan Charles Santiago
Ia dipercayai berhubung reaksi mereka terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mendapati Mkini Dot Com Sdn Bhd bersalah Jumaat lepas.