Seorang pelajar Malaysia di Jordan maut manakala empat lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya semalam.
Nahas berlaku kira-kira jam 5 petang waktu di Jordan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia, kenderaan jenis pacuan empat roda yang dinaiki oleh lima pelajar tersebut terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320km dari Amman, Jordan.
Pelajar tahun satu dalam bidang astronomi fizik di Universiti Kolej London, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Sumaiyah Romli meninggal dunia manakala Muhammad Nazirul Mubin Nasruddin, Nur Ili Dayana Mazlan, Mohamad Shukri Alias dan Humairak Ibrahim dilaporkan cedera.
Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah di Petra.
Pegawai dari Pejabat Education Malaysia Jordan dan Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (JPA) telah memeriksa keadaan semua mangsa terlibat dan dalam proses menguruskan jenazah.
Keluarga pelajar yang meninggal dunia telahpun dimaklumkan.
Astro Awani
Sat Jun 22 2013


Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Mercy Malaysia ucap terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Amman
Mercy Malaysia ucap terima kasih kepada Kedutaan Besar Malaysia di Amman kerana membantu dan memudahkan pemindahan enam anggota EMTnya dari Rafah.

Raja Abdullah akui enggan warisi takhta kerajaan Jordan, sehinggalah...
Raja Jordan, Raja Abdullah II akhirnya mengakui enggan menerima takhta kerajaan Jordan apabila ditawarkan almarhum ayahanda baginda, Raja Hussein beberapa minggu sebelum kemangkatan baginda.

Identiti tiga pelajar Malaysia maut di Jordan dikenal pasti
Kementerian Luar hari ini mengesahkan identiti tiga pelajar Malaysia yang terkorban dalam kemalangan di Safawi, utara Amman, Jordan semalam.

MACAM-MACAM HAL: Wartawan bergaduh dalam program debat di Jordan
Program diskusi itu jadi hangat dan hampir mencetuskan pergaduhan apabila Mohammed menuduh Shaer sebagai "sesat"

Kemalangan di Jordan: Seorang pelajar Malaysia maut, empat cedera
Seorang pelajar Malaysia di Jordan maut manakala empat lagi dilaporkan cedera dalam satu kemalangan jalan raya.
Jordan tahan 11 suspek sekutu Al-Qaeda
Pihak berkuasa jordan menahan sebelas suspek militan sekutu Al-Qaeda yang dipercayai merancang plot serangan bom di negara berkenaan.