KUANTAN: Kadar kemajuan keseluruhan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencapai lebih 56 peratus sehingga November lepas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Beliau berkata kemajuan projek mega itu selari dengan jadual penyiapan projek dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak pada Dis 2026, dan ECRL dijadualkan beroperasi pada Januari 2027.
"Tahun 2023 juga merupakan tahun kemuncak pembinaan projek ini. Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak awal tahun ini, merangkumi pemasangan rasuk jejambat, pembinaan stesen, dan pembinaan depot kereta api.
"Tidak lama lagi kemajuan Projek ECRL juga akan melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargonya," katanya semasa berucap di Majlis Perasmian Pemasangan Landasan Pertama ECRL di Tapak Stesen ECRL Seksyen 10 Gebeng di sini, hari ini.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis itu, yang turut menyaksikan keberangkatan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Selepas projek berkenaan siap sepenuhnya, Loke berkata penduduk di Pantai Timur akan menikmati lembaran baharu sistem pengangkutan negara yang antara lain membolehkan warga Kuantan tiba di Kuala Lumpur dalam masa satu setengah jam berbanding tiga jam di jalan raya.
Selain itu, Loke juga memaklumkan sehingga kini 23,000 pekerja terlibat dalam melaksanakan kerja di 1,900 tapak pembinaan sepanjang jajaran, manakala kerja pengorekan terowong menggunakan kaedah gerudi dan letup, telah mencapai penembusan 26 terowong sehingga kini.
"Pengorekan Terowong berkembar Genting sepanjang 16.39 kilometer (km) dengan kombinasi kaedah gerudi, letup serta mesin pengorek terowong, telah mencapai kedalaman hampir enam kilometer bagi kedua-dua bahagian terowong dan dijangka mencatat penembusan pada suku kedua 2025," katanya.
Bagi peringkat kerja jejambat ECRL yang meliputi panjang 145 km, beliau berkata sehingga kini pemasangan rasuk jejambat telah disempurnakan pada jarak lebih 60 km.
Landasan ECRL dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor melibatkan pembinaan 20 stesen, merangkumi 10 stesen penumpang serta 10 stesen gabungan penumpang dan kargo, dengan tujuh di Pahang, Terengganu (enam stesen), Kelantan (dua stesen) dan Selangor (lima stesen).
"Kementerian Pengangkutan optimis bahawa Stesen KPC, Cherating, KotaSAS dan Paya Besar akan memeriahkan lagi pentadbiran daerah Kuantan yang mempunyai lebih 600,000 penduduk," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023
![Kemajuan projek ECRL capai lebih 56 peratus - Anthony Loke Kemajuan projek ECRL capai lebih 56 peratus - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702277221_TBAGONGjpg.jpg)
Loke (dua, kanan) hadir pada Majlis Perasmian Pemasangan Landasan Pertama projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hari ini yang disempunakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Foto Bernama
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712064952_AnthonyLoke.jpg)
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
![Semua pihak perlu berganding bahu pastikan projek ECRL siap ikut jadual - PM Semua pihak perlu berganding bahu pastikan projek ECRL siap ikut jadual - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702382275_TBECRL.jpg)
Semua pihak perlu berganding bahu pastikan projek ECRL siap ikut jadual - PM
Perdana Menteri mengingatkan semua pihak termasuk kerajaan negeri yang terlibat dalam pembinaan ECRL perlu berganding bahu bagi memastikan projek berkenaan disiapkan mengikut jadual.
![Kemajuan projek ECRL capai lebih 56 peratus - Anthony Loke Kemajuan projek ECRL capai lebih 56 peratus - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702277221_TBAGONGjpg.jpg)
Kemajuan projek ECRL capai lebih 56 peratus - Anthony Loke
Kadar kemajuan keseluruhan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencapai lebih 56 peratus sehingga November lepas.
![Agong rasmi majlis pemasangan landasan pertama ECRL Agong rasmi majlis pemasangan landasan pertama ECRL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702271014_TBECRLjpg.jpg)
Agong rasmi majlis pemasangan landasan pertama ECRL
Majlis yang berlangsung di Tapak Stesen ECRL Seksyen 10 di Gebeng di sini, turut menyaksikan keberangkatan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
![Mohon jajaran ECRL ditambah ke daerah lain pada masa depan Mohon jajaran ECRL ditambah ke daerah lain pada masa depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697622953_TBMBMUSANGKING.jpg)
Mohon jajaran ECRL ditambah ke daerah lain pada masa depan
Kerajaan Pahang memohon supaya jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang melalui Kuantan, Maran, Temerloh dan Bentong, dapat ditambah ke daerah lain di Pahang pada masa depan.
![Proses pengambilan tanah bagi projek ECRL telah siap 93 peratus Proses pengambilan tanah bagi projek ECRL telah siap 93 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695011139_ECRL.jpg)
Proses pengambilan tanah bagi projek ECRL telah siap 93 peratus
Proses pengambilan tanah bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer telah siap 93 peratus, kata Pengurus Besar Unit Perniagaan Kereta Api China Harbour Engineering Company Ltd
![ECRL pemangkin industri, ekonomi Terengganu - Anthony Loke ECRL pemangkin industri, ekonomi Terengganu - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684485314_AnthonyLokeSiewFo.jpg)
ECRL pemangkin industri, ekonomi Terengganu - Anthony Loke
ECRL yang dijangka mula beroperasi pada 2027 bakal menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri dan ekonomi Terengganu.
![Projek ECRL berjaya selesaikan 12 penembusan terowong setakat ini - MRL Projek ECRL berjaya selesaikan 12 penembusan terowong setakat ini - MRL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666017954_TBECRL.jpg)
Projek ECRL berjaya selesaikan 12 penembusan terowong setakat ini - MRL
Terowong Kuantan, projek ECRL sepanjang 2.8 kilometer telah berjaya ditembusi 2 bulan lebih awal daripada jadual dan menjadikannya terowong ECRL yang ke-12 melengkapkan proses pergorekan, kata MRL.
![Projek ECRL di Pahang berjalan lancar Projek ECRL di Pahang berjalan lancar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653088085_ECRLKuantan.jpg)
Projek ECRL di Pahang berjalan lancar
Pembinaan ECRL di Pahang melibatkan tujuh stesen dengan tahap kemajuannya mendahului Terengganu, Kelantan dan Selangor.
![Kerajaan jamin tambang ECRL tidak membebankan pengguna - Wee Kerajaan jamin tambang ECRL tidak membebankan pengguna - Wee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651563520_TBWeeKaSiong.jpg)
Kerajaan jamin tambang ECRL tidak membebankan pengguna - Wee
Kerajaan memberi jaminan kadar tambang perkhidmatan pengangkutan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan ditetapkan kelak tidak akan membebankan pengguna.