KUANTAN: Pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Pahang berjalan lancar dengan lima daripada 36 terowong sudah ditembusi setakat semalam, kata Pengurus Pembinaan Wilayah Pahang Malaysia Rail Link (MRL) Khairi Khalid Abdul Rahman.
Beliau berkata pembinaan ECRL di Pahang melibatkan tujuh stesen iaitu Cherating, Kuantan Port City, KotaSAS, Paya Besar, Maran, Temerloh dan Bentong dengan tahap kemajuannya mendahului Terengganu, Kelantan dan Selangor.
"Sehingga kini pembinaan ECRL di Pahang yang keterdepan, ini kerana sejak projek bersambung semula pada 2019, tidak banyak perubahan daripada segi jajaran dan proses pembinaan berjalan lancar.
"Malah, lima terowong pendek dengan jarak antara 190 hingga 600 meter telah berjaya ditembusi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui semasa majlis Aidilfitri Bersama ECRL yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif MRL Datuk Seri Darwis Abdul Razak di sini, semalam.
Mengulas mengenai perkembangan pembinaan Terowong Kuantan, beliau berkata laluan sepanjang 2.8 kilometer (km) itu dijangka dapat ditembusi pada Oktober ini.
"Kebiasaannya selepas ditembusi terowong berkenaan akan siap dalam tempoh tiga hingga empat bulan," kata Khairi Khalid.
Terowong Kuantan merupakan terowong terpanjang bagi Seksyen B ECRL yang membabitkan perjalanan dari Dungun, Terengganu ke Temerloh, Pahang dan kedua terpanjang bagi terowong ECRL di negeri ini, iaitu selepas Terowong Genting sepanjang 16.39 km antara Bentong dan Gombak.
Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri yang memberikan kerjasama baik dan sokongan padu sepanjang projek ini dilaksanakan di Pahang.
ECRL yang keseluruhannya sepanjang 665 km telah mencatatkan tahap kemajuan sebanyak 28.57 peratus setakat Mac lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022
Seorang pekerja melintasi terowong ECRL Kuantan yang sedang dalam pembinaan, 9 Sept 2021. - Gambar fail BERNAMA
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 peratus
Anthony Loke berkata pembinaan projek berkenaan berjalan lancar dan mengikut jadual ditetapkan.
Kemajuan kerja projek ECRL di Kelantan capai 79.81 peratus sehingga Mei 2024 - MoT
Ini termasuk struktur jambatan dengan sejumlah 428 daripada 468 rentang bagi tujuan pemasangan rasuk telah siap di jajaran utama.
Malaysia Rail Link bentuk syarikat operasi dengan CCCC China uruskan ECRL
Syarikat pengendali itu adalah hasil kontrak yang dirundingkan semula bertujuan berkongsi risiko operasi antara MRL dan CCCC.
Video tular: ECRL diarah segera baiki jalan berlubang
ECRL diarahkan membaik pulih tampalan pada jalan berlubang di Jalan Hj Abdul Manan (Jalan Negeri), Klang dengan segera.
PM Anwar, PM China Li Qiang rasmi majlis pecah tanah stesen terminal bersepadu ECRL
Majlis pecah tanah itu membuka laluan kepada penyediaan rel ECRL yang melibatkan laluan dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor yang dijangka siap pada Disember 2026.
ECRL jamin pertumbuhan ekonomi lebih segar di negeri Pantai Timur - PM Anwar
Pembinaan ECRL dari Kota Bharu ke Pelabuhan Klang bakal menjamin pertumbuhan ekonomi segar di negeri-negeri Pantai Timur, kata PM Anwar
Kontraktor projek ECRL mulakan kerja pemasangan sistem
Projek ECRL memulakan kerja pemasangan sistemnya yang menandakan fasa akhir pembinaan sebelum memasuki peringkat pengujian dan pengoperasian.
PKNP kenal pasti kawasan berpotensi dibangunkan sekitar ECRL
PKNP kenal pasti beberapa kawasan berpotensi dibangunkan di sekitar stesen ECRL yang sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi penduduk setempat dan negeri Pahang.
Isu tanah kubur Selat Klang: Waris, ahli keluarga mohon tangguh lagi
Waris dan ahli keluarga mendakwa tiada kata sepakat dicapai pada perjumpaan tertutup bagi membincangkan isu pengalihan tanah kubur di Selat Klang pada Ahad lalu.
Kemajuan pembinaan ECRL di empat negeri cecah purata 65 peratus - Loke
Kemajuan pelaksanaan projek ECRL yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor telah mencapai purata 65 peratus setakat April.