KUANTAN: Kerajaan Pahang memohon supaya jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang melalui Kuantan, Maran, Temerloh dan Bentong, dapat ditambah ke daerah lain di Pahang pada masa depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata cadangan kerajaan negeri ialah supaya jajaran itu dapat ditambah dari Bentong ke Raub atau Jerantut sebelum ke Lipis, selain laluan di Kuantan boleh ditambah ke Pekan dan Rompin.
"ECRL dijadualkan siap pada 2026 dan beroperasi pada 2027...dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada dua, tiga bulan lepas, saya telah katakan supaya kita (kerajaan negeri) membuat permohonan baru (untuk menambah laluan). Jangan tunggu sehingga ECRL siap dan beroperasi, baru kita nak minta.
"Saya telah minta supaya Setiausaha Kerajaan Pahang (Datuk Seri Zulkifli Yaacob) melalui BPEN (Bahagian Perancang Ekonomi Negeri), buat permohonan. Maknanya kita ambil tindakan awal dan bukan tunggu (ECRL) siap, kerana ia mengambil masa yang panjang," katanya.
Wan Rosdy berkata demikian semasa mencelah perbahasan Datuk Abd Aziz Mat Kiram (BN-Batu Talam), yang mengambil bahagian membahaskan Belanjawan Pahang 2024 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.
Terdahulu, Abd Aziz berkata jajaran baru ECRL dari Bentong ke Lipis dapat menghubungkan laluan keretapi di sebelah Pahang Barat, yang secara tidak langsung juga membawa limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023
![Mohon jajaran ECRL ditambah ke daerah lain pada masa depan Mohon jajaran ECRL ditambah ke daerah lain pada masa depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697622953_TBMBMUSANGKING.jpg)
Wan Rosdy berkata cadangan kerajaan negeri ialah supaya jajaran itu dapat ditambah dari Bentong ke Raub atau Jerantut sebelum ke Lipis, selain laluan di Kuantan boleh ditambah ke Pekan dan Rompin. - Gambar fail/Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Pahang tubuh jawatankuasa pastikan buah, sayur selamat di pasaran Pahang tubuh jawatankuasa pastikan buah, sayur selamat di pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710313378_KerajaanPahang.jpg)
Pahang tubuh jawatankuasa pastikan buah, sayur selamat di pasaran
Penubuhan Jawatankuasa Kawalan Keselamatan Penggunaan Racun Makhluk Perosak Dalam Sayur Dan Buah Negeri Pahang itu dipersetujui dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) semalam.
![Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Pahang sumbang RM8,000 kepada keluarga mangsa Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Pahang sumbang RM8,000 kepada keluarga mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710313378_KerajaanPahang.jpg)
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Pahang sumbang RM8,000 kepada keluarga mangsa
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk membantu keluarga Allahyarham.
![Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714977625_YahayaOthmanjpg.jpg)
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
![Lagi harimau belang mati dilanggar Lagi harimau belang mati dilanggar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715830714_harimau.jpg)
Lagi harimau belang mati dilanggar
Seekor harimau belang jantan dewasa dilaporkan mati akibat dilanggar kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Kilometer 50.8 arah Kuala Lumpur pada Khamis.
![Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71706759530_MBPahang.jpg)
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
![Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710313378_KerajaanPahang.jpg)
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
![Tuntutan Pas: 'Kita sudah bagi peruntukan kepada pembangkang' Tuntutan Pas: 'Kita sudah bagi peruntukan kepada pembangkang'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51711927172_WanRosdy.jpg)
Tuntutan Pas: 'Kita sudah bagi peruntukan kepada pembangkang'
Katanya, kenyataan Mohd Zarimi dibuat berikutan pihak pembangkang tidak mempunyai topik lain yang boleh dibangkitkan.
![Penjawat awam Pahang terima bantuan khas Aidilfitri RM1,000 - Wan Rosdy Penjawat awam Pahang terima bantuan khas Aidilfitri RM1,000 - Wan Rosdy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41711923398_MenteriBesarPahang.jpg)
Penjawat awam Pahang terima bantuan khas Aidilfitri RM1,000 - Wan Rosdy
Kerajaan Pahang telah membelanjakan sebanyak RM100 juta menerusi Bantuan Prihatin Pahang sejak diperkenalkan pada 2022 hingga hujung 2023.
![Beri perhatian khusus, segerakan projek keutamaan di Pahang - PM Beri perhatian khusus, segerakan projek keutamaan di Pahang - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711237635_TBAnwarIbrahim.jpg)
Beri perhatian khusus, segerakan projek keutamaan di Pahang - PM
Beliau berkata ia bagi memastikan kelancaran perancangan dan keberkesanan pelaksanaan pembangunan projek-projek berkenaan.
![Kenyataan Nik Nazmi kurang tepat, tiada pengeluaran haram nadir bumi - MB Pahang Kenyataan Nik Nazmi kurang tepat, tiada pengeluaran haram nadir bumi - MB Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710313378_KerajaanPahang.jpg)
Kenyataan Nik Nazmi kurang tepat, tiada pengeluaran haram nadir bumi - MB Pahang
Kerajaan Negeri Pahang menafikan berlaku pengeluaran bahan nadir bumi oksida secara haram di kawasan hutan simpan di daerah Lipis seperti dinyatakan Nik Nazmi.