KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Pemasangan Landasan Pertama projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini hari ini.
Majlis yang berlangsung di Tapak Stesen ECRL Seksyen 10 di Gebeng di sini, turut menyaksikan keberangkatan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut hadir ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, Duta Besar China Ke Malaysia Ouyang Yujin, Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) selaku pemilik projek ECRL Tan Sri Mohd Zuki Ali, Pengerusi China Communications Construction Company Ltd (CCCC) Wang Tongzhou dan Menteri Besar dari tiga negeri Pantai Timur, yang menjadi jajaran ECRL.
CCCC merupakan kontraktor kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan ECRL, yang melibatkan jajaran sepanjang 665 kilometer (km) dengan keseluruhannya mempunyai 20 stesen termasuk 10 stesen penumpang dan 10 stesen gabungan penumpang serta kargo.
Projek mega yang dirasmikan pada 9 Ogos 2017 dengan anggaran kos bernilai RM50 bilion itu dijadualkan beroperasi pada Januari 2027 dan menawarkan perkhidmatan keretapi penumpang pada kelajuan 160km/j serta keretapi kargo dengan kelajuan 80km/j.
Wang Tongzhou dalam kenyataan yang diedarkan kepada media berkata majlis pelancaran itu juga merealisasikan era baru untuk proses pembinaan infrastruktur mega keratapi ECRL di Malaysia.
"Pemasangan landasan yang dilancarkan menandakan komitmen kami untuk meraikan Malaysia dengan kemajuan, inovasi, dan integrasi ketersambungan mobiliti yang bermakna," katanya.
Perasmian hari ini menjadi titik permulaan penting untuk pemasangan landasan sepanjang 94 km dari stesen Bandar Pelabuhan Kuantan (KPC) di Gebeng ke Dungun, Terengganu yang dijangka mengambil masa antara tiga ke empat bulan untuk dilengkapkan.
Pemasangan landasan seterusnya akan melibatkan stesen KPC ke Temerloh, dekat sini dan menuju ke arah utara dari Dungun ke Kota Bharu, Kelantan sebelum diakhiri dari Temerloh ke Jalan Kastam, Selangor.
Proses pemasangan menggunakan alat canggih iaitu Mesin Pemasangan Trek CCPG500A, bersama Long Welded Rail (LWR) sepanjang 500 meter dan pre-stressed mono-block sleepers bagi memastikan pembentukan asas yang kukuh, selain dapat mengurangkan getaran semasa keretapi beroperasi bagi keselesaan penumpang.
Peralatan itu juga membolehkan pemasangan landasan berjalan antara 1.5km ke 2.5km sehari, iaitu peningkatan ketara berbanding kaedah kovensional, yang hanya boleh memasang landasan trek antara 500 ke 700 meter sehari.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023

Al-Sultan Abdullah (dua, kiri) dan Tunku Azizah (kiri) berkenan mencemar duli menyaksikan proses pemasangan landasan selepas menyempurnakan gimik perasmian pada Majlis Perasmian Pemasangan Landasan Pertama ECRL di Gebeng, Kuantan. -Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

ECRL: Kabinet lulus cadangan ubah pembinaan ke landasan berkembar libat jajaran di Pelabuhan Klang
Loke berkata kos pembinaan landasan berkembar itu tidak memerlukan peruntukan tambahan oleh kerajaan serta tidak akan meningkatkan kos pembangunan keseluruhan Projek ECRL.

Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke
Tindakan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek TNB di Bentong, Pahang, tidak menjejaskan Projek Laluan ECRL.

Fasa ujian, pentauliahan ECRL bermula Jun 2026
Ia bertujuan memastikan kesediaan sistem ECRL dapat berfungsi dengan baik dan lancar sebelum ia beroperasi sepenuhnya.

Pembinaan ECRL Terengganu terpantas, capai kemajuan 90 peratus - Ahmad Samsuri
Terengganu menjadi negeri paling pantas ketika ini dalam pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berbanding tiga negeri lain apabila telah mencapai tahap kemajuan 90 peratus.

Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Kerja-kerja pemasangan landasan ECRL sepanjang 400 kilometer (km) dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disiapkan dua bulan setengah daripada jadual asal.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - JAIS
Sebanyak 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Daerah Klang yang terlibat dengan ECRL telah selesai dialihkan menerusi Pelan Tindakan Pengalihan Tapak Perkuburan Islam.

Malaysia-China kongsi risiko kerugian kos operasi ECRL sama rata, kalau untung kita ambil 80 peratus - Loke
Syarikat pengendali Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Constructions ECRL Sdn Bhd (CCCECRL) akan menanggung kerugian secara bersama iaitu 50-50.

Malaysia bakal laksana rangkaian komunikasi LTE-R 4G sepanjang jajaran ECRL - Loke
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G di sepanjang jajaran East Coast Rail Link (ECRL).

Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke
Kementerian Pengangkutan berharap perancangan pembangunan rangkaian rel kereta api yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, kata menterinya, Anthony Loke.