CYBERJAYA: Kem Angkasa Kebangsaan 2024 yang julung kali diadakan dijangka dapat mendedahkan pelajar dan masyarakat kepada misi Eksplorasi Angkasa Malaysia 2030 (MSE2030) serta sains dan teknologi angkasa.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata program yang dijadual berlangsung selama tiga bulan bermula Oktober ini di Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak itu menyasarkan penyertaan antara 800 dan 1,000 peserta di setiap negeri.
"Untuk semua lokasi (lima negeri) kita sasar 5,000 peserta dan harap dapat perluaskan di beberapa lokasi lain di seluruh negara.
"Peserta berusia antara sembilan dan 18 tahun yang merupakan pelajar sekolah rendah, menengah, universiti serta orang awam," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kem Angkasa Kebangsaan 2024 di sini semalam.
Beliau berkata matlamat utama program itu untuk menarik minat pelajar terhadap pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta membina asas bakat tempatan yang kukuh bagi menyokong agenda Ekonomi MADANI.
"Dengan usaha bersama, kita yakin dapat melahirkan generasi muda yang berkemahiran tinggi dalam bidang sains dan teknologi khususnya dalam sektor angkasa," katanya.
Chang berkata kem itu juga bermatlamat untuk mengetengahkan potensi kerjaya dalam bidang angkasa serta membina kepakaran tempatan selaras dengan Strategi 1: Teras Pembangunan Modal Insan dalam Pelan Strategik Industri Angkasa 2030 yang dibangunkan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
Berkongsi mengenai format kem itu, beliau berkata ia dibahagikan kepada tiga program iaitu memperkenalkan MSE 2030, aktiviti penerokaan planet Marikh dan mengetengahkan peluang kerjaya.
"Tenaga pengajar pula kita akan jemput angkasawan, rakan industri dan tenaga pengajar universiti untuk beri ceramah," katanya.
Kem Angkasa Kebangsaan 2024 yang bertemakan 'Teknologi dan Pengembaraan Angkasa' merupakan program kerjasama antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta agensi swasta Apadilangit (Langit Kita Sdn Bhd) dan Starlight Education United Kingdom.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024

Chang menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Kem Angkasa Kebangsaan 2024 di MIGHT Partnership Hub di Cyberjaya semalam. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kem Angkasa Kebangsaan 2024: Dedah pelajar kepada MSE 2030, sains dan teknologi
Program yang dijadual berlangsung selama tiga bulan bermula Oktober ini menyasarkan penyertaan antara 800 dan 1,000 peserta.