KUCHING: Langkah pemberian satu hari kelepasan am tambahan sempena Aidilfitri bukan keputusan populis dan kerajaan tidak berniat untuk merugikan sektor swasta, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata pengumuman cuti tambahan berkenaan bertujuan membantu dan mewujudkan suasana perayaan kepada rakyat menjelang sambutan Aidilfitri yang dinanti-nantikan.
"Saya tidak nampak keputusan ini mengganggu sektor swasta dan saya kira suasana perayaan ini dirasai oleh semua masyarakat.
"Jadi ia tidak menyusahkan dan merugikan (sektor swasta) dan ia sama seperti pemberian Tol RAHMAH percuma selama empat hari yang bertujuan membantu rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program bersama pelanggan dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini, hari ini.
Baru-baru ini, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. Datuk Ameer Ali Mydin dalam temu bual di rancangan televisyen tempatan berkata pengumuman cuti am itu menyebabkan syarikatnya menanggung kerugian RM500,000.
BACA: PM umum cuti tambahan satu hari untuk Aidilfitri
Pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hari kelepasan am tambahan itu bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk sambutan hari raya dan pulang ke kampung halaman.
Pengumuman rasmi berhubung tarikh 1 Syawal 1444H untuk sambutan Aidilfitri akan dibuat pada pukul 8 malam ini oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada kira-kira 8.7 juta penerima dengan 63,510 daripadanya merupakan penerima tunai di Sarawak.
Mengenai kawasan liputan ejen bank di negeri ini, Ahmad berkata 98 peratus mukim di Sarawak telah dilengkapi dengan ejen bank BSN kecuali mukim Nanga Merit yang terletak di Kapit.
"Minggu lepas ada pegawai BSN pergi meninjau untuk ejen bank diletakkan di sana. Tahun ini mudah-mudahan kesemua mukim di Sarawak yang melibatkan kawasan pedalaman akan mempunyai ejen bank BSN," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2023

Ahmad Maslan (tiga, kanan) melihat proses mengeluarkan wang Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada penerima yang layak pada program bersama pelanggan dan penerima STR di Bank Simpanan Nasional Satok hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.

Lebih ramai pakar tempatan perlu bangunkan perisian BIM - Ahmad Maslan
Lebih ramai pakar tempatan perlu membangunkan Perisian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).

RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.

Pusat simulasi bencana pertama di Malaysia dijangka siap Februari 2025
Projek pembinaan tapak khas simulasi bencana bagi pasukan SMART di Pulau Meranti, Puchong dijangka siap pada Februari ini.

Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.

JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dan telah melaksanakan 559 projek untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah keseluruhan RM5.635 bilion hingga November tahun ini.

Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.

SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.

Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.