JOHOR BAHRU: Isteri kepada mangsa bunuh depan sebuah rumah setinggan di Kampung Desa Makmur, Majidee, di sini pada Jumaat direman selama seminggu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, wanita berusia 30an itu direman mulai Sabtu sehingga 9 April ini bagi membantu siasatan.
"Hasil ujian saringan awal air kencing menunjukkan wanita berkenaan didapati positif dadah.
"Suspek ditahan reman dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian diminta agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian hotline 07-2182323," katanya ketika dihubungi.
Mayat suami wanita berkenaan ditemui mati dengan kesan kelar di leher serta tikaman di rusuk kanan di depan rumahnya di kampung tersebut kira-kira jam 6 pagi Jumaat.
BACA: Isteri disiasat susulan penemuan mayat lelaki dikelar, ditikam di Majidee Johor
BACA: Ibu simpan cebisan paru-paru anak kena tikam
Kejadian membabitkan mangsa berusia 26 tahun itu dimaklumkan kepada polis pada jam 8.25 pagi dan pemeriksaan di tempat kejadian menjumpai sebilah pisau pemotong kertas dan serpihan mata pisau di tempat kejadian.
Berita asal: Isteri mangsa bunuh direman seminggu
Sinar Harian
Sat Apr 03 2021

Seorang daripada adik-beradik mangsa menunjukkan tempat mangsa ditemukan dengan kesan kelar di leher dan tikaman di rusuk kanan depan rumahnya di Kampung Desa Makmur, Majidee pada Jumaat. -Foto Sinar Harian

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Suami ditemui mati dengan kesan cekik, isteri ditahan
Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat suaminya dipercayai dibunuh di sebuah rumah kosong di Tanjung Rambutan di sini pada Selasa.

'Pengantin kanak-kanak' bunuh suami dihukum gantung sampai mati
Samira dipenjarakan sejak sedekad lalu dan dihukum bunuh ketika waktu subuh pada Rabu di penjara Ghezel Hesar.

Isteri dituduh bunuh suami bersama rakan sekerja
Tertuduh didakwa membunuh Arshdeep Singh di sebuah rumah kebajikan orang tua di Subang Jaya pada jam 1.30 pagi, 31 Oktober 2021.

Suami dibunuh, dikerat 22 bahagian angkara curang
Kedua beranak tersebut mengaku melakukan jenayah kejam itu dan mendakwa suaminya menjalinkan hubungan sulit.

Reman wanita bunuh suami, rakan subahat disambung enam hari lagi
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata perintah reman berkenaan dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Dhilip Nair.

Remaja bunuh suami terlepas hukuman gantung
Mahkamah Tinggi Muar mengarahkannya dipenjara pada satu tempoh sehingga mendapat pengampunan Sultan Johor selepas didapati bersalah membunuh suaminya.

Bunuh: Mahkamah arah suri rumah dipantau di Hospital Permai
Mahkamah Majistret Seremban pada Jumaat mengarahkan seorang suri rumah yang dituduh menikam mati suaminya pada 23 Januari lalu direman sebulan di Hospital Permai, Johor Bahru.

Bekas calon PRK didakwa bunuh suami, beremosi di mahkamah
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Dakwaan bunuh suami, wanita dihadap ke mahkamah
Seorang operator kilang sarung tangan didakwa di Mahkamah Majisteret Selayang hari ini, atas pertuduhan membunuh suaminya, minggu lalu.

Isteri berang bunuh suami dengan air gula mendidih
Corinna mengaku mencampurkan tiga beg gula ke dalam air panas sebelum menyiramnya ke badan Michael Baines, 80.