SEREMBAN: Mahkamah Majistret Seremban pada Jumaat mengarahkan seorang suri rumah yang dituduh menikam mati suaminya pada 23 Januari lalu direman sebulan di Hospital Permai, Johor Bahru bagi tujuan pemerhatian psikiatri.
Majistret Norzaliza Tesmin membuat keputusan itu terhadap Lau Seck Yan, 55, selepas mendengar permohonan dan hujahan peguam yang mewakili tertuduh, Joshua Nga Koo Koy.
Menurut Koo Koy, anak guamnya memohon pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah kerana mempunyai sejarah bertindak agresif dan ganas yang boleh mendatangkan kecederaan terhadap ahli keluarga.
Tambah beliau, pihaknya juga sudah menghantar dua afidavit bagi menyokong hujah itu yang ditandatangani dua anak perempuan Seck Yan pada 22 dan 23 Februari lalu.
"Anak sulung tertuduh pernah membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan bapa dan adik beradik lain. Bapanya pernah memberitahu tidak tahan lagi tinggal dengan tertuduh kerana sering dipukul dan dicederakan.
"Anaknya juga mendakwa tertuduh mengalami skizofenia dan dia serta adik-beradik sudah beberapa kali memujuk ibu untuk mendapatkan rawatan di hospital tetapi tertuduh menolak," katanya ketika prosiding pada Jumaat.
Jelasnya, laporan itu juga dibuat kerana mahu tertuduh mendapatkan rawatan di hospital.
Koo Koy turut memaklumkan, anak wanita berkenaan juga menemui satu 'nota bunuh diri' dalam bilik tertuduh beberapa hari lalu yang ditulis pada 25 Jun 2008 yang kandungannya meminta ahli keluarga tidak bersedih jika tertuduh meninggal dunia.
"Dalam nota itu tertuduh memberitahu, dia gelisah dan tidak tahu sebabnya serta berpesan supaya menjaga anak-anak dengan baik.
"Tertuduh turut meminta jangan sedih jika kehilangannya dan meminta maaf kerana berulang kali mencederakan mangsa dan menyakitkan hatinya," katanya.
Koo Koy berkata, walaupun tiada kenyataan membunuh diri, tetapi berdasarkan nota itu menunjukkan niatnya.
Keadaan itu katanya, menunjukkan anak guamnya mengalami masalah bipolar atau penyakit mental lain dan memerlukan rawatan.
Norzaliza kemudiannya mengarahkan tertuduh menjalani pemerhatian di fasiliti berkenaan selama sebulan dan sebutan semula kes pada 23 Mac depan bagi laporan kimia dan laporan psikiatri.
Media sebelum ini melaporkan mangsa ditemukan maut di dapur rumah selepas dipercayai ditikam dua kali di bahagian dada dan pinggang menggunakan senjata tajam oleh isterinya.
Pasangan itu mempunyai empat anak dan ketika kejadian anak ketiga dan keempat merupakan saksi kejadian.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Seck Yan yang juga calon Bebas Pilihan Raya Kecil(PRK) Port Dickson pada tahun 2018 dituduh membunuh Poh Seng Hiap, 55, di sebuah rumah di Rasah Kemayan di sini antara jam 3.30 petang hingga 4.30 petang.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Sinar Harian
Fri Feb 25 2022
![Bunuh: Mahkamah arah suri rumah dipantau di Hospital Permai Bunuh: Mahkamah arah suri rumah dipantau di Hospital Permai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645780423_surirumah.jpg)
Seck Yan yang juga calon Bebas Pilihan Raya Kecil(PRK) Port Dickson pada tahun 2018 dituduh membunuh Poh Seng Hiap, 55, di sebuah rumah di Rasah Kemayan di Seremban. - Foto sinar Harian
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Suami ditemui mati dengan kesan cekik, isteri ditahan Suami ditemui mati dengan kesan cekik, isteri ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712819535_raped.jpg)
Suami ditemui mati dengan kesan cekik, isteri ditahan
Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat suaminya dipercayai dibunuh di sebuah rumah kosong di Tanjung Rambutan di sini pada Selasa.
!['Pengantin kanak-kanak' bunuh suami dihukum gantung sampai mati 'Pengantin kanak-kanak' bunuh suami dihukum gantung sampai mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703122401_TBpengantinkanak.jpg)
'Pengantin kanak-kanak' bunuh suami dihukum gantung sampai mati
Samira dipenjarakan sejak sedekad lalu dan dihukum bunuh ketika waktu subuh pada Rabu di penjara Ghezel Hesar.
![Isteri dituduh bunuh suami bersama rakan sekerja Isteri dituduh bunuh suami bersama rakan sekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676622680_bunuhsuami.jpg)
Isteri dituduh bunuh suami bersama rakan sekerja
Tertuduh didakwa membunuh Arshdeep Singh di sebuah rumah kebajikan orang tua di Subang Jaya pada jam 1.30 pagi, 31 Oktober 2021.
![Suami dibunuh, dikerat 22 bahagian angkara curang Suami dibunuh, dikerat 22 bahagian angkara curang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81669684043_KESBUNUHNEWDELHI.jpg)
Suami dibunuh, dikerat 22 bahagian angkara curang
Kedua beranak tersebut mengaku melakukan jenayah kejam itu dan mendakwa suaminya menjalinkan hubungan sulit.
![Reman wanita bunuh suami, rakan subahat disambung enam hari lagi Reman wanita bunuh suami, rakan subahat disambung enam hari lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655732409_Handcuffedwomen.jpg)
Reman wanita bunuh suami, rakan subahat disambung enam hari lagi
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata perintah reman berkenaan dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Dhilip Nair.
![Remaja bunuh suami terlepas hukuman gantung Remaja bunuh suami terlepas hukuman gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647855796_CourtGavel.jpg)
Remaja bunuh suami terlepas hukuman gantung
Mahkamah Tinggi Muar mengarahkannya dipenjara pada satu tempoh sehingga mendapat pengampunan Sultan Johor selepas didapati bersalah membunuh suaminya.
![Bunuh: Mahkamah arah suri rumah dipantau di Hospital Permai Bunuh: Mahkamah arah suri rumah dipantau di Hospital Permai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645780423_surirumah.jpg)
Bunuh: Mahkamah arah suri rumah dipantau di Hospital Permai
Mahkamah Majistret Seremban pada Jumaat mengarahkan seorang suri rumah yang dituduh menikam mati suaminya pada 23 Januari lalu direman sebulan di Hospital Permai, Johor Bahru.
![Bekas calon PRK didakwa bunuh suami, beremosi di mahkamah Bekas calon PRK didakwa bunuh suami, beremosi di mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643355140_TBBUNUHSUAMI.jpg)
Bekas calon PRK didakwa bunuh suami, beremosi di mahkamah
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
![Dakwaan bunuh suami, wanita dihadap ke mahkamah Dakwaan bunuh suami, wanita dihadap ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81635244846_operatorkilang.jpg)
Dakwaan bunuh suami, wanita dihadap ke mahkamah
Seorang operator kilang sarung tangan didakwa di Mahkamah Majisteret Selayang hari ini, atas pertuduhan membunuh suaminya, minggu lalu.
![Isteri berang bunuh suami dengan air gula mendidih Isteri berang bunuh suami dengan air gula mendidih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623993007_Wifemurdered.jpg)
Isteri berang bunuh suami dengan air gula mendidih
Corinna mengaku mencampurkan tiga beg gula ke dalam air panas sebelum menyiramnya ke badan Michael Baines, 80.