KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan akan membayar kos pengurusan jenazah termasuk proses tayamum (menggantikan mandi) bagi pesakit yang meninggal dunia akibat COVID-19.
Menurut Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, bayaran berjumlah RM1,500 akan dijelaskan oleh Kerajaan Negeri kepada pihak pengurusan jenazah di Unit Forensik hospital bermula 15 Ogos depan.
Bagaimanapun bayaran yang dibuat itu hanya membabitkan golongan B40.
“Kerajaan Negeri (Kelantan) hari ini membuat keputusan, bagi golongan B40, kerajaan akan membantu bermula 15 haribulan (Ogos) dengan pengurusan jenazah.
“Kita akan bantu RM1,500 yang meninggal disebabkan COVID-19. Bantuan khas kepada kematian disebabkan COVID-19 membabitkan B40. Kita akan laksanakan, caranya isi borang, tandatangan dan dituntut oleh pihak pengurusan jenazah. Kita hendak selaraskan supaya isu tidak berbangkit,” katanya.
BACA: "RM1,400 sangat mahal" - Waris mangsa COVID-19 kesal kos tayamum membebankan
Ahmad berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.
Jelasnya, bayaran yang akan dibuat itu terus kepada pengendali dan pihak yang menguruskan jenazah di Unit Forensik Hospital dan keluarga atau waris perlu mengisi borang yang disediakan.
Bayaran pengurusan jenazah B40 ini adalah melalui peruntukan khas Kerajaan Negeri.
Kerajaan menyediakan dari RM200,000-RM300,000 bagi tujuan berkenaan dan peruntukan akan ditambah sekiranya tidak mencukupi.
Astro AWANI sebelum ini menyiarkan pendedahan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan jenazah kematian COVID-19 secara percuma berhubung caj melampau tayamum antara RM1,300-RM1,800 yang dikenakan oleh pihak pengurusan jenazah di Unit Forensik beberapa buah hospital di Kelantan.
Caj berkenaan dianggap melampau kerana ianya hanya membabitkan proses tayamum sahaja tidak termasuk bayaran keranda, solat jenazah, liang lahad dan pengurusan lain.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan Ahmad turut memaklumkan Kerajaan Negeri bersetuju menaikkan elaun imam tua dan imam muda sebanyak RM150.
Manakala elaun bilal dinaikkan sebanyak RM50 yang keseluruhannya membabitkan 587 buah Masjid Mukim di seluruh Kelantan.
Muhafandi Muhamad
Wed Aug 11 2021

Ahmad berkata bayaran yang dibuat itu hanya membabitkan golongan B40. - Gambar fail/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pembunuhan Ismail Haniyeh: Dunia kehilangan pemimpin disegani - Ismail Sabri
Dunia berduka apabila kehilangan pemimpin pejuang Hamas, Ismail Haniyeh pada awal pagi Rabu.

Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang Selasa
Calon Menteri Besar Kelantan akan mengangkat sumpah di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada jam 3 petang Selasa.

PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad
Pas akan melakukan pascanilai atau post mortem bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).

Menteri Besar Kelantan baharu dijangka angkat sumpah 15 Ogos - Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Selasa (15 Ogos), kata Datuk Ahmad Yakob.

PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.

Kelantan umum Ahad cuti peristiwa
Pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.

PRN: Tiada bayangan siapa akan jadi Menteri Besar Kelantan - Ahmad Yakob
PAS Kelantan setakat ini menegaskan tiada bayangan calon yang akan menjadi Menteri Besar negeri itu, sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan selesai.

Isu Nik Abduh selesai - Ahmad Yakob
Ahmad memberitahu, isu berkenaan sudah selesai dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

PN Kelantan perkenal 18 manifesto
Ahmad berkata, manifesto berkenaan akan dikenali sebagai program kerana dianggap sesuai dengan perubahan masa.