KOTA BHARU: Kelantan membenarkan pelaksanaan ibadah korban, Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan mengikut beberapa garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata mengikut ketetapan, proses penyembelihan haiwan korban dibenarkan untuk dilaksanakan di rumah sembelih ruminan Kompleks Abatoir Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di tiga jajahan iaitu Kota Bharu, Machang dan Pasir Mas.
Beliau yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata pelaksanaan itu turut dibenarkan di masjid bandar, jajahan, mukim dengan kelulusan MAIK, bagaimanapun, aktiviti korban persendirian atau keluarga adalah tidak dibenarkan.
"Petugas penyembelihan bagi seekor ternakan ruminan besar (lembu atau kerbau) dalam satu hari hendaklah tidak melebihi 10 orang manakala lima orang bagi kambing atau bebiri untuk keseluruhan aktiviti termasuk melapah dan sebagainya.
"Jumlah haiwan sembelihan maksimum dalam satu hari dihadkan sebanyak lima ekor," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tengku Mohamad Rizam berkata peserta ibadah korban tidak dibenarkan hadir dan mereka hanya perlu mewakilkan kepada penganjur bagi menyempurnakan akad dan wakalah.
Selain itu, kanak-kanak yang berumur 15 tahun ke bawah, petugas yang berumur 70 tahun ke atas termasuk pesakit yang berisiko tinggi dan berpenyakit kronik juga tidak dibenarkan hadir di kawasan ibadah korban.
Tengku Mohamad Rizam berkata, individu yang berada dalam tempoh kuarantin akibat COVID-19 yang mempunyai suhu badan 37.5 ke atas atau bergejala juga tidak dibenarkan menyertai aktiviti dan perlu dirujuk kepada klinik kesihatan berdekatan.
"Penjarakan fizikal sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mesti diamalkan dan elakkan 3S (sesak, sempit dan sembang dekat) selain petugas korban wajib memakai pelitup muka.
"Dari segi agihan, ia akan dilaksanakan oleh petugas secara langsung kepada peserta yang mengambil bahagian dengan kehadiran peserta, jumlah kehadiran dan masa ditentukan oleh penganjur tertakluk kepada keluasan kawasan dan elakkan 3S," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 02 2021

Tengku Mohamad Rizam berkata peserta ibadah korban tidak dibenarkan hadir dan mereka hanya perlu mewakilkan kepada penganjur bagi menyempurnakan akad dan wakalah. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

25,142kg karkas babi berpenyakit ASF dirampas, dilupus di Perak
Rampasan dibuat menerusi serbuan di dua premis sejuk beku di Menglembu, Ipoh, pada 22 Nov lalu.

Cadangan tubuh pasukan pantau status halal rumah sembelihan luar negara sukar dilaksana - Idris
Cadangan untuk menubuhkan pasukan pemantau terdiri daripada imam atau pelajar di luar negara bagi memantau operasi rumah sembelihan berstatus halal di luar negara sukar dilaksanakan.

Jakim tidak berkompromi dengan sijil halal
SICHMA, selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan itu, akan diberi surat tunjuk sebab.

Kelantan benar ibadah korban hanya di lokasi yang telah ditetapkan
Proses penyembelihan haiwan korban dibenarkan di rumah sembelih ruminan Kompleks Abatoir Jabatan Perkhidmatan Veterinar di tiga jajahan iaitu Kota Bharu, Machang dan Pasir Mas.

Kaca akrilik sebagai pemisah di Dewan Parlimen Daerah Jerman
Sejak penularan COVID-19 di negara itu, Parlimen daerah hanya bersidang dengan menghimpunkan satu per tiga ahli Dewan susulan arahan penjarakan sosial.