Penduduk di sekitar kawasan Jeneri di sini gempar seketika susulan kejadian kain sejadah dan telekung yang dikatakan secara tiba-tiba berdiri tegak seolah-olah seperti kedudukan orang sedang bersolat.
Kejadian itu disedari Zahrizan Ghazali, 47, seorang penduduk Kampung Tok Aris pada jam 1.45 petang semalam sewaktu dia ingin menunaikan solat Zohor bersama anak perempuannya.
Kata Zahrizan pada awalnya, dia sedang membentangkan sejadah untuk menunaikan solat dan masuk seketika ke dalam bilik untuk menyarungkan kain (telekung).
Bagaimanapun, sebaik keluar daripada bilik, dia terkejut melihat sejadah dan kain telekungnya berdiri tegak seolah-olah orang sedang bersolat.
Dia yang terkejut lalu memanggil kelima-lima anaknya bagi memaklumkan kejadian aneh itu.
Perkara itu turut di kongsi Ahli Dewan Undangan Jeneri (ADUN) Mahadzir Abdul Hamid yang secara kebetulan berada di kampung terbabit dalam rutin mingguan beliau menziarahi rakyat.
Katanya kejadian itu perlu dijadikan iktibar.
"Saya menyifatkan kejadian ni sebagai satu yang perlu diambil iktibar dan yang pentingnya kita yakin bahawa setiap kejadian tu ada hikmah. Kita sebagai orang Islam percaya bahawa Allah boleh menunjukkan apa juga kebesaran. Cuma elakkanlah kita percaya kepada benda-benda khurafat," kata Mahadzir.
Sebelum ini beberapa kejadian sejadah berdiri pernah dilaporkan berlaku di Terengganu, Kedah dan Johor turut mengemparkan penduduk setempat.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Apr 29 2017
Penduduk di sekitar kawasan Jeneri, Sik, gempar seketika ekoran kejadian kain sejadah dan telekung tiba-tiba berdiri tegak. - Foto Astro AWANI
[TERKINI] MetMalaysia keluar amaran Taufan Man-YI
MetMalaysia mengeluarkan nasihat taufan ‘Man-Yi’ yang bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 20 km/jam) dan kelajuan angin maksimum 120 km/jam.
Jabatan Meteorologi keluar nasihat taufan 'Man-Yi'
METMalaysia menjangka taufan itu tidak memberi kesan signifikan di Malaysia.
Jannik Sinner tewaskan Taylor Fritz untuk menangi Jelajah Akhir ATP pertama
Jannik Sinner mengukuhkan statusnya sebagai pemain terbaik dalam tenis lelaki dengan memenangi kejuaraan Jelajah Akhir ATP pertama di Turin.
Santos mahu Neymar kembali pada 2025
Penyerang Brazil, Neymar berkemungkinan kembali ke kelab asalnya Santos tahun depan selepas bergelut dengan kecederaan setelah menyertai kelab Liga Pro Saudi Al-Hilal.
GISB: Fokus utama pulihkan kanak-kanak, kembalikan ke pangkuan keluarga - Mohd Na'im
Usaha pemulihan bagi kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global membabitkan GISB dibuat secara menyeluruh merangkumi aspek akidah, kaunseling, kenegaraan, pendidikan dan kemahiran.
MotoGP: Jorge Martin akhiri musim penuh gaya bergelar juara
Jorge Martin berjaya mengakhiri perlumbaan di podium tertinggi kejuaraan berprestij itu.
AWANI Ringkas: Presiden Brazil terima undangan hadiri Sidang Kemuncak ASEAN di KL
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Google Gemini mungkin akan diintegrasikan dalam iOS bermula 2025
Pengguna Google Gemini boleh menggunakan aplikasi ini dengan ciri lengkap pada iPhone, yang sudah tersedia di App Store.
Kerajaan kaji kesesuaian ubah laluan kenderaan ke Tuas Checkpoint
Kerajaan akan berbincang dengan kerajaan Singapura bagi memutuskan kewajaran bagi mengubah laluan kenderaan komersial dari Woodland ke Tuas Checkpoint.
#AWANInews
#AWANInews
Pelabur perlu berdisiplin pasca kemenangan Donald Trump - Pakar
Menurut Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, pelabur disarankan fokus pada asas ekonomi yang kukuh dan mengelakkan terpengaruh oleh perubahan politik jangka pendek
Muhammad Sanusi angkat sumpah MB Kedah ke-14
Muhammad Sanusi Md Nor mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 dalam satu majlis yang berlangsung di Wisma Darul Aman pada Ahad.
Kejadian sejadah, telekung berdiri gemparkan penduduk Sik
Penduduk di sekitar kawasan Jeneri, Sik, gempar seketika ekoran kejadian kain sejadah dan telekung tiba-tiba berdiri tegak.