KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat taufan 'Man-Yi' yang bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 20 kilometer sejam (km/jam) dan kelajuan angin maksimum 120km/j.


Ringkasan AI
  • Pergerakan Taufan 'Man-Yi': Taufan ini bergerak ke arah Barat Laut dengan kelajuan 20 km/j dan angin maksimum 120 km/j.
  • Lokasi Semasa: Kedudukan taufan adalah kira-kira 229 km ke Barat Laut Vigan City, Filipina, dan 1,257 km ke Timur Laut Kudat, Sabah.
  • Kesan di Malaysia: METMalaysia menjangka taufan ini tidak akan memberi kesan signifikan di Malaysia.


Dalam kenyataan hari ini METMalaysia berkata kedudukan taufan itu pada latitud 18.1 Utara dan longitud 118.3 Timur, kira-kira 229 km ke barat laut Vigan City, Filipina, dan jarak 1,257 kilometer ke timur laut Kudat, Sabah.

METMalaysia menjangka taufan itu tidak memberi kesan signifikan di Malaysia.

-- BERNAMA