KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penyiasat hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa kejadian termos berisi air panas yang didakwa tertumpah sehingga menyebabkan kecederaan pada tubuh remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella tidak pernah berlaku.
Inspektor Suhaili Mahad, 31, dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berkata ini kerana termos itu, yang dijadikan sebagai barang kes, berada dalam keadaan baik dan tiada kesan pecah.
"Hasil siasatan pihak polis mendapati termos itu tidak jatuh sebab tidak ada kesan kemek," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas pada perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu.
Bagaimanapun, saksi pendakwaan ke-19 itu berkata tiga penghuni Rumah Bonda dikenali sebagai Yasmin, Balqis dan Aida serta Siti Bainun sendiri seolah-olah membacakan 'skrip' sama berhubung kejadian termos berisi air panas yang didakwa jatuh dan tertumpah ke atas Bella.
"Persamaannya ialah mereka menceritakan perkara sama iaitu Bella dikejar dari belakang oleh Balqis kerana berebut 'jajan' (makanan ringan) dan kemudian Bella tertarik termos lalu air panas tertumpah pada badannya.
"Namun apabila saya menemu bual seorang doktor yang merawat Bella di bahagian kecemasan, doktor itu mengesahkan terdapat kecederaan lama dan baharu pada badan remaja itu. Jadi, saya percaya apa yang disampaikan mengenai kejadian termos tertumpah itu tidak berlaku," katanya.
Keterangan Suhaili itu bagaimanapun dibantah oleh peguam Mohammad Farhan Maaruf, yang mewakili Siti Bainun, atas alasan saksi bukan seorang pakar untuk memberi dapatan berhubung keadaan termos tersebut.
Zilfinaz kemudian berkata Suhaili menyiasat semua saksi, jadi itu adalah dapatan beliau selaku pegawai penyiasat.
Mohammad Farhan: Suhaili bukan seorang pakar untuk menentukan kerosakan termos berkenaan.
Zilfinaz: Tidak perlu pakar untuk lihat apa-apa kerosakan sebab kita boleh lihat termos itu sendiri, mesti ada kerosakan jika jatuh.
Hakim Izralizam Sanusi menolak bantahan pembelaan dan merekodkan jawapan Suhaili.
Yasmin Nahar Mahmood, 19, dalam keterangan sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa kecederaan melecur yang dialami Bella adalah disebabkan tumpahan air termos dan bukan daripada mesin penapis air.
Suhaili juga memberitahu mahkamah beliau hanya menjalankan siasatan dari sudut pengabaian dan mengakui tiada keterangan lanjut daripada saksi berkaitan penderaan yang berlaku.
Beliau juga mengakui tidak merampas telefon bimbit Siti Bainun dan hanya mengambil telefon bimbit milik Zurianty Sudin dan Hani Azura, yang merupakan rakan tertuduh.
Muhammad Farhan: Sekiranya Puan Suhaili rampas telefon bimbit Siti Bainun dan serahkan kepada polis maka akan ada dua versi boleh dibandingkan yang mungkin membantu siasatan.
Suhaili: Tidak setuju.
Siti Bainun, 30, berdepan dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.
Perbicaraan di hadapan Izralizam bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2022

Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, bagi perbicaraan kes yang dihadapinya berhubung pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kejadian Bella terkena air panas termos tidak pernah berlaku - Pegawai penyiasat
Menurut pegawai berkenaan, ini kerana termos itu, yang dijadikan sebagai barang kes, berada dalam keadaan baik dan tiada kesan pecah.