PELAWAK dan usahawan terkenal Shuib Sepahtu menarik nafas lega apabila tiada nyawa yang terkorban ketika kedai air miliknya yang terletak di Ipoh, Perak dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).
Menerusi laman sosial Instagram, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, memuat naik foto selepas insiden tersebut berlaku menyaksikan hampir keseluruhan depan kedainya roboh akibat dirempuh.
Jelas Shuib lagi, bagaimana rempuhan sehingga menyebabkan bahagian depan kedai musnah masih lagi di dalam siasatan.
“Kejadian di outlet BubbleBee Meru, Ipoh. Tak tau macam mana boleh jadi, tengah siasat. Mungkin pemandu ingat outlet ni drive thru.
“Tapi alhamdulillah semuanya ok. Tiada kemalangan jiwa. Semoga urusan pemandu dipermudahkan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat kaunter hadapan, kaunter buat air dan kabinet dapur mengalami kerosakan selepas dihentam teruk daripada hadapan.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa sedih melihat kemusnahan tersebut namun mendoakan yang baik-baik sahaja bagi pihak kedai dan pemandu kenderaan tersebut.
“Ada yang lebih baik menanti. Insyallah, amin ya rabb,” komen Anuar Zain.
“Semua ada hikmahnya. Mungkin ni idea untuk kau buat drive thru pula,” kata seorang wargamaya.
“Ni mesti alasan tertekan minyak atau brake rosak? Apa pun benda dah jadi, reda je la,” ujar seorang wargamaya.
“Baru je pergi sini beberapa hari lepas. Semoga semuanya dipermudahkan,” kata seorang wargamaya.
“Harap dapat selesaikan dengan baik, syukur takda yang terkena. Semoga semua urusan dipermudahkan,” sokong seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 59,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Gempak
Fri Oct 14 2022

Netizen meluahkan rasa sedih melihat kemusnahan di kedai minuman Shuib di Ipoh itu namun mendoakan yang baik-baik sahaja untuk kedai dan pemandu kenderaan tersebut. - Foto Astro GEMPAK

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kedai dirempuh kereta, Shuib syukur semua pekerja selamat - 'Mungkin pemandu ingat drive thru'
Kaunter hadapan kedai, kaunter buat air dan kabinet dapur mengalami kerosakan selepas dihentam teruk daripada hadapan.