ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah mencadangkan semua tapak perkhemahan atau lokasi percutian yang berisiko ditutup sementara sepanjang musim tengkujuh susulan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali di Selangor.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Firdaus Ahmad berkata, ketika ini pihaknya sedang mengumpul jumlah tempat terbabit untuk cadangan berkenaan sebelum diputuskan dalam Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Rabu ini.
"Bahagian pelancongan tengah kumpul jumlah tapak perkhemahan dan juga tempat percutian yang berisiko untuk dicadangkan ditutup sementara sepanjang musim tengkujuh ini.
"Saya akan angkat kertas cadangan ini kepada (mesyuarat) Exco untuk dapatkan keputusan Rabu ini dan Insya-Allah akan diadakan sidang media untuk pemakluman selepas mesyuarat itu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Mohd Firdaus berkata, buat sementara ini, pihaknya menasihati mereka yang ingin bercuti agar mengambil pendekatan mengubah ke lokasi kurang berisiko atau berkunjung ke taman tema untuk beriadah bersama keluarga.
Sementara itu, pengusaha resort dan kem di tepi sungai di Kampung Perik, Padang Terap, Zambrose Abdullah, 50, berkata penutupan semua kem di negeri ini akan menjejaskan pengoperasiannya kerana telah ditempah pengunjung.
Katanya, dia telah bekerja keras untuk menggiatkan semula industri pelancongan, namun, kini terpaksa ditutup.
“Bukan semua tapak perkhemahan dan kawasan rekreasi berisiko tinggi untuk berlaku bencana alam. Ada antara kami yang telah menggubal prosedur keselamatan yang betul untuk memastikan semua pengunjung selamat.
"Kami harap kerajaan negeri akan mempertimbangkan perkara ini sebab kami baru baru saja bernafas selepas pandemik COVID-19, penutupan serta-merta kem ini walaupun dalam tempoh yang singkat akan menjejaskan sumber pendapatan kami," katanya yang sudah 20 tahun terbabit dalam sektor pelancongan.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Dec 18 2022

Kerajaan negeri Kedah mencadangkan semua tapak perkhemahan atau lokasi percutian yang berisiko ditutup sementara sepanjang musim tengkujuh susulan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali di Selangor.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tanah Runtuh Batang Kali: Operasi SAR diteruskan untuk pembersihan, siasatan
Komander operasi rakam penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses mencari dan menyelamatkan mangsa.

Tanah Runtuh Batang Kali: Mayat ke-26 lelaki dewasa ditemui - Bomba
Mayat mangsa ditemui sekitar pukul 11.16 pagi di sektor B.

Tanah Runtuh Batang Kali: Tiga anggota SAR alami masalah kesihatan
Turut mengalami masalah kesihatan ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Datuk Norazam Khamis.

Tanah Runtuh Batang Kali: Tiada petunjuk positif kesan sembilan mangsa hilang
Operasi SAR kini tertumpu kepada timbunan tanah dan kenyataan daripada saksi.

Tanah Runtuh Batang Kali: Jabatan Forensik HSB lengang sejak pagi tadi
Hanya pengamal media yang berada di pekarangan jabatan berkenaan sejak awal pagi ini.

Tanah Runtuh Batang Kali: "Semua petugas cekal, sudah terlatih meskipun berdepan cabaran" - KPN
Ketua Polis Negara hargai komitmen pasukan petugas operasi SAR.

Tanah runtuh Batang Kali: 6 daripada 21 mangsa meninggal dunia dikenal pasti - NADMA
Enam daripada 23 manga yang meninggal dunia telah dikenal pasti melalui proses pengecaman oleh waris atau melalui ujian cap jari.

Tanah runtuh Batang Kali: Tanih tepu dipercayai punca utama tanah runtuh - Pakar
Tanih yang tertepu dengan kelembapan akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lepas dipercayai antara punca berlakunya insiden tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father's Organic Farm.

Tanah runtuh Batang Kali: Syarikat kendali tapak perkhemahan tiada lesen
Syarikat tersebut hanya diberikan lesen pembangunan kebun organik dan bukan lesen untuk melakukan aktiviti perkhemahan.