BUKIT KAYU HITAM:Kedah bakal menerima pelaburan dalam industri kenderaan teknologi hijau dan peralatan pertahanan bernilai RM1.5 bilion tidak lama lagi.
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata projek berimpak tinggi itu dijangka menjadikan Kedah sebagai sebuah hab pemasangan kenderaan teknologi hijau dan industri pertahanan yang utama di Asia Tenggara.
"Projek ini akan dikendalikan oleh dua buah syarikat besar iaitu Go Auto Group dan Flumen Holdings Sdn. Bhd. yang turut mempunyai rangkaian perniagaan di luar negara.
"Kedua-dua syarikat ini merupakan pemain utama dalam industri kenderaan cekap tenaga dan teknologi hijau serta terlibat dalam pembekalan peralatan pertahanan dan teknologi informasi," katanya kepada pemberita selepas majlis Ramah Mesra Bersama Penghuni Perumahan Generasi Baharu Felda di Felda Laka Selatan, dekat sini pada Rabu.
Menurut Muhammad Sanusi syarikat Go Auto sememangnya sudah mempunyai operasi kilang automotif di Gurun sejak 2015.
Katanya, sehingga kini syarikat itu sudah mengeluarkan kenderaan cekap tenaga jenama Haval dan Borgward dari China, van komersial dengan teknologi Higer serta bas elektrik dengan jenama sendiri, Go Auto.
Muhammad Sanusi berkata pelaburan itu juga dijangka dapat menyediakan lebih 8,000 peluang pekerjaan baharu, di samping membawa masuk pemain industri automotif dan pertahanan terkemuka dunia.
Dalam pada itu, beliau memberitahu kedua-dua syarikat berkenaan juga akan bergabung untuk memiliki 80 peratus saham dalam Darulaman FC Sdn. Bhd. (DFC) secara konsesi (5+5 tahun) tertakluk kepada perjanjian.
"Bagi pegangan saham dalam DFC mereka akan menubuhkan sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang akan dimeterai kelak.
"Pemilihan kedua-dua syarikat ini adalah berdasarkan rekod dan potensi kewangan, perancangan pembangunan perniagaan bola sepak yang mandiri serta membawa nilai dan aktiviti pelaburan yang berimpak tinggi kepada Kedah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 06 2021
![Kedah bakal terima pelaburan dalam teknologi hijau dan pertahanan bernilai RM1.5 bilion Kedah bakal terima pelaburan dalam teknologi hijau dan pertahanan bernilai RM1.5 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81609971551_POKOKCILISANUSI.jpg)
Muhammad Sanusi (tiga, kiri) menanam pokok cili secara fertigasi pada Majlis Ramah Mesra Bersama Penghuni Perumahan Generasi Baharu Felda di Felda Laka Selatan, Bukit Kayu Hitam, 6 Jan, 2021. --fotoBERNAMA
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714475112_MahfuzOmar.jpg)
Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz
Tiada keperluan mendesak untuk membina Transit Aliran Ringan (LRT) di Langkawi dan kerajaan Kedah sepatutnya memberi keutamaan kepada isu rakyat yang lain.
!['Banyak kerja jahat dibongkar jika mereka nak lihat saya digari, berbaju oren' - Sanusi 'Banyak kerja jahat dibongkar jika mereka nak lihat saya digari, berbaju oren' - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682590120_MBkedahMuhammadS.jpg)
'Banyak kerja jahat dibongkar jika mereka nak lihat saya digari, berbaju oren' - Sanusi
Sanusi berkata kerajaan ketika ini menggunakan kuasa untuk memberikan tekanan terhadap dirinya dan pentadbiran negeri Kedah.
![Sanusi sifatkan pihak yang jadi ejen perpecahan, perbalahan adalah syaitan Sanusi sifatkan pihak yang jadi ejen perpecahan, perbalahan adalah syaitan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611153266_SanusiMdNor.jpg)
Sanusi sifatkan pihak yang jadi ejen perpecahan, perbalahan adalah syaitan
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan mana-mana individu atau pihak yang menjadi ejen kepada perbalahan dan perpecahan ummah adalah syaitan.
![Kedah bakal terima pelaburan dalam teknologi hijau dan pertahanan bernilai RM1.5 bilion Kedah bakal terima pelaburan dalam teknologi hijau dan pertahanan bernilai RM1.5 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81609971551_POKOKCILISANUSI.jpg)
Kedah bakal terima pelaburan dalam teknologi hijau dan pertahanan bernilai RM1.5 bilion
Projek berimpak tinggi itu dijangka jadikan Kedah hab pemasangan kenderaan teknologi hijau dan industri pertahanan utama di Asia Tenggara.