Kecuaian dilihat menjadi punca utama berlakunya kejadian tanah runtuh di Jalan Mahameru, di sini petang Selasa.
Insiden itu boleh dielakkan sekiranya kerja mengukuhkan cerun bukit di kawasan berkenaan dibuat mengikut amalan kejuruteraan yang baik.
Pakar Geologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Dr Tajul Anuar Jamaluddin, antara lain melihat runtuhan berlaku kerana sisa tanah hasil kerja pengukuhan dibiar terkumpul di atas cerun terbabit.
"Jadi tanah yang dipotong daripada atas dilambakkan dibahagian tengah cerun tanpa dimampatkan memang berkeadaan sangat longgar, mudah diresapi air dan mudah menjadi tepu terutama apabila hujan lebat.
"Jadi apa yang berlaku semalam hujan lebat, tanah menjadi tepu dan seterusnya mengalir ke bawah. Sebab itu apa yang kita lihat semalam keadaan tanah yang runtuh itu seperti aliran atau lebih sesuai dipanggil aliran lumpur." katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Jelas Dr Tajul keadaan ini diburukkan lagi dengan ketiadaan sistem perparitan yang sempurna.
"Sistem pengaliran sementara ini memang kena ada, sewaktu sebarang kerja-kerja pembinaan cerun untuk mengelakkan bahan-bahan kerja tanah diresapi air. Tapi itu tiada, kalau kita lihat di permukaan cerun masih ada lagi kesan-kesan mata air keluar. Itu menandakan cerun ini tiada sistem saliran yang sempurna."
Ekoran pemerhatiannya itu, Dr Tajul menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) segera membersihkan sisa tanah yang dilihat masih terkumpul di atas cerun berkenaan di samping membina sistem perparitan sempurna.
Beliau bimbang sekiranya langkah itu tidak diambil segera, satu lagi runtuhan akan berlaku jika kawasan berkenaan terus dilanda hujan lebat.
Mengulas pandangan Dr Tajul, DBKL memberitahu Awani proses mengalih sisa berkenaan memang menjadi keutamaan mereka.
Pengarah Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran, DBKL Tan Keng Chok menjelaskan kerja pembersihan akan dilaksanakan segera sebelum kerja mengukuhkan cerun berkenaan disambung semula.
Katanya kelemahan sistem perparitan juga akan diperbetulkan bagi mengelak insiden berulang.
"Masalah yang utama yang menyebabkan hakisan adalah disebabkan oleh sistem saliran. Dulu memang tak sempurna jadi sekarang kita akan buat beberapa longkang supaya air boleh dialirkan dan tidak menyebabkan tanah itu tepu dan menggelongsor."
Sebagai langkah berjaga-jaga DBKL akan meletakkan dua barisan benteng konkrit bagi mengelak tanah terus memasuki jalan raya sekiranya berlaku runtuhan susulan.
Projek pengukuhan cerun berkenaan sebelum ini dilakukan selepas ia runtuh pada Mei tahun lepas.
Keng Chok percaya runtuhan kedua ini tidak akan menjejaskan kerja-kerja mengukuhkan cerun berkenaan dan projek itu dijangka siap mengikut jadual iaitu pada 30 Mac 2014.
Harris Hardy Hakim
Wed Jan 08 2014


Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Penutupan, lencongan trafik di Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Tun Razak mulai hari ini
Penutupan jalan dan lencongan trafik akan dilaksanakan di persimpangan lampu isyarat dari Jalan Sultan Azlan Shah menghala ke Lebuhraya Mahameru) mulai Ogos 12 hingga 11 April 2022.

Dua maut, Perodua Kenari langgar tiang jejantas Lebuhraya Mahameru
Kenderaan yang dipandu salah seorang mangsa terbabas dan melanggar tiang jejantas di situ pada kira-kira pukul tujuh malam.

Kecuaian punca tanah runtuh di Lebuhraya Mahameru - pakar
Insiden boleh dielakkan sekiranya kerja mengukuhkan cerun bukit di kawasan berkenaan dibuat mengikut amalan kejuruteraan yang baik.

Dua daripada tiga lorong Lebuhraya Mahameru dibuka
Menurut jurucakap polis trafik, ekoran daripada pembukaan lorong-lorong itu, keadaan lalu lintas di kawasan berkenaan berjalan lancar.