Seorang nenek berusia 50 tahun dan cucu lelakinya yang berumur empat tahun meninggal dunia manakala empat lagi cedera setelah rumah mereka di Taman Puteri Indah, Tongkang Pechah, di sini, terbakar, awal hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram Penolong Kanan Penguasa Bomba Saifulle Idris berkata Siti Zaleha Jaafar dan Ahmad Shuhil Ahmad Osman ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika operasi menyelamat dilakukan, sebelum disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian ketika rawatan di hospital.
"Terdapat enam individu berada di rumah dua tingkat berkenaan ketika kebakaran berlaku kira-kira 1.02 pagi," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Saifulle berkata, empat yang cedera iaitu Siti Khairiah Mohd Don, 28, Ahmad Syaihan Ahmad Osman, 3, Ahmad Syahid Ahmad Osman, empat bulan dan seorang wanita dikenali sebagai Wati, 30, dipercayai pembantu rumah kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).
Katanya kesemua mangsa diselamatkan oleh pihak bomba melalui tingkap di tingkat dua menggunakan tangga.
"Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan dan operasi menyelamat itu tamat pada pukul 3.18 pagi," katanya.
Menurut Saifulle, operasi menyelamat membabitkan 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram dan Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat.
Sementara itu, jenazah dua beranak itu selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad pada kira-kira 3 petang di Tanah Perkuburan Islam Bukit Cermai, di sini.
Ahli keluarga mangsa bagaimanapun enggan ditemu bual oleh pihak media.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 06 2020
Seorang nenek dan cucu lelakinya yang berumur empat tahun meninggal dunia manakala empat lagi cedera setelah rumah mereka terbakar. - Gambar fail
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.
7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.
Kebakaran rumah: Nenek dan cucu maut, empat cedera
Seorang nenek berusia 50 tahun dan cucu lelakinya yang berumur empat tahun meninggal dunia manakala empat lagi cedera setelah rumah mereka terbakar.