Sudah 18 hari tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat di sini berlalu, seorang ibu menguatkan semangat menahan pilu merahsiakan pemergian 21 pelajar yang terkorban dalam insiden itu daripada pengetahuan anaknya.
Nor Faizah Aripshah, 42, ibu kepada Mohd Shahir Shaharuddin,11, seorang daripada enam pelajar yang cedera dalam tragedi itu, berkata anaknya masih menganggap hanya dua guru tahfiz yang terkorban dan rakan-rakannya yang lain selamat.
"Shahir nak tahu kawan-kawannya yang lain berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) mana...dia nak tengok kawan-kawan. Dia tak tahu sebenarnya mereka dah tiada, dia juga tak tahu kebakaran itu tragedi besar negara.
"Bila dia (Mohd Shahir) tanya mengenai kejadian, kami tak berani nak beritahu apa-apa...cuma kami bagi tahu, tunggu adik benar-benar pulih dahulu, baru kami cerita," katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima sumbangan daripada kerajaan Terengganu di sini, hari ini.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyampaikan sumbangan itu kepada Nor Faizah dan suaminya yang berasal dari Marang, Terengganu.
Mohd Shahir, yang kini dalam proses pemulihan, masih dirawat di Unit Kebakaran Hospital Kuala Lumpur selepas dimasukkan ke ICU selama seminggu akibat melecur di bahagian badan.
Nor Faizah berkata Mohd Shahir turut mengalami trauma apabila teringat mengenai kejadian itu.
"Satu hari dia ada tengok berita mengenai kejadian, dia nangis dan trauma. Selepas itu, dia cakap dah tak nak tengok lagi berita mengenai kejadian kebakaran itu.
"Saya jaga dia setiap malam, ada masanya dia mengigau, terkejut dan bercakap mengenai tahfiz sebab dia rasa seoalah-olah berada di tahfiz, bukannya hospital," katanya.
Nor Faizah berkata beliau bersyukur anaknya kini semakin stabil dan beransur pulih selepas hampir dua minggu dimasukkan ke ICU sejak 14 Sept lalu.
"Alhamdulillah, doktor cakap keadaannya semakin baik, mereka akan merawat bahagian kulit dahulu kemudian baru dibuat susulan bahagian pinggulnya yang retak. Kesihatan dalamannya juga bertambah baik, cuma dia tak boleh berdiri dan terlalu banyak bergerak.
"Nak bagi pulih semangatnya, saya panggil kawan dia datang untuk bagi sokongan, sebab dia minta nak jumpa kawannya...saya ada hubungi kawannya dan mereka datang melawat Mohd Shahir," katanya.
Dalam kejadian awal pagi 14 Sept lepas, 21 pelajar dan dua tenaga pengajar maut dalam kebakaran di tingkat tiga bangunan sementara pusat tahfiz berkenaan.
Susulan kejadian tersebut, polis menahan tujuh remaja lelaki berusia 11 hingga 18 tahun bagi membantu siasatan kebakaran itu.
Khamis lalu, dua remaja berusia 16 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan membunuh 21 pelajar dan dua guru tahfiz berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2017
Seorang ibu menguatkan semangat menahan pilu merahsiakan pemergian 21 pelajar yang terkorban dalam insiden itu daripada pengetahuan anaknya. -Gambar fail
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Siasatan kerugian pelaburan diguna tambah baik tatakelola
Dapatan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
Pengamal media bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
4 pelajar tahfiz di Datuk Keramat hilang sejak Selasa
Empat pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat di sini hilang selepas keluar dari pusat itu, Selasa lalu.
Penduduk berbuka dalam banjir kilat di Pulau Pinang
Kebanyakan kawasan terbabit dinaiki air setinggi 0.1 meter hingga 0.5 meter, namun tiada penduduk dipindahkan berikutan keadaan air semakin surut setakat 9 malam tadi.
Tragedi Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah: Kes dipindah ke Mahkamah Tinggi
Kes perbicaraan dua remaja yang didakwa terlibat dalam tragedi pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Kebakaran pusat tahfiz: Kawan Shahir di ICU mana, ibu?
Sudah 18 hari tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, seorang ibu menguatkan semangat menahan pilu merahsiakan pemergian 21 pelajar yang terkorban daripada pengetahuan anaknya.
Kebakaran tahfiz: 'Nak gugur jantung tengok muka mereka' - Bekas guru suspek
Guru yang enggan identitinya didedahkan itu berkata, dia terkejut apabila melihat wajah bekas muridnya itu antara tujuh individu yang dipercayai suspek kes tersebut.
Datuk Bandar KL enggan bersemuka dengan sekumpulan penduduk Keramat
DBKL tidak berganjak daripada keputusannya bina 274 unit pangsapuri mampu milik untuk Bumiputera pada harga di bawah RM200,000 di Bukit Keramat.