"Macam nak gugur jantung," itu reaksi salah seorang guru yang mengakui pernah mengajar dua daripada suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, dekat Jalan Keramat Hujung di sini pada Khamis.
Guru yang enggan identitinya didedahkan itu berkata, dia terkejut apabila melihat wajah bekas muridnya itu antara tujuh individu yang dipercayai suspek kes tersebut selepas gambar mereka viral di media sosial.
Jelasnya, sikap kedua-dua muridnya itu cukup berbeza semasa masih di bangku sekolah rendah.
"Ada dua orang suspek yang saya pernah ajar. Macam nak gugur jantung tengok muka mereka. (Dulu semasa di sekolah) mereka ini baik, dengar cakap.
"Mereka juga pernah bagi hadiah tudung kepada saya semasa Hari Guru, juga tolong saya masa Hari Sukan sekolah.
"Ya Allah, tak tahu mana silapnya. Mungkin bila habis sekolah rendah, mereka ini salah pilih kawan," tambahnya.
BACA: Polis tahan remaja lelaki bantu siasatan tragedi kebakaran tahfiz
BACA: Ada pihak berkeliaran sekitar pusat tahfiz sebelum kebakaran - PPIM
Beliau yang kini mengajar di salah sebuah sekolah rendah dekat Datuk Keramat berkata, keciciran di dalam kelas memungkinkan suspek tersebut terus tercicir dalam masyarakat.
"Mula-mula mereka ini tercicir dalam kelas, lepas itu mereka tercicir dalam masyarakat.
"Kita (guru) didik elok-elok masa mereka sekolah rendah, tetapi lepas tamat sekolah rendah, jadi sebegini. Saya sedih sangat.
"Inilah dugaan seorang guru, nampak kerja senang tetapi tanggungjawab dan amanat yang diberikan amat berat," ujarnya.
(Atas permintaan subjek, identitinya serta suspek yang dimaksudkan harus disembunyikan bagi mengelak menjejaskan siasatan)
BACA: Kebakaran pusat tahfiz: Tujuh fakta susulan penahanan suspek
BACA: Akibat ejek-mengejek, pusat tahfiz dibakar
Pada Jumaat, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata siasatan awal polis mendapati kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berpunca daripada perbuatan khianat.
Katanya, motif tindakan berpunca daripada ejek-mengejek antara tujuh suspek yang ditahan dan sekumpulan pelajar pusat tahfiz itu.
Tujuh suspek yang ditahan berusia di antara 11 dan 18 tahun, di mana ujian saringan air kencing mendapati enam daripada mereka positif dadah jenis ganja.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Sep 17 2017
![Kebakaran tahfiz: 'Nak gugur jantung tengok muka mereka' - Bekas guru suspek Kebakaran tahfiz: 'Nak gugur jantung tengok muka mereka' - Bekas guru suspek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/51505477876_950x600.jpg)
Siasatan awal polis mendapati kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berpunca daripada perbuatan khianat. - Gambar fail
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan 28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721144906_TBMAPBANNU.jpg)
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![Penduduk berbuka dalam banjir kilat di Pulau Pinang Penduduk berbuka dalam banjir kilat di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61589299055_hujan.jpg)
Penduduk berbuka dalam banjir kilat di Pulau Pinang
Kebanyakan kawasan terbabit dinaiki air setinggi 0.1 meter hingga 0.5 meter, namun tiada penduduk dipindahkan berikutan keadaan air semakin surut setakat 9 malam tadi.
![Tragedi Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah: Kes dipindah ke Mahkamah Tinggi Tragedi Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah: Kes dipindah ke Mahkamah Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/51506044739_Tahfiz.jpg)
Tragedi Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah: Kes dipindah ke Mahkamah Tinggi
Kes perbicaraan dua remaja yang didakwa terlibat dalam tragedi pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
![Kebakaran pusat tahfiz: Kawan Shahir di ICU mana, ibu? Kebakaran pusat tahfiz: Kawan Shahir di ICU mana, ibu?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/61506581234_Kebakaran.jpg)
Kebakaran pusat tahfiz: Kawan Shahir di ICU mana, ibu?
Sudah 18 hari tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, seorang ibu menguatkan semangat menahan pilu merahsiakan pemergian 21 pelajar yang terkorban daripada pengetahuan anaknya.
![Kebakaran tahfiz: 'Nak gugur jantung tengok muka mereka' - Bekas guru suspek Kebakaran tahfiz: 'Nak gugur jantung tengok muka mereka' - Bekas guru suspek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/51505477876_950x600.jpg)
Kebakaran tahfiz: 'Nak gugur jantung tengok muka mereka' - Bekas guru suspek
Guru yang enggan identitinya didedahkan itu berkata, dia terkejut apabila melihat wajah bekas muridnya itu antara tujuh individu yang dipercayai suspek kes tersebut.
![Datuk Bandar KL enggan bersemuka dengan sekumpulan penduduk Keramat Datuk Bandar KL enggan bersemuka dengan sekumpulan penduduk Keramat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/41440465326_MHDAMINNORDIN.jpg)
Datuk Bandar KL enggan bersemuka dengan sekumpulan penduduk Keramat
DBKL tidak berganjak daripada keputusannya bina 274 unit pangsapuri mampu milik untuk Bumiputera pada harga di bawah RM200,000 di Bukit Keramat.