ALOR SETAR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyalurkan peruntukan lebih RM2.3 juta bagi tujuan pembaikan dan penyelenggaraan penjara dan Pejabat Parol Daerah (PPD) di Kedah.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata sejumlah RM1.7 juta diperuntukkan kepada PPD antaranya di Sungai Petani, Kota Setar, Pokok Sena dan Langkawi untuk tujuan pembaikan dan penyelenggaraan pejabat parol berkenaan.
"Selain itu peruntukan sebanyak RM685,000 turut diberikan kepada Penjara Alor Setar dan Penjara Sungai Petani untuk tujuan pembaikan kuarters demi keselesaan kakitangan di sana. Ini sebagai usaha untuk melengkapkan kemudahan supaya mereka boleh memberikan perkhidmatan terbaik.
"Usaha berterusan daripada kementerian akan terus diberikan kerana kami kagum dengan komitmen kakitangan penjara, yang mereka menjadikan penjara ini sebagai pusat latihan bagi memberi peluang kedua kepada semua banduan yang ada di situ," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau terdahulu telah mengadakan lawatan kerja ke Penjara Alor Setar dan program ramah mesra bersama warga Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Kedah hari ini.
Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata terdapat lebih 11,000 keanggotaan RELA di Kedah yang aktif menggalas tugas dan peranan dalam usaha memperkukuh serta menjayakan konsep Malaysia MADANI.
"Kementerian sentiasa memberi keutamaan dalam memastikan kebajikan RELA ini terus diberi perhatian dan sesungguhnya kami melihat RELA ini sebagai satu jabatan yang penting kepada kita dan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023
![KDN salur peruntukan lebih RM2.3 juta untuk pembaikan penjara, PPD di Kedah KDN salur peruntukan lebih RM2.3 juta untuk pembaikan penjara, PPD di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668135765_DrShamsulAnuarNas.jpg)
Shamsul Anuar berkata sejumlah RM1.7 juta diperuntukkan kepada PPD antaranya di Sungai Petani, Kota Setar, Pokok Sena dan Langkawi untuk tujuan pembaikan dan penyelenggaraan pejabat parol berkenaan. - Gambar fail/Bernama
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Dr Wan Azizah lancar siri buku kanak-kanak bertemakan Malaysia Madani Dr Wan Azizah lancar siri buku kanak-kanak bertemakan Malaysia Madani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717226854_WanAzizah.jpg)
Dr Wan Azizah lancar siri buku kanak-kanak bertemakan Malaysia Madani
Dr Wan Azizahm elancarkan enam buku kanak-kanak yang menerapkan nilai-nilai Malaysia Madani sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024.
![Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani - Fahmi Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715837048_FahmiFadzil.jpg)
Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani - Fahmi
Warga Kementerian Komunikasi perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia Madani.
![Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan fokus pembangunan modal insan Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan fokus pembangunan modal insan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714920965_TBKAMPUNGMADANI.jpg)
Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan fokus pembangunan modal insan
Membantu penduduk di kampung yang terpilih dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa bergantung kepada kerajaan semata-mata.
![Penjawat awam diharap laksana pembaharuan digarap Kerajaan Madani - KSN Penjawat awam diharap laksana pembaharuan digarap Kerajaan Madani - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668950736_TBMohdZukiAli.jpg)
Penjawat awam diharap laksana pembaharuan digarap Kerajaan Madani - KSN
Mohd Zuki berkata pembinaan negara bangsa amat bergantung kepada produktiviti dan prestasi para pekerja yang merupakan jentera utama pembangunan negara.
![PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711610200_TBdaftarPADU.jpg)
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
![Kejayaan Bumiputera penting untuk kejayaan Malaysia Madani - Nga Kejayaan Bumiputera penting untuk kejayaan Malaysia Madani - Nga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702040621_TBNGAKORMING.jpg)
Kejayaan Bumiputera penting untuk kejayaan Malaysia Madani - Nga
Nga Kor Ming berkata kejayaan masyarakat Bumiputera penting untuk menjayakan aspirasi Malaysia Madani yang inklusif merangkumi semua kaum.
![Kerajaan akui wanita mainkan peranan penting dalam memacu kemakmuran Kerajaan akui wanita mainkan peranan penting dalam memacu kemakmuran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61709078783_ZahidHamidi.jpg)
Kerajaan akui wanita mainkan peranan penting dalam memacu kemakmuran
Kerajaan komited meletakkan kepentingan pemerkasaan wanita dan kemajuan rakyat menerusi konsep Malaysia MADANI.
![Program MADANI Rakyat: Pengurangan kadar saman trafik hanya bagi kesalahan terpilih Program MADANI Rakyat: Pengurangan kadar saman trafik hanya bagi kesalahan terpilih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708499465_TBKompaunSaman.jpg)
Program MADANI Rakyat: Pengurangan kadar saman trafik hanya bagi kesalahan terpilih
Pembayaran hanya boleh dibuat di tapak program, tertakluk pada terma dan syarat.
![Bayaran insentif awal dorong penjawat awam bina Malaysia MADANI Bayaran insentif awal dorong penjawat awam bina Malaysia MADANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697270481_TBNgaKorMing.jpg)
Bayaran insentif awal dorong penjawat awam bina Malaysia MADANI
Ia akan menjadi pendorong kepada penjawat awam untuk bekerja sebagai satu pasukan bagi membina Malaysia MADANI.
![Tol percuma sempena Krismas pada 23, 26 Disember Tol percuma sempena Krismas pada 23, 26 Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700118316_PlazaTolGombak.jpg)
Tol percuma sempena Krismas pada 23, 26 Disember
Pengguna lebuh raya diberi kemudahan tol percuma selama dua hari pada 23 dan 26 Disember sempena cuti sambutan Krismas.