PUTRAJAYA: Bagi mempergiat usaha memerangi aktiviti pemerdagangan manusia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil inisiatif melancarkan aplikasi sembang interaktif chatbot pelbagai bahasa sebagai medium interaksi antara mangsa kegiatan jenayah itu dengan Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO).
Chatbot singkatan daripada 'Chatterbot' merupakan ciri Kecerdasan Buatan (AI) yang berfungsi merangsang perbualan manusia menerusi suara atau teks atau kedua-duanya.
Chatbot berkenaan yang turut dikenali sebagai 'chatbot MAPO', dilancarkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin sempena sambutan Hari Antipemerdagangan Manusia Sedunia, hari ini.
Hamzah berkata platform yang boleh diakses menerusi laman Facebook MAPO itu dibangunkan kerajaan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Project Liber8.
"Chatbot MAPO mudah diakses, mesra pengguna, praktikal dan boleh dihubungi sepanjang masa untuk maklum balas yang pantas kepada pengguna," katanya sambil menambah aplikasi itu terdapat dalam enam bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia, Burma, Nepal dan Benggali.
Hamzah, yang turut berharap lebih ramai mangsa akan tampil dengan pelancaran Chatbot itu, menegaskan dalam bahawa, "anda bukan hanya akan diselamatkan tetapi juga dilindungi," katanya.
Beliau berkata mangsa pemerdagangan manusia memainkan peranan penting dalam usaha membanteras kegiatan itu, justeru sokongan dan maklum balas terhadap mangsa perlu dipergiat.
Katanya kegiatan pemerdagangan manusia adalah umpama amalan perhambaan moden yang menafikan kebebasan, maruah serta hak asasi berjuta-juta orang mangsa di seluruh dunia.
Beliau berkata berdasarkan statistik sejak 2015, sebanyak 1,854 kes yang melibatkan 10,463 mangsa telah direkodkan di Malaysia, iaitu 70 peratus mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.
"Semua mangsa telah diselamatkan dan diberikan perlindungan mengikut lunas perundangan sedia ada," katanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua mangsa yang telah memberikan maklumat serta kerjasama dalam usaha kerajaan membanteras aktiviti tersebut.
Hamzah berkata KDN juga sedang mempertimbangkan untuk mengenakan hukuman lebih berat kepada pesalah jenayah pemerdagangan manusia termasuk cadangan penjara seumur hidup.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 30 2021
![KDN lancar aplikasi 'chatbot' pelbagai bahasa bantu mangsa pemerdagangan orang KDN lancar aplikasi 'chatbot' pelbagai bahasa bantu mangsa pemerdagangan orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-09/61537007246_TBSANDxjpg.jpg)
Kata Hamzah,kegiatan pemerdagangan manusia adalah umpama amalan perhambaan moden yang menafikan kebebasan, maruah serta hak asasi berjuta-juta orang mangsa di seluruh dunia.- Gambar hiasan
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![DeepSeek, AI dari China, kejutkan industri teknologi global, pemain utama DeepSeek, AI dari China, kejutkan industri teknologi global, pemain utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738013134_Deepseeklogo.jpg)
DeepSeek, AI dari China, kejutkan industri teknologi global, pemain utama
Populariti model AI ini melonjak di gedung aplikasi mudah alih, mengatasi ChatGPT di beberapa pasaran utama.
![Meta AI kini mempunyai hampir 600 juta pengguna aktif Meta AI kini mempunyai hampir 600 juta pengguna aktif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733618089_MetaAIpengguna.jpg)
Meta AI kini mempunyai hampir 600 juta pengguna aktif
Mark Zuckerberg sendiri menyasarkan untuk menjadi penyedia perkhidmatan kecerdasan buatan terkemuka dunia menjelang penghujung 2024 ini.
![Microsoft tamatkan GPT Builder, buang semua GPTs yang telah dibangunkan Microsoft tamatkan GPT Builder, buang semua GPTs yang telah dibangunkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718164930_Microsoft.jpg)
Microsoft tamatkan GPT Builder, buang semua GPTs yang telah dibangunkan
Selari penamatan GPT Builder ini, Microsoft turut mengatakan akan membuang semua GPTs yang dihasilkan termasuk data berkaitan.
![Pembangunan kemudahan chatbot dalam WhatsApp memasuki proses akhir - Fahmi Pembangunan kemudahan chatbot dalam WhatsApp memasuki proses akhir - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716979680_FahmiFadzil.jpg)
Pembangunan kemudahan chatbot dalam WhatsApp memasuki proses akhir - Fahmi
Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Meta Platforms Inc (Meta) dalam masa terdekat mengenai perkara itu.
![DuckDuckGo AI Chat diperkenal, akses pelbagai chatbot secara awanama DuckDuckGo AI Chat diperkenal, akses pelbagai chatbot secara awanama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717741988_DuckDuckGoAIChat.jpg)
DuckDuckGo AI Chat diperkenal, akses pelbagai chatbot secara awanama
AI Chat baharu ini menyokong pelbagai model seperti GPT 3.5 Turbo, Claude 3 Haiku, Llama 3, Mixtral 8x7B dan banyak lagi yang bakal diintegrasikan.
![ChatGPT tampil ciri Memory, ingat maklumat penting ChatGPT tampil ciri Memory, ingat maklumat penting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681897547_ChatGPT.jpg)
ChatGPT tampil ciri Memory, ingat maklumat penting
Apabila perbualan dilakukan, pengguna ChatGPT Plus boleh memilih untuk menyimpan perbualan sebagai memori.
![X aktifkan Grok untuk semua pelanggan X Premium X aktifkan Grok untuk semua pelanggan X Premium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705727238_TBAmanz.jpg)
X aktifkan Grok untuk semua pelanggan X Premium
Sekiranya anda melakukan langganan X Premium atau X Premium, anda sudah boleh mengakses penawaran chatbot ini.
![Anda kini boleh cuba bersembang dengan Gemini pada Google Message di Malaysia Anda kini boleh cuba bersembang dengan Gemini pada Google Message di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707104959_gemini.jpg)
Anda kini boleh cuba bersembang dengan Gemini pada Google Message di Malaysia
Kini, Gemini membenarkan pengguna bersembang untuk bantu cipta senarai, rancang perjalanan dan dapatkan fakta lain dengan mudah dan pantas.
![Chatbot xAI dinamakan Grok, ada kelebihan akses info masa-nyata Chatbot xAI dinamakan Grok, ada kelebihan akses info masa-nyata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699098602_ElonMusk.jpg)
Chatbot xAI dinamakan Grok, ada kelebihan akses info masa-nyata
Antara kelebihan Grok berbanding pesaing lain dalam arena sama adalah Grok mempunyai akses kepada info masa-nyata melalui perkongsian dan data melalui platform X.
![KDN lancar aplikasi 'chatbot' pelbagai bahasa bantu mangsa pemerdagangan orang KDN lancar aplikasi 'chatbot' pelbagai bahasa bantu mangsa pemerdagangan orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-09/61537007246_TBSANDxjpg.jpg)
KDN lancar aplikasi 'chatbot' pelbagai bahasa bantu mangsa pemerdagangan orang
Bagi mempergiat usaha memerangi aktiviti pemerdagangan manusia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil inisiatif melancarkan aplikasi sembang interaktif chatbot pelbagai bahasa.