CUKUP menarik melihat perkembangan teknologi AI generatif. Ia banyak membantu pengguna memudahkan lagi tugasan harian atau memberi inspirasi untuk menjadi lebih kreatif.
Satu masalah yang paling digeruni oleh orang ramai adalah perkhidmatan AI generatif yang dilatih menggunakan data peribadi kita semua.
Jika itu yang anda risaukan, DuckDuckGo AI Chat adalah chatbot AI untuk anda.
DuckDuckGo sedia menawarkan pelayar web yang menjaga keselamatan pengguna, serta melindungi data dan privasi pengguna.
AI Chat baharu ini menyokong pelbagai model seperti GPT 3.5 Turbo, Claude 3 Haiku, Llama 3, Mixtral 8x7B dan banyak lagi yang bakal diintegrasikan.
DuckDuckGo menjamin setiap perbualan dengan AI Chat tidak akan digunakan untuk melatih model AI dan akan dipadam dalam masa 30 hari.
Alamat IP pengguna juga tidak akan dikesan oleh AI Chat kerana ia akan dibuang dan diubah menggunakan alamat IP DuckDuckGo.
Butang Fire diperkenalkan untuk memulakan semula perbualan dengan chatbot. AI Chat ditawarkan secara percuma dengan had kredit penggunaan harian.
Akan datang, DuckDuckGo akan menawarkan pelan langganan untuk penggunaan AI Chat dengan had kredit lebih tinggi.
AI Chat ini boleh diakses melalui duck.ai, duckduckgo.com/chat, atau melalui laman hasil carian pada tab Chat, atau !ai atau !chat bang. -Amanz
Amanz
Fri Jun 07 2024

AI Chat baharu ini menyokong pelbagai model seperti GPT 3.5 Turbo, Claude 3 Haiku, Llama 3, Mixtral 8x7B dan banyak lagi yang bakal diintegrasikan. -Amanz
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

AI Generatif: Masa hadapan baharu perniagaan, gabungan dunia fizikal, digital
Edisi terkini laporan Accenture meneroka bagaimana teknologi bakal merubah cara masyarakat hidup dan bekerja.