Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersetuju dengan cadangan penubuhan Dewan Perhimpunan Belia ASEAN namun ia perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri terlebih dahulu.
Menteri berkenaan Khairy Jamaluddin berkata mekanisme yang sesuai akan diwujudkan dengan kerjasama Kementerian Luar untuk pelaksanaannya kelak.
"Bagi peringkat awal, dewan ini akan digerakkan sama ada dengan sekretariat sendiri atau melalui kerjasama dengan Jawatankuasa Kerjasama Belia ASEAN," katanya ketika menggulung ucapan penutup persidangan pertama Parlimen Belia Malaysia di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Khairy berkata penubuhan dewan itu akan membuka peluang dan ruang kepada belia tempatan bertukar pandangan dengan rakan ASEAN mereka dan bertepatan dengan kalendar tahun ini yang menyaksikan Malaysia menjadi pengerusi ASEAN.
Penubuhan dewan berkenaan merupakan antara sembilan usul yang dibentang, dibahas dan diluluskan dalam dua hari persidangan yang dihadiri 133 anggota belia pelbagai lapisan masyarakat seluruh negara.
Parlimen Belia Malaysia, platform melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda berkaliber dan berwibawa, yang bersidang buat kali pertama sejak semalam, ditangguhkan hari ini ke satu tarikh yang belum ditetapkan.
Antara yang menarik perhatian adalah usul penubuhan program Perhimpunan Belia ASEAN yang berfungsi sebagai medium perbincangan dan penggubalan polisi serantau dalam kalangan belia serantau serta usul penubuhan Institut Kemahiran Insaniah Belia.
Usul lain adalah supaya kerajaan menubuhkan 'Skim Biasiswa Kecemerlangan Kemahiran', penyediaan Kad Diskaun Khas kepada belia bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam darat, penubuhan 'Kesatuan Pekerja Muda' bagi permasalahan dan isu-isu melibatkan pekerja muda.
Persidangan itu turut meluluskan usul pelaksanaan Pelan Pengurusan Bencana Peringkat Komuniti untuk keberkesanan mekanisme pengurusan bencana selain penambahbaikan pendidikan di luar bandar dalam konteks guru cemerlang.
Mengulas mengenai perbahasan, Khairy kagum kerana perwakilan berjaya membuktikan bahawa ia bukan satu inisiatif yang membazir kerana perhimpunan itu sebaliknya menjadi medan mengumpulkan idea-idea baik untuk pembangunan belia dan negara.
Khairy berkata segala perkara yang dibangkitkan semasa persidangan itu akan diproses dan dijadikan laporan untuk diajukan kepada Kabinet sebelum diserahkan kepada mana-mana kementerian untuk tindakan lanjut.
Pada sidang media kemudian, beliau berkata tarikh bagi sesi Parlimen Belia seterusnya akan ditentukan selepas perbincangan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa Parlimen Belia itu akan bersidang tiga sesi setiap tahun dan dijadual diadakan seterusnya pada Jun dan September.
Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee berkata pada keseluruhannya, perwakilan membuat persiapan yang baik dan mampu berbahas dengan baik.
"Perbahasan yang sangat memuaskan. Mereka ada kemahiran dan tajuk perbincangan yang menarik malah ada perwakilan yang boleh dibanggakan," katanya kepada Bernama.
Parlimen Belia merupakan inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira dua tahun lepas bertujuan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda sejajar keperluan negara masa kini dan akan datang.
Bernama
Sun Jan 11 2015

Menteri berkenaan Khairy Jamaluddin berkata mekanisme yang sesuai akan diwujudkan dengan kerjasama Kementerian Luar untuk pelaksanaannya kelak. - Foto Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Program RTG: Hannah akan jumpa Zii Jia, Sze Fei-Nur Izzuddin
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata perbincangan itu dijangka dibuat bermula bulan hadapan.

KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.

KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.

Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu
Sukan terjun, badminton, berbasikal, skuasy, renang dan olahraga diumumkan sebagai penerima dana itu.

Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.

KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.

KBS terus perkasa TVET Sukan, hasrat lahir lebih ramai tenaga mahir
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sukan dalam usaha menghasilkan lebih ramai tenaga mahir dalam industri sukan tanah air.

Persatuan sukan diminta wujudkan akaun khas untuk mudahkan pengurusan dana - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang belum mempunyai akaun khas diminta supaya segera berbuat demikian bagi membolehkan pengurusan dana dilaksanakan dengan teratur.

KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.