Malaysia mengekalkan kawasan pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang di selatan Lautan Hindi walaupun Perancis mengesahkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik MH370.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Karpawi berkata pengesahan itu menunjukkan pihak berkuasa melakukan operasi mencari di kawasan yang betul.
"Berdasarkan simulasi angin yang dilakukan Australia terhadap serpihan MH370, ia adalah konsisten dengan kawasan pencarian di dasar laut yang dilakukan di selatan Lautan Hindi.
"Kami akan memperhalusi kawasan pencarian dan membincangkannya dalam mesyuarat tiga pihak bulan ini," katanya kepada Bernama apabila diminta mengulas sama ada operasi pencarian dibuat di lokasi baharu sekitar kepulauan di pantai timur Afrika.
Beliau menegaskan pencarian tidak akan dibuat di kawasan kepulauan pantai timur Afrika iaitu Reunion, Madagascar, Mauritius dan Maldives sehingga ada serpihan baharu ditemui.
Khamis lepas, pendakwaraya Perancis mengumumkan seorang juruteknik Airbus Defense and Space (ADS-SAU) di Sepanyol yang membuat alatan untuk Boeing, secara rasmi mengenal pasti satu daripada tiga nombor yang ditemui pada serpihan itu adalah sama dengan nombor siri MH370 Boeing 777.
Serpihan sayap itu ditemui di pantai pulau jajahan Perancis itu pada 29 Julai lepas.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 bersama 239 penumpang dan anak kapal.
Pada 6 Ogos lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah sebahagian daripada pesawat itu.
Ketua Kajian dan Inovasi Universiti Kuala Lumpur, Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian, percaya sebahagian daripada komponen pesawat MH370 akan dihanyutkan ke pantai.
"Komponen yang dibuat menggunakan komposit mudah terapung adalah panel kawalan di bahagian sayap, kemudi dan pintu pesawat," katanya.
Sementara itu, Selamat Omar, 62, bapa salah seorang penumpang MH370, meminta kerajaan melakukan pencarian di sekitar Pulau Reunion.
"Mereka tidak seharusnya terlalu fokus kepada Lautan Hindi. Mungkin mereka boleh menemui lebih banyak serpihan di pulau itu yang dapat membantu usaha mencari posisi pesawat berkenaan," katanya.
Seorang lagi anggota keluarga penumpang, Maira Elizabeth Nari, 19, turut sependapat dengan Selamat dengan berkata: "Mungkin mereka harus mencari lebih jauh di lebih banyak pulau."
Bernama
Sat Sep 05 2015

Beliau menegaskan pencarian tidak akan dibuat di kawasan kepulauan pantai timur Afrika iaitu Reunion, Madagascar, Mauritius dan Maldives sehingga ada serpihan baharu ditemui.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.
Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pembuat seramik di Hebron perkenal produk, reka bentuk baharu
Rekaan pinggan seramik dengan ukiran bulan sabit dan ucapan ramadan kareem diperkenalkan di Hebron bagi memberi keceriaan Ramadan meskipun berlangsung dalam keadaan gencatan senjata tidak menentu.

Kawasan pencarian MH370 tidak berubah - Ab Aziz
Malaysia mengekalkan kawasan pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang di selatan Lautan Hindi walaupun Perancis mengesahkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik MH370.