KUALA LUMPUR: Kawasan bandar memperoleh carian hartanah paling banyak pada tahun ini berikutan bakal pembeli mencari rumah berhampiran tempat kerja yang boleh dikaitkan dengan dasar kembali ke pejabat yang dilaksanakan oleh lebih ramai majikan, menurut iProperty.
Dalam kenyataan pada Selasa, pasaran hartanah itu berkata bakal pembeli rumah turut mempertimbangkan kawasan terpilih di luar Lembah Klang disebabkan fleksibiliti kerja.
Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia (PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my) Sheldon Fernandez berkata hartanah bandar menawarkan beberapa kelebihan kepada mereka yang bekerja di pejabat seperti ketersambungan yang sangat baik dan akses mudah ke tempat kerja menggunakan pengangkutan awam, memberikan masa perjalanan yang lebih singkat.
"Kawasan bandar juga sering menjadi pusat aktiviti, menawarkan pelbagai kemudahan seperti pusat beli-belah, restoran dan kemudahan rekreasi. Justeru, kawasan tersebut dapat menarik mereka yang mencari gaya hidup dinamik di luar waktu kerja.
"Gabungan faktor ini menjadikan kehidupan bandar sangat sesuai untuk golongan profesional yang bekerja di pejabat. Trend ini menekankan daya tahan dan kebolehsuaian pasaran hartanah," katanya.
Sheldon Fernandez berkata pemaju turut menyesuaikan strategi mereka untuk memenuhi pilihan pembeli rumah yang berubah-ubah seiring dengan pasaran hartanah yang terus berkembang.
"Pembangunan bercampur yang menggabungkan aspek kediaman, komersial dan rekreasi kini dalam perancangan oleh beberapa pemaju.
"Pembangunan ini berpotensi untuk mengubah daerah pusat perniagaan (CBD) daripada tertumpu kepada pejabat semata-mata kepada hab yang pelbagai fungsi apabila penduduk boleh tinggal, bekerja dan bermain," katanya.
Menurut iProperty, Petaling Jaya menjadi kawasan yang paling popular dicari oleh pembeli rumah pada tahun ini berikutan jaringan lebuh raya dan pengangkutan awam, selain pelbagai kemudahan, menjadikannya destinasi tempat tinggal yang ideal bagi penduduk bandar.
Katanya Mont Kiara menduduki tempat kedua untuk kawasan paling banyak dicari berikutan kemudahan sedia ada dan sekolah antarabangsa berprestij serta kedudukannya yang strategik di antara Damansara Heights, Bangsar dan Pusat Bandar Kuala Lumpur, ditambah dengan akses mudah melalui lebuh raya utama, membolehkan akses cepat ke bandar utama.
Menurut iProperty, Johor Bahru menduduki tempat ketiga, menyaksikan jumlah transaksi hartanah di Johor Bahru semakin meningkat, kerana pencari hartanah memburu tawaran sebelum pembukaan sistem transit pantas (RTS) Johor Bahru-Singapura, yang dijangka siap pada akhir 2026.
Selain itu, katanya langkah untuk melonggarkan syarat program Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H), ditambah dengan kenaikan kos sewa di Singapura, boleh meningkatkan lagi jualan hartanah di Johor.
Sementara itu, katanya kawasan lain yang termasuk dalam senarai 10 kawasan yang paling banyak dicari oleh pembeli rumah ialah Cheras, Puchong, Bukit Jalil, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Subang Jaya, Bangsar dan Cyberjaya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 19 2023

Sheldon Fernandez berkata pemaju turut menyesuaikan strategi mereka untuk memenuhi pilihan pembeli rumah yang berubah-ubah seiring dengan pasaran hartanah yang terus berkembang.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Unit EcoWorld Malaysia jual tanah 56.06 hektar di Iskandar Malaysia pada RM693.96 juta
Pemaju hartanah itu berkata tanah berkenaan terdiri daripada 117 lot tanah kosong hak pegangan bebas dan rizab jalan.

Harga rumah dijangka naik ekoran peningkatan ketara harga bahan binaan - Henry Butcher Real Estate
Tang berkata, pasaran masih belum berada dalam kedudukan yang kukuh dan pemaju tidak dapat menyalurkan kos kepada pembeli rumah.

PM Sepanyol cadang cukai 100 peratus ke atas hartanah dibeli oleh bukan warga EU
Langkah yang dianggap "belum pernah berlaku" itu bertujuan menangani kekurangan perumahan di Sepanyol.

Menteri Singapura akan keluarkan surat tuntutan berhubung 'rencana berunsur fitnah' Bloomberg
Dua menteri Singapura akan mengeluarkan Surat Tuntutan berhubung artikel yang menyentuh urusan hartanah mereka.

LBS terima anugerah Deloitte buat kali ketiga, bukti kepimpinan dan komitmen mampan
LBS Bina Group Berhad, syarikat terkemuka dalam sektor pembinaan dan pembangunan hartanah, berjaya merangkul Anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik (Malaysia) 2024 oleh Deloitte.

Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.

Saman 1MDB: Riza Shahriz guna AS$248 juta untuk beli hartanah, belanja perjudian
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa wang AS$248 juta telah digunakan untuk kepentingan peribadi Riza Shahriz iaitu bagi membayar pembelian beberapa hartanah dan perbelanjaan berjudi.

Belanjawan 2025: Isu mampu milik jadi tumpuan sektor hartanah
Isu berkaitan mampu milik kekal menjadi tema utama dalam sektor hartanah menjelang Belanjawan 2025 walaupun beberapa cadangan yang dikemukakan bukan suatu perkara baharu, kata CIMB Securities Sdn Bhd

1 juta rakyat New Zealand sukar miliki rumah
Kajian Consumer New Zealand mendapati, 41 peratus bukan pemilik rumah percaya mereka tidak memiliki kemampuan kewangan untuk memiliki rumah.

Kerjaya dalam bidang hartanah kini menjadi pilihan ramai
Ramai perunding baru daripada pelbagai bidang pendidikan yang berbeza memilih kerjaya dalam bidang hartanah sebagai pilihan utama masa kini.