KUALA LUMPUR: Golongan wanita di negara ini direkodkan sebagai paling ramai menjadi mangsa penipuan dalam talian atau scammer.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai, statistik yang direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati, setakat dua tahun kebelakangan ini menunjukkan, mangsa penipuan membabitkan pelbagai jenayah dalam talian melibatkan kaum itu lebih tinggi berbanding lelaki.
Beliau berkata, purata umur paling tinggi menjadi mangsa ialah antara 17 hingga 40 tahun memandangkan golongan itu paling banyak menggunakan media sosial di negara ini.
Jelasnya, antara kes penipuan yang sering menjerumuskan kaum wanita sebagai mangsa di negara ini membabitkan jenayah 'Love Scam' dari pelbagai platform media sosial termasuk Facebook.
"Antara kes yang paling banyak melibatkan penipuan membabitkan pembelian dalam talian, Macau Scam yang cenderung kepada penipuan atau ugutan seperti panggilan penyamaran dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan sebagainya, ‘Love Scam’, penipuan pinjaman yang tidak wujud dan juga penipuan pelaburan.
"Statistik untuk tempoh dua tahun kebelakangan ini menunjukkan lebih 45 peratus daripada mangsa penipuan adalah membabitkan lelaki dan 55 peratus adalah dari kalangan kaum wanita. Ramai diantaranya adalah kes membabitkan 'Love Scam'," katanya ketika hadir sebagai ahli panel pada program Avoid Online Scam ‘Anda Bijak Anda Selamat’ Townhall Discussion Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di SJKC Kepong 2 di sini, hari ini.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sebahagian daripada kes 'Love Scam' yang dilaporkan sering menjadikan wanita kesunyian atau sedang mencari pasangan sebagai sasaran mudah mereka.
Golongan itu, tegas Eng Lai, lebih terdedah dengan risiko penipuan tersebut jika mereka tidak berhati-hati ketika menggunakan sosial media.
Rekod semasa PDRM juga, jelasnya, menunjukkan kadar jenayah penipuan dalam talian yang mensasarkan rakyat di negara ini kian meningkat saban tahun.
"Jika kita lihat pada tahun 2020 sebanyak 47 kes penipuan dalam talian dilaporkan setiap hari. Jumlah itu meningkat kepada 57 kes sehari pada 2021 manakala kes yang dilaporkan pada tahun ini sejak Januari lalu hingga Mei pula berjumlah 72 kes setiap hari," kata Eng Lai lagi.
Selain itu, beliau turut mendedahkan, statistik kes yang dilaporkan juga menunjukkan lebih 40 peratus mangsa penipuan membabitkan bangsa Melayu, 30 peratus (Cina), 19 peratus (India) manakala lain-lain bangsa 11 peratus.
Sementara bagi kategori profesion pula, Eng Lai berkata, pekerja di sektor swasta berada di kedudukan teratas paling tinggi setakat ini menjadi mangsa penipuan dikuti penjawat awam dan ahli perniagaan.
PDRM, katanya, sentiasa berharap orang ramai lebih berhati-hati dan berwaspada apabila menggunakan sosial media dan telefon pintar agar tidak menjadi mangsa kepada sebarang jenayah membabitkan penipuan dalam talian.
Kebanyakan kes yang melibatkan penipuan dalam talian, jelas Eng Lai, berkait rapat dengan sikap individu itu yang mudah mendedahkan diri mereka kepada risiko.
Sehubungan itu, PDRM, katanya, sentiasa meningkatkan kempen kesedaran dari semasa ke semasa untuk memastikan orang ramai menyedaru risiko dan bahaya taktik penipuan dalam talian yang semakin licik ketika ini.
Dalam masa sama, penguatkuasaan undang-undang yang ada untuk membendung jenayah tersebut turut dilaksanakan.
Raja Hisyam Raja Zaid
Wed Jun 22 2022
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai, wanita lebih ramai menjadi mangsa penipuan atas talian berbanding kaum lelaki untuk tempoh dua tahun kebelakangan ini. - Gambar hiasan
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menafikan dakwaan bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad memohon cerai.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Dalam kenyataan kepada media, jurucakap tentera Nadav Shoshani menyatakan bahawa banyak senjata tersebut berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Bangladesh minta Hasina diekstradisi
Penasihat luar kerajaan sementara berkata telah menghantar nota rasmi kepada Kerajaan India bahawa Kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali ke negara itu untuk menjalani proses kehakiman.
Bangladesh tidak benarkan lagi kemasukan Rohingya
Bangladesh tegaskan, ia tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya, lebih-lebih lagi apabila kira-kira 60,000 pelarian itu memasuki negara Asia Selatan itu dalam tempoh dua tahun lalu
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai Januari
Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia dan Uzbekistan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Januari 2025.
KBS tunggu laporan lengkap punca pergaduhan penyokong di stesen LRT
KBS masih belum menerima laporan lengkap berhubung punca pergaduhan antara dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, pada Jumaat.
Penipuan pakej pelancongan Korea Selatan: PDRM terima 24 laporan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima 24 laporan polis berkaitan isu penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan dengan nilai kerugian hampir mencecah RM460,000 di sini, pada Khamis.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.
Banjir 2024: PM zahir penghargaan kepada 80,000 polis, penjawat awam bantu mangsa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan tersebut tidak pernah mengeluh letih atau penat walaupun membanting tulang siang dan malam untuk membantu mereka yang terjejas.
Zahnita Wilson muat naik wajah lebam, suami sudah ditahan polis
Zahnita Wilson membuat kejutan apabila memuat dua gambar di Instagramnya dengan wajahnya yang lebam dipercayai menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Bekas guru alami demensia hilang sejak Isnin lalu
Seorang bekas guru berusia 84 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Baru Bangi, di sini sejak Isnin lalu.
Bedah siasat mayat wanita warga emas dibunuh anak kandung masuk hari kedua
Bedah siasat ke atas mayat seorang wanita berusia lingkungan 80-an yang dipercayai dibunuh oleh anak lelakinya sebelum disumbat di dalam peti sejuk beku di Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini, masih l
Suspek utama kes pijak penuntut UPNM selesai dirakam keterangan di IPD Cheras
Polis selesai merakam keterangan suspek utama kes buli seorang penuntut tahun satu UPNM yang cedera parah dengan keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak.
Mayat lelaki lengkap berpakaian ditemukan tertiarap di Shah Alam
Mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian ditemukan dalam keadaan tertiarap di tebing sungai berhampiran kunci air, Jalan Ngah Ibrahim 35/135, Shah Alam, pada Ahad.