KOTA BHARU: Demi kelangsungan hidup, seorang pengumpul kasut vintaj di sini terpaksa melelong sepasang kasut Converse berusia 104 tahun miliknya, dan tidak menduga menerima bidaan tujuh individu yang berminat memiliki kasut edisi pertama tersebut dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas dimuat naik ke laman media sosial.
Wan Irfayuim Azim Wan Ab Aziz, 31, berkata seorang daripada pembida tersebut, iaitu seorang lelaki dari Pahang, bersetuju dengan harga yang ditawarkan iaitu RM40,800, dan mereka menyelesaikan urus niaga semalam.
"Saya turut bersetuju memberikan tiga pasang kasut Converse yang dikeluarkan pada 1950, 1960 dan 1970 sebagai hadiah.
"Saya difahamkan beliau (pembida berjaya) juga seorang pengumpul barangan antik," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Jambu, di sini hari ini.
Bercerita lanjut, Wan Irfayuim Azim berkata kasut yang dijual untuk dijadikan koleksi itu lengkap dengan sepasang seluar pendek yang dikeluarkan pada 1916 berserta pelindung lutut pemain bola keranjang.
Menyingkap sejarah kasut Converse tertua di dunia itu, lelaki berkenaan berkata beliau membeli kasut tersebut pada 2018 daripada sepasang suami isteri yang menetap di Amerika Syarikat.
"Mereka menghubungi saya selepas melihat hantaran laman Facebook saya tentang sejarah kasut vintaj. Pasangan tersebut terdesak memerlukan wang untuk menampung kos rawatan anak mereka," jelasnya, menambah bahawa bagi pengumpul kasut vintaj, ia bukan sekadar kasut sebaliknya penyimpan sejarah.
Sehubungan itu beliau berharap pemilik baharu kasut berkenaan akan turut menghargai nilai tinggi kasut Converse Non Skid tersebut.
Menurutnya, beliau bertindak menjual kasut tersebut bagi kelangsungan hidup kerana tidak dapat kembali ke Jepun untuk bekerja dalam sektor pelancongan akibat penularan pandemik COVID-19.
Semalam, hantaran yang dimuat naik oleh Wan Irfayuim Azim berkenaan lelongan kasut itu tular menerusi Facebook dan menerima 7,000 perkongsian serta hampir 9,000 tanda suka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 27 2021
![Kasut Converse 104 tahun dijual pada harga RM40,800 Kasut Converse 104 tahun dijual pada harga RM40,800](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61624795879_Pengumpulkasut.jpg)
Wan Irfayuim Azim berkata kasut yang dijual untuk dijadikan koleksi itu lengkap dengan sepasang seluar pendek yang dikeluarkan pada 1916 berserta pelindung lutut pemain bola keranjang. - Gambar/ Bernama
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
!['Tak malu pun, saya memang pakai murah-murah' - Fasha Sandha jawab dakwaan baju RM15 'Tak malu pun, saya memang pakai murah-murah' - Fasha Sandha jawab dakwaan baju RM15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689766847_FashaSandha.jpg)
'Tak malu pun, saya memang pakai murah-murah' - Fasha Sandha jawab dakwaan baju RM15
Menurut Fasha, baju yang berharga mahal tidak akan terlihat eksklusif sekiranya si pemakai tidak mempunyai aura untuk mengenakannya.
![Taubat, doa ibu bapa dan sedekah, asbab untuk bangkit semula - Mangsa banjir Taubat, doa ibu bapa dan sedekah, asbab untuk bangkit semula - Mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41651444567_BanjirSriMudaTh.jpg)
Taubat, doa ibu bapa dan sedekah, asbab untuk bangkit semula - Mangsa banjir
Benarlah kata orang, hidup umpama roda, kadangkala di atas dan dalam sekelip mata, boleh terus berada di bawah sambil hati berdoa, berharap agar mampu naik semula.
![Menjelang Syawal: Kasut 'bundle' raih permintaan tinggi Menjelang Syawal: Kasut 'bundle' raih permintaan tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71651012469_KASUTTERPAKAI.jpg)
Menjelang Syawal: Kasut 'bundle' raih permintaan tinggi
Kasut 'bundle' pilihan peminat tegar adalah yang dikategorikan sebagai 'vintage item' dan kebanyakannya sudah tidak dikeluarkan lagi.
![Kasut Converse 104 tahun dijual pada harga RM40,800 Kasut Converse 104 tahun dijual pada harga RM40,800](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61624795879_Pengumpulkasut.jpg)
Kasut Converse 104 tahun dijual pada harga RM40,800
Demi kelangsungan hidup, seorang pengumpul kasut vintaj di sini terpaksa melelong sepasang kasut Converse berusia 104 tahun miliknya.
![Jumlah anak muda jual 'bundle' dalam talian meningkat semasa PKP Jumlah anak muda jual 'bundle' dalam talian meningkat semasa PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41622944560_BajuBundleKelanta.jpg)
Jumlah anak muda jual 'bundle' dalam talian meningkat semasa PKP
Pertambahan anak muda terbabit dalam perniagaan secara dalam talian di Kelantan memberangsangkan.
![Ebby Yus jockey live jualan vintaj Suara Anak Cokit Ebby Yus jockey live jualan vintaj Suara Anak Cokit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51590986105_EbbyYus.jpg)
Ebby Yus "jockey live" jualan vintaj Suara Anak Cokit
Facebook Suara Anak Cokit menggerakkan komuniti peniaga kecil Melayu meneroka potensi bisnes atas talian.