Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas senjata api tiruan -- enam pucuk pistol dan empat laras senapang -- yang ditemui dalam lima kotak bungkusan yang dikirim dari Amerika Syarikat di kawasan kargo Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini semalam.
Pengarah Kastam KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata bungkusan mengandungi senjata api tiruan itu tiba di Malaysia dua hari lepas menggunakan khidmat syarikat penghantaran ekspres FedEx.
"Kami menemui senjata api tiruan itu yang diletakkan di dalam lima kotak bungkusan berasingan bersama aksesori seperti ball bearing, gas power serta peluru dalam pemeriksaan di kawasan kargo itu pada 11.30 pagi semalam," katanya.
Chik Omar berkata alamat serta nama penerima di kotak itu merupakan seorang lelaki yang menggunakan alamat yang tidak wujud di Lembah Klang.
"Sebelum kastam menemui senjata itu, FedEx menerima e-mel daripada individu yang mendakwa penerima barang tersebut dan memaklumkan barang itu bukan kepunyaannya kerana penghantar tersalah hantar," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Chik Omar berkata pihak kastam turut cuba menghubungi nombor telefon yang tertera di bungkusan itu namun gagal.
Pihaknya percaya individu berkenaan menghantar e-mel tersebut selepas mengetahui bungkusan senjata tiruan itu telah dikesan pihak berkuasa.
"Kita percaya ini bukan kali pertama individu tersebut menggunakan perkhidmatan kurier untuk menghantar barang terlarang," katanya, sambil menambah bungkusan senjata tiruan itu diisytiharkan sebagai peralatan.
Enam pucuk pistol yang ditemui itu ialah dua daripada jenis Colt dan masing-masing satu Beretta, Beeman, Airgun dan Glock berharga USD250 setiap satu manakala tiga senapang jenis Rifle pula berharga USD300 setiap satu, katanya.
Chik Omar berkata siasatan lanjut bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih diteruskan bagi mengesan pemilik senjata itu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport barang larangan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda maksima 10 kali ganda nilai barang atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali.
Dalam perkembangan lain, Chik Omar berkata seorang lelaki warga Kenya berumur 32 tahun ditahan reman tujuh hari selepas dikesan membawa dadah jenis Methamphetamine seberat 4.48 kg bernilai RM851,200 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL2 (klia2) dua hari lepas.
"Lelaki yang menaiki penerbangan dari Hong Kong itu menyorokkan dadah tersebut dalam ruang khas bahagian bawah bagasi," katanya.
Bernama
Wed Nov 12 2014
![Kastam KLIA temui 10 senjata tiruan dihantar dari AS Kastam KLIA temui 10 senjata tiruan dihantar dari AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/51415788936_295x200.jpg)
Kastam KLIA temui 10 senjata tiruan dihantar dari AS
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Sindiket seludup vape di kargo KLIA tumpas, negara rugi RM8 juta dalam bentuk kutipan cukai Sindiket seludup vape di kargo KLIA tumpas, negara rugi RM8 juta dalam bentuk kutipan cukai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737553504_vape.jpg)
Sindiket seludup vape di kargo KLIA tumpas, negara rugi RM8 juta dalam bentuk kutipan cukai
14 individu termasuk enam pegawai kastam ditahan kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut.
![Kastam gagalkan 135 cubaan seludup dadah melalui mod udara tahun ini Kastam gagalkan 135 cubaan seludup dadah melalui mod udara tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734792839_TBKASTAMjpg.jpg)
Kastam gagalkan 135 cubaan seludup dadah melalui mod udara tahun ini
Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 22 peratus atau 24 kes berbanding 111 kes yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.
![Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734244891_TBANTHONYLOKE.jpg)
Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke
Kementerian Pengangkutan berharap perancangan pembangunan rangkaian rel kereta api yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, kata menterinya, Anthony Loke.
![Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734006945_RampasJutajuta.jpg)
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
![Kastam Sabah gagalkan cubaan seludup keluar 111,391 liter petrol ke negara jiran Kastam Sabah gagalkan cubaan seludup keluar 111,391 liter petrol ke negara jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733825917_TBPETROLSELUDUP.jpg)
Kastam Sabah gagalkan cubaan seludup keluar 111,391 liter petrol ke negara jiran
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Siti Mang berkata kapal kargo berkenaan ditahan di perairan Sandakan pada kira-kira 7.48 malam.
![Warga asing didenda seludup minuman beralkohol di Brunei Warga asing didenda seludup minuman beralkohol di Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732703638_TBCourtHammer.jpg)
Warga asing didenda seludup minuman beralkohol di Brunei
Pegawai kastam Brunei telah menahan sebuah kenderaan untuk pemeriksaan pada Rabu dan menemukan 192 tin minuman beralkohol.
![JAS pertingkat kerjasama dengan agensi terlibat banteras operasi e-waste JAS pertingkat kerjasama dengan agensi terlibat banteras operasi e-waste](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81727869158_WanAbdulLatiffWan.jpg)
JAS pertingkat kerjasama dengan agensi terlibat banteras operasi e-waste
Tindakan berterusan akan dilaksanakan bersama agensi terlibat untuk membanteras kemasukan haram e-waste di pelabuhan negara.
![Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan negara di Perlis Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan negara di Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710898699_TBPadangBesarjp.jpg)
Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan negara di Perlis
ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang manakala 7,399 lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.
![Shenzen terima kumpulan pertama durian segar Malaysia Shenzen terima kumpulan pertama durian segar Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724839851_TBcctvdurian.jpg)
Shenzen terima kumpulan pertama durian segar Malaysia
Bandar Shenzhen di selatan China menerima kumpulan pertama durian segar Malaysia apabila sebuah pesawat kargo yang membawa muatan seberat 27 tan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bao'an.
![Srettha bertemu Anwar di wilayah selatan bincang keselamatan sempadan Srettha bertemu Anwar di wilayah selatan bincang keselamatan sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697078017_SretthaThavisin.jpg)
Srettha bertemu Anwar di wilayah selatan bincang keselamatan sempadan
Srettha akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di wilayah selatan untuk membincangkan isu keselamatan sempadan dan dwikewarganegaraan.