KEPALA BATAS: Kerajaan digesa menanggani secara serius isu kartel bukan sahaja dalam industri padi dan beras negara tetapi juga melibatkan kartel daging, ayam telur dan gula.
Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) NACCOL, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, tindakan kartel yang cuba mengaut keuntungan menyebabkan ketidakstabilan ekosistem harga padi dan beras serta barangan keperluan lain ketika ini.
Syed Abu Hussin berkata, sikap tamak dan haloba kartel tersebut menyebabkan negara dan rakyat menjadi mangsa kepada krisis ketiadaan beras tempatan dalam pasaran.
“Dalam libat urus yang saya laksanakan, jelas kartel sedang mempengaruhi pesawah- pesawah menawarkan dengan harga yang lebih mahal dan dalam masa sama menekan di peringkat pengguna dengan menjual pada harga lebih mahal.
“Kerajaan tertekan. Jadi, bagaimana nak menyelesaikan masalah kartel ini? Kerajaan juga yang ada kuasa dari segi undang undang untuk menyelesaikan masalah ini.
“Justeru, kerajaan kena serius untuk mengambil tindakan kepada kartel , kerajaan kena serius ambil tindakan kepada kartel,” kata Syed Abu Hussin Hafiz.
Beliau berkata demikian pada sidang media pada majlis berbuka puasa Penggerak MADANI Zon Utara di sini, pada Sabtu.
Dalam masa sama, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata, beliau tetap berpegang kepada cadangannya supaya beras putih MADANI dijual pada harga RM30 bagi setiap 10 kilogram.
Cadangan itu, katanya, dibuat selepas mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan yang terbabit dalam rantaian bekalan beras putih, termasuk pengilang, pesawah serta pengguna.
Justeru, jelas Syed Abu Hussin Hafiz, pihaknya akan akan membawa isu harga lantai padi pada mesyuarat NACCOL, pada 20 Mac ini dan mengesyorkan harga lantai padi dinaikkan daripada RM1,300 ketika ini kepada RM1,500 setiap tan.
Selain itu cadangan RM200 juga, ujar beliau, diberikan sebagai subsidi kepada petani untuk setiap tan padi bagi membolehkan mereka menampung kos pengurusan.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Mar 16 2024

Syed Abu Hussin Hafiz berkata, tindakan kartel yang cuba mengaut keuntungan menyebabkan ketidakstabilan ekosistem harga padi dan beras serta barangan keperluan lain ketika ini.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kartel padi beras: Kerajaan perlu serius ambil tindakan
Tindakan kartel yang cuba mengaut keuntungan menyebabkan ketidakstabilan ekosistem harga padi dan beras serta barangan keperluan lain ketika ini.