JOHOR BAHRU: Sebuah kapal kargo yang membawa muatan besi paip, MV Dai Cat 06 yang berdaftar di Malaysia dilaporkan hilang dengan lokasi terakhir dikesan di perairan Indonesia pada 1 Januari lalu.
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor menerusi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah menerima maklumat berhubung kejadian dari MRSC Langkawi pada 5.13 petang semalam.
Katanya, maklumat diterima berikutan satu laporan polis yang telah dibuat semalam pada jam 12.11 tengah hari oleh ejen kapal terbabit.
"Ejen mendakwa kapal kargo MV Dai Cat 06 telah keluar dari jeti Kampung Aceh, Perak pada 23 Disember 2022 dan sepatutnya tiba di Kuching pada 31 Disember tahun lalu.
"Lokasi terakhir kapal ini dikesan melalui sistem Automatic Identification System (AIS) adalah pada 1 Januari lalu di perairan Indonesia, 0.2 batu nautika dari sempadan perairan negeri Johor.
"Maklumat terkini yang diperolehi pada 10.42 malam semalam, satu isyarat kecemasan Emergency Position Indicatior Radio Beacon (EPIRB) telah dikesan daripada kapal kargo MV Dai Cat 06 di kedudukan 30 batu nautika barat laut Pemangkat, Indonesia.
“Isyarat kecemasan ini dikesan oleh Malaysia Mission Control Centre (MYMCC) dan Police Operation Command Centre (POCC) Singapura," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Maritim Malaysia negeri Johor, di sini, hari ini.
Jelas Nurul Hizam, kapal MV Dai Cat 06 dikendalikan oleh tiga kru warga tempatan dan dua kru warganegara Indonesia.
Kata beliau, anggaran umur kru kapal berkenaan di antara 20 hingga 57 tahun.
"Kita tidak mahu buat andaian kehilangan kapal ini sebelum mendapat maklumat tepat berkenaan kes ini kerana di laut macam-macam boleh terjadi.
"Kapal Kargo ini membawa muatan 527 batang paip RM726,205. Pihak Maritime Rescue Control Centre (MRCC) Putrajaya telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Indonesia bagi mengesan kapal kargo MV Dai Cat 06.
"Pihak MRSC Johor Bahru turut menghantar NAVTEX bagi memohon bantuan komuniti maritim sekiranya mempunyai maklumat mengenai kehilangan kapal ini. Komuniti maritim dimohon untuk menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9401 sekiranya mempunyai maklumat," katanya.
Siti Nur Aqilla Omar
Tue Jan 10 2023

Nurul Hizam menunjukkan lokasi terakhir kapal Kargo MV Dai Cat 06 yang dikesan berdekatan 0.2 batu nautika dari sempadan perairan negeri Johor pada 1 Januari lalu. - Gambar Astro AWANI

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

'Kak, hari-hari kami tidur pakai jaket keselamatan' - Anak kapal MV Dai Cat 06
Adiknya Derrent meluahkan kebimbangan itu apabila kargo mula dimuatkan ke dalam kapal tersebut sebelum ia hilang sejak 9 Jan lepas.

Operasi SAR MV Dai Cat 06 antara negara ditamatkan - APMM
Operasi itu dihentikan selepas semua usaha yang dilaksanakan tidak menemui sebarang petunjuk.

Kru kapal kargo hilang dikenal pasti
Kelima-kelima kru kapal MV Dai Cat 06 ialah dua warganegara Indonesia dan tiga warga tempatan.

Kapal kargo MV Dai Cat 06 hilang 10 hari
Lokasi terakhir kapal yang membawa muatan besi paip itu dikesan di perairan Indonesia pada 1 Januari lalu.