ALOR SETAR: Setelah pulih daripada kesakitan panjang akibat kanser, Noor Zeeda Abd Aziz diuji pula dengan kecacatan kekal, kudung kaki kiri, namun semua itu bukan penghalang baginya untuk memburu kejayaan.
Menceritakan kisahnya, bekas pesakit kanser berusia 42 itu berkata, setelah disahkan menghidap penyakit paling digeruni itu, dia berusaha untuk pulih dan tidak kisah bergelar orang kurang upaya (OKU), asalkan tidak lagi menanggung derita.
"Pada 2007, sebulan selepas lahirkan anak kedua, saya disahkan menghidap kanser tulang dan pada masa sama, pendapatan suami terjejas akibat kegawatan ekonomi dan kami ketika itu diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga.
"Saya asyik berulang ke hospital untuk rawatan dan kontrak kerja tidak disambung, rasa sudah tiada kualiti hidup dan akhirnya saya putuskan untuk 'bebaskan' diri daripada anggota badan yang sakit akibat kanser," kata ibu kepada empat cahaya mata itu kepada Bernama di sini.
Katanya sebelum itu, selain menjalani rawatan kemoterapi, dia juga sudah melakukan pembedahan menggantikan tulang besi pada kaki kirinya, malangnya bahagian berkenaan sering mengalami jangkitan dan menyebabkannya menanggung kesakitan.
Noor Zeeda berkata walaupun ada yang membantah keputusannya untuk mengamputasi sebelah kakinya, namun baginya itulah solusi paling tepat untuknya bebas daripada kesakitan yang berpanjangan.
"Saya pernah 'berumah' selama dua tahun di hospital dan keadaan itu amat memeritkan, namun selepas kaki dipotong pada 2013, saya rasa hidup lebih berkualiti dan saya boleh kembali melakukan banyak perkara diingini yang tertangguh sebelum ini," kata wanita berasal dari Sungai Petani itu.
Katanya ketika awal ujian dia dan keluarganya mengalami kekurangan sumber pendapatan, bayaran ansuran rumah serta kereta tidak mampu dilunaskan kerana kos rawatannya yang melebihi RM70,000, ditanggung sendiri dan dia sentiasa bersedia jika pihak bank akan 'menarik' semua hartanya yang masih terikat dengan hutang.
"Saya hubungi bank beritahu nak tarik kereta, mai la, kereta dah cuci elok ni... nak mai ambil rumah, mai la rumah okay tiada cacat cela. Tapi alhamdulillah waktu itu bank-bank tersebut menawarkan penjadualan semula bayaran, dapatlah dikekalkan kereta dan rumah dengan bayaran minimum," katanya.
Noor Zeeda berkata berkat kesabaran dan dirinya yang tidak berputus asa, akhirnya nikmat kehidupan kini mampu dikecapinya dan 'resepinya' cukup mudah iaitu jangan sesekali menyerah kalah.
"Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac 2020 bermula dan dapat moratorium, saya minta izin suami untuk ambil sebahagian daripada duit itu untuk (dijadikan modal) jual ikan bilis sebab saya tak nak pisang berbuah dua kali (masalah kewangan).
"Tatkala orang menghias rumah dengan duit moratorium, saya beli berkilo-kilo bilis untuk dijual dan setelah beberapa bulan, rakan-rakan mencadangkan agar berniaga di platform e-dagang supaya perniagaan lebih mudah dikendalikan," katanya.
Menurutnya bermula dengan hanya satu tempahan pada bulan pertama dengan nilai jualan cuma RM30, hari ini, wanita bertopang tongkat itu meraih hasil jualan mencecah empat angka setiap hari dan mampu menggajikan lima pekerja untuk membantunya.
Bercakap mengenai situasi negara yang kini dilanda pandemik COVID-19 sehingga menyebabkan ramai individu hilang pekerjaan dan perniagaan terpaksa 'gulung tikar', nasihat Nor Zeeda ialah jangan rasa malu untuk meminta pertolongan.
"Mintalah bantuan daripada sesiapa sahaja, sememangnya pasti akan ada penolakan, namun pasti akan ada juga mereka yang akan sudi menolong kita untuk keluar daripada kesempitan.
"Jangan sesekali pendam (masalah) seorang sehingga memudaratkan diri, berceritalah dengan isteri,suami atau sesiapa sahaja kerana bila ada perbincangan pasti akan membuahkan idea," katanya yang mengharapkan agar kisahnya mampu memberi inspirasi kepada semua pihak yang terkesan sepanjang pandemik ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 01 2021

Selain menjalani rawatan kemoterapi, dia juga sudah melakukan pembedahan menggantikan tulang besi pada kaki kirinya. - Foto BERNAMA

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia
Pakar onkolgi berkata, amnya pemeriksaan mamogram dapat mengesan kanser payudara di peringkat awal, namun kanser ovari sukar dikesan.

Penyelidikan Australia dapati tiada kaitan antara telefon bimbit dan kanser
Penyelidikan yang diketuai oleh agensi keselamatan nuklear dan radiasi Australia tidak menemui sebarang kaitan antara penggunaan telefon bimbit dengan pelbagai jenis kanser, lapor Xinhua.

CCAM rayu sokongan orang ramai selamatkan nyawa 14 kanak-kanak kanser
Persatuan Kanser Kanak-Kanak Malaysia (CCAM) merayu kepada orang ramai untuk memberikan sokongan dengan segera bagi menyelamatkan nyawa 14 kanak-kanak yang kini sedang berjuang melawan kanser.

Penyanyi 'Rasathi Unna Kanatha Nenju', P Jayachandran meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sepanjang kariernya, Jayachandran merakamkan lebih daripada 16,000 lagu dalam pelbagai bahasa termasuk Malayalam, Tamil, Telugu, Kannada dan Hindi.

Kanser bekas Presiden Uruguay merebak ke hati
Hasil pemeriksaan kesihatan terhadap bekas Presiden yang terkenal dengan gaya hidup sederhana itu mendapati metastasis daripada kanser esofagus.

Pakar bedah AS gesa amaran kanser untuk minuman alkohol
Minuman beralkohol disarankan untuk menyertakan amaran tentang risiko kanser pada labelnya.

Rawatan kanser Raja Charles berjalan lancar, akan diteruskan tahun depan
Pasukan perubatan Raja Charles sentiasa memantau dengan teliti jadual acara rasmi baginda sejak kembali kepada tugas awam.

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia
Pelakon Lan Zailan disahkan meninggal dunia akibat kanser kira-kira pukul 4.21 pagi Khamis di PPUM.

Penyelidikan Australia kaitkan diet tidak sihat dengan kanser membawa maut
Penyelidikan terkini di Australia mendapati terdapat kaitan antara pemilihan diet yang tidak sihat dengan risiko kanser yang boleh membawa maut.

Hidup sejahtera menuju penuaan: Hadapi usia emas dengan yakin
DOSM melaporkan bahawa wanita secara amnya mempunyai jangka hayat lebih panjang berbanding lelaki dengan purata lima tahun lebih lama.