Keluarga kanak-kanak lelaki yang ditemui meninggal dunia selepas didakwa bermain dengan bapa saudaranya yang menghidap Sindrom Down, masih terkejut dengan tragedi tersebut.
Ibu saudara mangsa, Normaizatul Akmar Abdul Aziz, 27 tahun, berkata hubungan antara mangsa dan adiknya yang menghidap Sindrom Down itu sangat baik sebelum ini.
Mangsa, Muhammad Azfar Qayyum Md Said, 6 tahun, ditemui tidak sedarkan diri oleh bapa tirinya kira-kira jam 1 petang pada Sabtu di sebuah rumah di Kampung Bandar, di sini.
Kanak-kanak terbabit kemudian dibawa ke Hospital Baling sekitar jam 2.30 petang sebelum disahkan meninggal dunia antara empat hingga lima jam sebelum itu.
"Yang saya tahu, pagi tu dia minta minum air. Kakak saya buatkan, selepas itu kakak saya nak pegi kerja, dia tengok dan lambai.
"Selepas itu, yang saya tahu, suami nampak, dia pegang dah sejuk badan dia," kata Normaizatul ketika ditemui.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Supt Abd Fatah Abd Rahman menjelaskan, hasil pemeriksaan doktor mendapati wujud kesan lebam pada kepala dan badan mangsa.
Menurut keterangan dari ibu bapa mangsa, mangsa bermain tumbuk-tumbuk dengan bapa saudaranya di dalam bilik sekitar jam 7.30 malam pada Jumaat.
Jelas mereka, keadaan mangsa juga baik pada pagi hari kejadian walaupun terdapat kesan lebam pada muka.
Mereka kemudiannya keluar untuk berniaga sebelum mendapati mangsa tidak sedarkan diri di rumah.
Tambah Abd Fatah, susulan kejadian itu, bapa saudara mangsa yang berusia 16 tahun ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Abdul Hadi Che Awang
Sun Jun 30 2019

Muhammad Azfar Qayyum ditemui tidak sedarkan diri oleh bapa tirinya.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kanak-kanak maut selepas main 'tumbuk-tumbuk' dengan bapa saudara
Keluarga kanak-kanak lelaki yang ditemui meninggal dunia selepas didakwa bermain dengan bapa saudaranya yang menghidap Sindrom Down, masih terkejut dengan tragedi tersebut.