IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui dalam keadaan kelaparan dengan kesan kecederaan di seluruh badan disyaki akibat didera, di sebuah pangsapuri di Mengelembu, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang individu kira-kira jam 4.30 petang.
Menurutnya, kes itu juga didapati telah menarik perhatian masyarakat umum.
“Mangsa dijumpai oleh orang awam yang lalu di hadapan pangsapuri berkenaan, ketika kanak-kanak berkenaan meminta makanan daripadanya,” katanya kepada pemberita di sini.
Katanya, hasil siasatan susulan, polis telah menahan ibu kandung mangsa dan teman lelakinya, berumur 23 dan 26 tahun di sebuah pangsapuri di Taman Menglembu Impiana Adril, di sini, kira-kira jam 7 petang hari yang sama.
Menurutnya, ibu kanak-kanak tersebut yang telah bercerai dengan suaminya sejak 2019, bekerja sebagai tukang cuci manakala teman lelakinya bekerja mengutip barangan kitar semula.
“Polis turut merampas paip getah dan rotan yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul mangsa,” ujarnya.
Beliau berkata, mangsa telah ditahan di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan dan pemerhatian.
Menurut Yahaya, kedua-dua suspek telah direman lima hari mulai hari ini hingga 7 Ogos depan untuk siasatan lanjut.
Katanya, polis sedang melengkapkan siasatan dan akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Aug 03 2023

Ibu mangsa dan teman lelakinya direman lima hari mulai hari ini hingga 7 Ogos depan untuk siasatan lanjut. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Keputusan representasi gadis tekap sudu panas pada kanak-kanak tangguh lagi
Keputusan representasi gadis yang didakwa menekap sudu panas pada kanak-kanak ditangguh lagi.

Ibu mengaku salah dera anak kandung didenda RM8,000
Wanita yang mendera anaknya didenda RM8,000 dan bon berkelakuan baik oleh Mahkamah Sesyen Kluang pada Ahad.

Siti Bainun tarik balik permohonan gantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali menarik balik permohonan untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun terhadapnya.

Ibu kandung, rakan dipenjara tiga tahun letak anak dalam sangkar kucing
Tindakan seorang ibu dan rakannya mengurung seorang budak lelaki tiga tahun dalam sangkar kucing, mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi mereka hukuman penjara tiga tahun.

Bapa kandung, ibu tiri mengaku bersalah dera anak enam tahun
Bapa kandung, ibu tiri mengaku bersalah dera anak enam tahun

Ibu tunggal, teman lelaki dera anak dipenjara dua tahun
Ibu tunggal dan teman lelakinya dijatuhkan hukuman penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mendera anak kandung perempuan berusia lima tahun sejak Ogos lalu.

Bayi maut: Mindef akan bantu proses perubahan penempatan anggota
Kementerian Pertahanan akan membantu mempercepat permohonan perubahan penempatan tugas bagi anggotanya yang kematian anak berusia lapan bulan di sebuah taska.

Dua pengasuh disyaki dera dua beradik direman
Dua pengasuh di taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Kampung Raja di sini yang disyaki terbabit kes penderaan dua beradik direman enam hari bermula hari ini.

Budak lima tahun didera: Ibu ditahan, teman lelaki diburu
Polis giat mengesan teman lelaki kepada seorang wanita yang dipercayai turut terlibat dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Jalan Desiran Malawati dekat sini.

Kes dera, liwat pelajar di Merbok, lima individu ditahan
Seramai lima individu ditahan bagi membantu siasatan kes pelajar sebuah maahad tahfiz di Merbok dekat sini, mendakwa didera dan diliwat ketika berada di pusat pengajian itu, Jun lalu.