IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam mesin basuh pakaian di rumahnya di Kampung Sungai Tapah Tambahan di sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kematian kanak-kanak itu daripada pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), kira-kira jam 11.44 pagi.
Menurutnya, mangsa ditemui neneknya di dalam mesin basuh pakaian dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 9.30 pagi.
“Mangsa kemudiannya telah dihantar ke hospital oleh ambulan dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.02 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.
Yahaya berkata, bedah siasat yang dijalankan oleh Jabatan Forensik HRPB mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul (blunt trauma of the head).
Jelasnya, semasa kejadian mangsa bersama ahli keluarga berada di dalam rumah tersebut.
Sehubungan itu, katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).
Beliau menasihatkan orang awam, khususnya ibu bapa atau penjaga supaya tidak membiarkan kanak-kanak di bawah jagaan mereka tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan untuk mengelakkan sebarang tragedi tidak diingini.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Oct 16 2023

Bedah siasat oleh Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Bomba selamatkan kanak-kanak tersepit dalam mesin basuh
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang tersepit dalam mesin basuh di rumahnya di Jalan Felda Lubuk Merbau, Kuala Nerang berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba.

Kanak-kanak disyaki panjat sebelum jatuh ke dalam mesin basuh - Polis
ACP Yahaya berkata kanak-kanak OKU autisme itu dipercayai memanjat mesin basuh ketika semua orang di dalam rumah sedang tidur.

Kanak-kanak enam tahun ditemui mati dalam mesin basuh
Menurutnya, mangsa ditemui neneknya di dalam mesin basuh pakaian dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 9.30 pagi.

Sumbat mayat anak saudara dalam mesin basuh
Suspek merupakan peminat fanatik drama bersiri Netflix bertajuk "Dahmer - Monster: The Jeffrey Dahmer Story" yang menceritakan kisah pembunuh bersiri Amerika Syarikat (AS), Jeffrey Dahmer.

Lelaki mengaku tidak bersalah bunuh tiga kucing dalam mesin kedai dobi
Tertuduh, Muhammad Najwan Zulkefli, 24 tahun, didakwa telah melemaskan haiwan tersebut di dalam mesin basuh di sebuah pusat dobi layan diri di Kepong sekitar jam 5.30 pagi.

Pencuri lembu diberkas, sembunyi belakang mesin basuh
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Azhar Hashim, kegiatan berlaku pada 6 Julai lalu kira-kira jam 6 pagi di Masjid Al-Syakirin, Gunung Bungsu.

Kucing masih bernyawa selepas 12 minit 'dibilas' dalam mesin basuh
Walaupun 'dibasuh' dengan air panas dan terkena bilah-bilah tajam dalam mesin berkenaan, Oscar masih hidup ketika berjaya dibawa keluar.

Kanak-kanak terperangkap dalam mesin basuh dobi layan diri
Kanak-kanak berusia 9 tahun itu dipercayai sedang bermain bersama rakannya apabila dia sendiri masuk ke dalam mesin basuh itu.

Bayi berusia 5 hari dibiar kelaparan, dibuang dalam mesin basuh
Polis dan pasukan paramedik yang dimaklumkan tentang penemuan itu berkata bayi itu sihat namun dalam keadaan yang sangat lapar.

Sejam tahan sakit dalam mesin basuh
Mangsa berusia 3 tahun itu dipercayai bermain dekat mesin basuh berkenaan sebelum terjatuh ke bahagian pengering.