IPOH: Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang ditemukan tidak sedarkan diri dalam mesin basuh oleh neneknya semalam, disyaki memanjat dan terjatuh ke dalam mesin basuh berkenaan yang sedang beroperasi.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata kanak-kanak yang merupakan orang kurang upaya (OKU) autisme itu, dipercayai memanjat mesin basuh berkenaan ketika semua orang di dalam rumah sedang tidur dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi.
"Mesin basuh tersebut jenis muatan atas dan ketika kanak-kanak itu ditemukan mesin sudah berhenti beroperasi. Kami percaya kanak-kanak itu memanjat mesin basuh dan terjatuh ke dalamnya," katanya dalam kenyataan.
Semalam, dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Sungai Tapah Tambahan, Manjoi, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 11.02 pagi.
Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah kecederaan di bahagian kepala akibat objek tumpul.
Sementara itu, Yahya berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a), Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).
Menurutnya jenazah kanak-kanak itu telah dikebumikan di Johor hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2023
ACP Yahaya berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a), Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
Kanak-kanak disyaki panjat sebelum jatuh ke dalam mesin basuh - Polis
ACP Yahaya berkata kanak-kanak OKU autisme itu dipercayai memanjat mesin basuh ketika semua orang di dalam rumah sedang tidur.