Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dirempuh kereta bapanya berikutan tindakan abangnya yang berusia empat tahun bermain-main di dalam kereta berkenaan dalam kejadian di Taman Kerian dekat Parit Buntar semalam.
Bapa mangsa, Mohd Ali Hussin, 53, berkata Mohd Adam, 2, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala setelah kereta itu mengundur dan merempuh anaknya itu.
Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, Mohd Ali berkata beliau berada di dalam rumah untuk mengambil barang selepas pulang daripada menghantar isterinya yang berniaga di Alor Pongsu, Bagan Serai.
"Saya menyedari kejadian itu apabila terdengar bunyi bising di luar rumah dan bergegas keluar dan mendapati anak saya Aiman Yasin cuba menghidupkan enjin kereta," katanya.
Menurutnya, beliau cuba menahan anaknya itu daripada menghidupkan enjin, namun gagal lalu mengakibatkan kereta mengundur dan melanggar Mohd Adam yang berada di belakang kereta.
"Saya tidak menyangka kereta itu mengundur dan percaya Aiman Yasin telah memasukkan gear mengundur secara tidak sengaja ketika sedang bermain," katanya.
Beliau berkata Mohd Adam cedera parah akibat tersepit antara kereta dan dinding rumah.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan mengesahkan kejadian itu.
Bernama
Wed Sep 11 2013
345,000 rakyat Palestin di Gaza berdepan krisis kebuluran pada musim sejuk ini - PBB
Terdapat peningkatan ketara daripada 133,000 individu yang kini diklasifikasikan sebagai mengalami "krisis ketidakjaminan makanan."
Belanjawan 2025: Peruntukan RM5.8 bilion langkah penting perkukuh ATM - PAT
Peruntukan sebanyak RM5.8 bilion untuk perolehan aset strategik serta kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilihat sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang dalam kemas kini di Instagram Story bertitah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
AWANI Ringkas: Langkah "war on sugar"
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belanjawan 2025: Peruntukan terbesar RM421 bilion
Analisis pembentangan Belanjawan 2025 oleh tiga penganalisis ekonomi.
AWANI 7:45 [18/10/2024] - Gaji minimum RM1,700 | Perbezaan hutang terkumpul dan hutang baru | Sehingga tujuh luruan Monsun Timur Laut
1. Belanjawan 2025, gaji minimum naik antara jadi tumpuan.
2. Jangan keliru hutang negara, kerajaan tidak tambah hutang baharu.
3. MetMalaysia ramal banjir di pantai timur, Sarawak dan Sabah.
4. Lima dikhuatiri lemas, perahu lumba karam ketika latihan regata Sarawak.
2. Jangan keliru hutang negara, kerajaan tidak tambah hutang baharu.
3. MetMalaysia ramal banjir di pantai timur, Sarawak dan Sabah.
4. Lima dikhuatiri lemas, perahu lumba karam ketika latihan regata Sarawak.
AWANI Borneo [18/10/2024] – Perahu karam | Belanjawan 2025 | Pan Borneo dan SSLR
Tumpuan Awani Borneo 18 Oktober 2024 bersama Syaff Shukri
1. Lima peserta latihan regata dikhuatiri lemas di Sungai Sarawak.
2. Pemberian khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta.
3. Pembangunan jalan raya di Sabah, Sarawak terus diperkukuh
1. Lima peserta latihan regata dikhuatiri lemas di Sungai Sarawak.
2. Pemberian khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta.
3. Pembangunan jalan raya di Sabah, Sarawak terus diperkukuh
Tanda retak politik Filipina? Naib Presiden Sara Duterte dakwa Marcos tidak cekap
Sara Duterte mendakwa, Ferdinand Marcos Jr menjalankan pentadbirannya tanpa perancangan jelas.
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Kanak-kanak perempuan dua tahun maut terjatuh dari tingkat 16
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Taman Daya, Johor Bahru.
Banjir Sri Muda: Kanak-kanak 2 tahun ditemui lemah, dikejar ke Hospital Klang
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun didapati lemah dan mengalami simptom muntah-muntah dipercayai akibat kekurangan air di kawasan banjir Sri Muda, di sini, malam ini.
Kanak-kanak dua tahun mati didera teman lelaki ibu
Polis telah berjaya menahan seorang suspek lelaki berusia 26 tahun dikatakan terlibat dengan kes dera seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun sehingga maut.
Kanak-kanak maut dilanggar kenderaan dipandu bapa saudara
Sambutan Hari Raya Aidiladha sekeluarga berakhir tragedi apabila seorang kanak-kanak terkorban selepas dilanggar kereta yang dipandu bapa saudaranya
Budak perempuan 2 tahun maut tercekik roti di rumah pengasuh
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas tercekik roti di rumah pengasuhnya Isnin lalu.
Kanak-kanak dua tahun maut dirempuh kereta bapa
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dirempuh kereta bapanya.