PUTRAJAYA: UMNO menolak sekeras-kerasnya cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia, Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Tegas Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.
"Apabila sesebuah kawasan itu diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, maka secara automatik penduduk yang menghuni kawasan tersebut akan dianggap sebagai orang asal dan segala aspek berkaitan pendidikan, budaya serta bahasa akan turut diperakukan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Ujar beliau, cadangan tersebut hanya akan merosakkan keharmonian Kerajaan Perpaduan dan mencetuskan polemik tidak perlu di kalangan rakyat.
Bahkan katanya, ia tidak selari dengan dasar Malaysia Madani yang dipelopori Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kor Ming mesti memahami bahawa isu tanah adalah isu maruah dan kedaulatan yang tiada tolak ansur bagi orang Melayu," jelasnya.
Asyraf Wajdi berkata, UMNO kekal dengan prinsip sebagai benteng Melayu dan bumiputera dalam kerajaan.
"Kami tidak akan sesekali membenarkan sebarang isu yang mengganggu-gugat kesejahteraan rakyat dan membelakangkan hak setiap kaum yang telah dipaterikan dalam Perlembagaan," katanya.
Sebelum ini, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan dilaporkan berkata, cadangan mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah perkampungan itu yang diasaskan sejak 76 tahun lalu.
Ia mengundang kritikan pelbagai pihak yang mendakwa cadangan itu yang boleh menimbulkan ketidakharmonian kaum di negara ini. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 09 2024

Tegas Asyraf Wajdi (foto), ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu. -Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung agensi itu di bawah paras 30 peratus tahun ini.

Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.

Kes saman Dzulkefly terhadap Asyraf Wajdi selesai secara baik
Kes saman difailkan Dr Dzulkefly terhadap Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berhubung hantaran dalam aplikasi X yang didakwa memfitnah Menteri Kesihatan itu selesai secara baik.

Semakan tawaran kemasukan MRSM 2025 diumum Isnin - Pengerusi MARA
Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi 2025 akan diumumkan pada Isnin ini.

Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.

Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.

Mara sasarkan jualan usahawan RM100 juta di MIHAS Dubai
Mara menyasarkan untuk meraih potensi jualan mencecah RM100 juta melalui penyertaan 17 usahawan Program Gate to Global (GTG) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Dubai.

'You touch you go!' - Asyraf Wajdi ingatkan jangan sorok kes buli di MRSM, IPMa
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pengetua terbabit, jika terdapat kes buli yang 'disorokkan'.

Ramli Mohd Nor jadi Orang Asli pertama angkat sumpah ahli MKT UMNO
Jelas beliau, Ramli menjadi Orang Asli pertama yang dilantik sebagai ahli MKT UMNO.

Jangan angkuh, bongkak dengan kemenangan di DUN Mahkota - MKT UMNO
MKT juga berpandangan kemenangan di DUN Mahkota memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan.