KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil berat isu kenaikan pelbagai harga barangan yang membebankan rakyat.
Presiden Persatuan Belia Harmoni Malaysia, Huzayl Mohd Noor Sia berkata, kenaikan harga beberapa barangan asas seperti minyak masak dan ayam jelas membebankan terutama kepada golongan berpendapatan rendah (B40).
Menurutnya, golongan mahasiswa juga terkesan dan mahu membawa suara rakyat secara keseluruhannya untuk didengari kerajaan.
"Kami berkumpul hari ini bukan nak lawan kerajaan.
"Kami berkumpul kerana hendak beritahu bahawa kenaikan walaupun RM1 itu beri kesan kepada makanan seharian setiap keluarga.
"Pak menteri mungkin tidak kisah minyak naik dari RM20 kepada RM40, tetapi rakyat apatah lagi B40 amat merasai kepayahan tersebut," katanya ketika berucap dalam program Speakers Corner anjuran Gabungan Gerakan Mahasiswa di pekarangan Pasar Seni pada Sabtu.
Seramai 200 orang hadir terdiri daripada mahasiswa dan orang awam ke program tersebut.
Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhammad Aliff Naif berkata, kerajaan diberi tempoh sekurang-kurangnya dua minggu untuk memberikan respon kepada lima tuntutan yang dibawa oleh Gabungan Gerakan Mahasiswa.
Beliau berkata, tuntutan tersebut perlu diambil perhatian oleh kerajaan dan jika tidak, gerakan tersebut akan mengambil tindakan drastik untuk turun mengadakan demonstrasi di jalan raya.
"Satu pesanan saya kepada kerajaan, jika tuntutan kami tidak dilayan, ini bukan kali terakhir kamu akan nampak kami di sini dan ini bukan kali terakhir kami akan bersuara," katanya.
Lima tuntutan yang dituntut oleh Gabungan Gerakan Mahasiswa ialah gaji menteri perlu dipotong, mengekalkan subsidi, menuntut bantuan yang bermaruah dapat diberikan kepada semua lapisan masyarakat, mengawal harga barangan dan menyelesaikan masalah jaminan makanan (food security). -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 03 2022

Huzayl Mohd ketika berucap dalam Speakers Corner anjuran Gabungan Gerakan Mahasiswa di pekarangan Pasar Seni pada Sabtu. -Foto Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

'Kami berkumpul bukan nak lawan kerajaan'
Golongan mahasiswa juga terkesan dan mahu membawa suara rakyat secara keseluruhannya untuk didengari kerajaan.