Tindakan seorang guru lelaki di sebuah sekolah di Port Dickson, Negeri Sembilan yang didakwa membaling kasut kepada seorang murid tahun dua tidak seharusnya berlaku lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Kedua P. Kamalanathan.
Katanya beliau sangat terkejut dan kecewa dengan apa yang berlaku dan guru terbabit telah dipindahkan ke sekolah lain.
"Kementerian tidak akan membiarkan kelakuan seperti itu. Kami tidak memandang perkara ini secara ringan. Jabatan Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan Daerah akan melakukan siasatan dan akan dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib. Jawatankuasa tatatertib akan mengambil tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.
Semalam, seorang murid perempuan berusia lapan tahun menerima tiga jahitan di dahi kanannya selepas terkena kasut yang dikatakan dibaling guru lelaki itu yang sedang mengajar di dalam kelasnya.
Difahamkan, dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, murid itu sedang bermain di dalam kelas bersama dua lagi rakannya sehingga membuatkan guru lelaki terbabit hilang sabar dan membaling kasut dan terkena dahi murid berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Kamalanathan berkata kementerian telah mengenakan tindakan awal terhadap seorang guru pendidikan khas Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Mentakab, Temerloh, Pahang yang menengking murid dan guru besar.
Beliau berkata guru terbabit telah dikeluarkan dari sekolah itu dan kini ditempatkan di "pool" bahagian pentadbiran sementara menunggu laporan siasatan
"Kami akan menunggu laporan dari siasatan yang dijalankan sebelum turut merujuk guru terbabit ke jawatankuasa tatatertib," katanya.
Video perbuatan guru itu yang tersebar di laman YouTube sejak 6 Julai lepas, menjadi perhatian ramai terutama pengguna laman sosial yang memberi pelbagai reaksi terhadap kes itu.
Bernama
Sat Jul 12 2014
KAMALANATHAN: Saya sangat terkejut dan kecewa dengan apa yang berlaku
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Kementerian Pendidikan kecewa dengan 'latihan ular' di sekolah
Kementerian Pendidikan hari ini menyatakan kekecewaannya terhadap sebuah latihan meredah kolam berisi ular yang di jalankan di sebuah sekolah di Kuala Kangsar.
Lebih banyak sekolah Tamil akan dibina dalam tempoh terdekat - Kamalanathan
Kerajaan komited untuk membina lebih banyak sekolah Tamil di Malaysia dalam tempoh terdekat, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.
Aplikasi 'MySekolah' pantau aktiviti pelajar - Kamalanathan
Aplikasi mudah alih 'MySekolah' bakal diperkenalkan bagi membolehkan ibu bapa mendapat maklumat terkini mengenai aktiviti anak-anak mereka di sekolah.
Latihan tepuk tangan bukan arahan Kementerian Pendidikan - Kamalanathan
Kementerian Pendidikan tidak mengeluarkan sebarang arahan supaya guru dan pelajar di Terengganu melakukan latihan tepuk tangan.
Tiada sekolah dipaksa laksana DLP - Kamalanthan
Kerajaan tidak pernah memaksa mana-mana sekolah yang terlibat untuk melaksanakan Program Dwibahasa (DLP).
El-Nino: Ibu bapa akan dimaklum sehari lebih awal jika sekolah ditutup kerana cuaca panas
Satu garis panduan telah dikeluarkan kepada semua sekolah mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh guru bagi mengawal situasi pelajar dan murid ketika cuaca panas dan kering.
Murid termakan kaca dalam mi goreng RMT masih dirawat - P. Kamalanathan
Dua murid berkenaan telah menjalani ujian skop dan seorang lagi masih menerima rawatan kerana masih mengalami sakit perut.
Pelbagai gelagat warnai hari pertama sesi persekolahan 2016
Sesi persekolahan tahun ini di keempat-empat negeri itu jauh lebih baik daripada tahun lepas, yang terjejas ekoran banjir teruk.
Kementerian Pendidikan akan siasat video pelajar berpeluk, bercium
Kementerian Pendidikan akan menyiasat sebuah video klip menunjukkan seorang pelajar perempuan memeluk seorang pelajar lelaki dipercayai kekasihnya dalam pakaian sekolah.
Kementerian siasat dakwaan kehilangan murid orang asli lewat dilapor - Kamalanathan
Kementerian Pendidikan akan menyiasat dakwaan berlaku kelewatan dalam membuat laporan berhubung kehilangan tujuh murid Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi.