AMPANG JAYA: "Kalau ahli politik, tindakan atau keputusan itu meraih populariti, saya rasa lebih baik masuk Gegar Vaganza. Tugas saya sebagai menteri ialah memperbaiki keadaan struktur ekonomi yang ada sekarang."
Itu reaksi Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ketika ditanya mengenai Kaji Selidik Tinjauan Rakyat Malaysia 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang menunjukkan hanya 25 peratus rakyat berpuas hati dengan prestasinya.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau menyedari rakyat memerhatikan soal harga barang, namun, perkara itu tidak boleh diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat.
"Saya faham bahawa perkara yang betul-betul diperhatikan rakyat setiap hari ialah soal harga barang. Harga barang bukan sesuatu yang boleh diselesaikan dalam tempoh satu minggu, dua minggu atau tiga minggu.
"Kerjaya politik saya memang pada awalnya saya ambil keputusan yang tidak popular. Semasa bertanding untuk Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), ada perkara yang saya tidak bersetuju secara terbuka dengan Perdana Menteri sekarang (Datuk Seri Anwar Ibrahim).
"Jadi ada orang kata ini tidak popular dan sebagainya, rekod saya selalunya, kalau saya merasakan perkara itu betul dan saya fokus kepada perkara itu, dua tiga bulan akan datang apabila ia menjadi maka orang akan diam, sebab itu sebagai ahli politik saya tidak terikut-ikut dengan dilambung dan dimainkan baik dari pihak media mahupun sosial media,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, fokus beliau ialah memberi tumpuan pada tugas menyelesaikan masalah jangka panjang dan ahli politik tidak boleh mengharapkan rakyat berterima kasih atas kerja yang dilakukan.
"Sebab itu, sama dalam soal perancangan ekonomi, kita ada masalah struktur yang besar.
"Kita tidak ada wang seperti sebelum ini, hutang kita RM1.5 trilion. Jadi tidak boleh mengharapkan kerajaan ambil wang dan subsidi untuk menurunkan harga barang.
“Jika melakukan seperti itu akan menambah masalah. Jadi sebab itu untuk menurunkan harga barang, kita mesti mengatasinya daripada segi perbekalan dan juga permintaan. Perkara ini melibatkan orang ramai kerana untuk mengubah sikap akan mengambil masa,” katanya.
Kajian antara firma penyelidikan O2 Malaysia dengan lima media arus perdana, Sinar Harian, Astro AWANI, The Star, Sin Chew dan Malaysia Namban.itu menunjukkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berada di tangga teratas bagi skor tahap berpuas hati rakyat terhadap jemaah menteri.
Umavathi Ramayah
Sun Feb 26 2023
Kata Rafizi, beliau menyedari rakyat memerhatikan soal harga barang, namun, perkara itu tidak boleh diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat. - Gambar BERNAMA
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
65 peratus Muslim Malaysia pilih produk perbankan, pelaburan patuh syariah
Kaji selidik HLISB melibatkan 690 Muslim Malaysia berusia antara 18 dan 77 tahun, dengan purata pendapatan isi rumah bawah RM10,000 sebulan.
Rakyat Malaysia berkobar-kobar menantikan Olimpik Paris - Ipsos
Arun berkata Olimpik Paris mempunyai kesan positif dan penyatuan dalam kalangan rakyat Malaysia dan keterujaan rakyat terhadapnya amat tinggi.
Cameron Highlands bandar paling bahagia di Malaysia
Persepsi yang diberikan oleh penduduk di Cameron Highlands membuatkan ia dipilih sebagai bandar paling bahagia.
66 peratus rakyat Malaysia bantah kenaikan SST - Kaji selidik UCSI
Kaji selidik dilakukan Pusat Penyelidikan Undian UCSI University mendapati 66 peratus rakyat Malaysia menentang kenaikan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Petronas petakan potensi hidrokarbon berhampiran Lembangan Langkasuka
Kaji selidik yang sedang dijalankan itu telah dimulakan pada Oktober 2023 dan dijangka tamat pada akhir Disember tahun ini.
PRK Pelangai: Wan Rosdy, Allahyarham Johari Harun popular - Kaji selidik ahli akademik
Kaji selidik ini dilakukan melibatkan 1,722 responden yang ditemubual secara bersemuka antara 29 September hingga 2 Oktober lalu.
Terdapat peningkatan sokongan terhadap PH-BN di Kedah dan Kelantan - Rafizi
Terdapat peningkatan sokongan pengundi Melayu di Kedah dan Kelantan terhadap Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) selepas seminggu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung.
Kajian Pengundi Melayu Selangor: 42 peratus pilih PH, 33 peratus pilih PN - EMGC
Dapatan kaji selidik itu juga menunjukkan 15 peratus responden memilih Barisan Nasional sementara satu peratus memilih MUDA.
#SuaraMalaysia: 53 peratus responden pilih prasekolah kerajaan
Setakat Jumaat jam 7.48 malam, kaji selidik menunjukkan, daripada sejumlah 146 responden, 53 peratus memilih prasekolah kerajaan.
10 fakta penting mengenai penggunaan AI dalam organisasi
AI Generatif sedang mengubah paradigma, dan risiko sekitar kes penggunaan tertentu akan terus timbul.