KUALA LUMPUR: Satu kajian yang diadakan baru-baru ini mendapati bahawa terdapat keterujaan yang luar biasa dalam kalangan rakyat Malaysia untuk mengikuti perkembangan Sukan Olimpik Paris 2024.
Ipsos dalam satu kenyataan memaklumkan hasil kajian itu berdasarkan kepada kaji selidik secara bersemuka dengan 500 orang dewasa 18 tahun ke atas dan juga secara dalam talian terhadap 24,531 orang dewasa di bawah umur 75 tahun, di 33 buah negara dari 24 Mei hingga 7 Jun 2024.
Dalam kenyataan medianya Pengarah Urusan Ipsos Malaysia Arun Menon berkata 73 peratus daripada rakyat Malaysia, percaya Sukan Olimpik Paris perlu terus diadakan tanpa mengira keadaan ekonomi dunia dan konflik yang berlaku.
"Dua daripada tiga rakyat Malaysia yang ditemui memaklumkan mereka berminat dengan sukan itu, iaitu satu angka yang 57 peratus lebih tinggi daripada dapatan kajian di negara-negara lain.
"Bagi rakyat Malaysia, Sukan Olimpik Paris bukan hanya satu acara sukan. Lapan daripada 10 rakyat Malaysia, melihatnya sebagai sesuatu untuk mewujudkan perpaduan, kemegahan dan inspirasi untuk generasi akan datang melibatkan diri dalam sukan," katanya.
Arun berkata Sukan Paris mempunyai kesan positif dan penyatuan dalam kalangan rakyat Malaysia dan keterujaan rakyat negara ini terhadap temasya itu amat tinggi.
"Oleh itu, Sukan Olimpik Paris tidak seharusnya terhenti akibat peperangan dan konflik yang sedang berlaku," katanya.
Arun berkata kajian juga mendapati badminton menjadi sukan yang paling dinantikan rakyat Malaysia, dengan 58 peratus menyatakan minat yang tinggi, mengatasi purata global 28 peratus.
Selain itu, bola sepak juga berada pada kedudukan tinggi, dengan 35 peratus rakyat Malaysia menunjukkan minat, berbanding purata 28 peratus di seluruh negara lain.
Sukan Olimpik Paris 2024, yang dijadualkan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos, akan menjadi Sukan Olimpik pertama sejak pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024

Sukan Olimpik Paris 2024, yang dijadual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos, akan menjadi Sukan Olimpik pertama sejak pandemik COVID-19.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia terima dua set tren ETS daripada pembekal China bulan depan - Loke
Malaysia akan menerima dua set tren perkhidmatan tren elektrik (ETS) daripada pembekal China bulan depan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Tiga ditahan terbabit sindiket percepat permohonan warganegara
Dua pemilik syarikat dan seorang kerani ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit sindiket yang merasuah pegawai jabatan kerajaan.

Pelajar IPT cedera parah ditikam rakan lelaki
Seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun cedera parah akibat ditikam rakan lelaki dalam kejadian di sebuah kampus institut pengajian tinggi (IPT) dekat sini, pagi tadi.

Ainon setuju turunkan hantaran hina nabi, sedia mohon maaf - JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengadakan pertemuan dengan pemilik akaun Facebook Ainon Mohd susulan hantaran menghina Nabi Muhammad SAW baru-baru ini.
10 Berita Pilihan - (17 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa – 18 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Ops Khas Pagar Laut 2024, rampasan hampir RM9 juta - APMM Kelantan
Operasi Khas Pagar Laut 2024 merekodkan rampasan bernilai kira-kira RM9 juta melibatkan 121 kes pelbagai kegiatan jenayah rentas sempadan.
AWANI Ringkas: Ismail Sabri selesai rakam keterangan lebih 6 jam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.

Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.

Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.

'Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik'
PEARLY Tan dan M Thinaah dalam satu temu bual baru-baru ini mengakui bahawa mereka kini lebih dikenali selepas mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik Paris lalu.

Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta
Atlet berusia 25 tahun itu menerima ganjaran lumayan berjumlah RM1 juta beserta insentif tambahan sebanyak RM20,000.

Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.