KUALA LUMPUR: Tinjauan Pendapat Pengundi Melayu Selangor mendapati 42 peratus responden Melayu memilih Pakatan Harapan (PH) manakala 33 peratus lagi memilih Perikatan Nasional (PN) untuk diundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan depan.
Dapatan kaji selidik yang dijalankan itu juga menunjukkan 15 peratus responden memilih Barisan Nasional (BN) sementara satu peratus memilih Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).
Pada masa sama, tiada responden yang memilih Parti Pejuang Tanah Air sementara sembilan peratus responden memilih untuk menjawab 'Tidak Tahu'.
Kajian dijalankan Endeavour-MGC bermula 12 hingga 18 Jun lalu.
Menyentuh aspek pertimbangan yang paling penting dibuat apabila mengundi pada PRN Selangor kali ini, 61 peratus responden bersetuju keputusan dibuat berdasarkan faktor parti.
Manakala 28 peratus responden pula memilih faktor individu atau calon, tujuh peratus berdasarkan latar belakang agama.
Tiga peratus responden pula memilih berdasarkan faktor ekonomi dan satu peratus responden memilih berdasarkan kaum.
Kaji selidik yang dijalankan melalui persampelan rawak berstrata itu melibatkan 1,068 orang responden daripada 1,910,841 pengundi Melayu yang berdaftar di Selangor.
Ia terbahagi kepada 50 peratus responden lelaki dan 50 peratus wanita dengan margin kesilapan keputusan adalah 3.0 peratus.
Kaji selidik itu dijalankan di semua 56 kawasan Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.
Empat puluh peratus merupakan responden dari golongan B40 berpendapatan RM4,850 ke bawah, 40 peratus M40 dengan pendapatan antara RM4,850 dan RM10,959, sementara 15 peratus golongan T20 yang berpendapatan RM10,959 ke atas.
Fareez Azman
Fri Jul 14 2023
Kaji selidik yang melibatkan pengundi Melayu Selangor mendapati, 42 peratus responden memilih PH, 33 peratus memilih PN sementara 15 peratus memilih BN.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2
Tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.
Kajian Pengundi Melayu Selangor: 42 peratus pilih PH, 33 peratus pilih PN - EMGC
Dapatan kaji selidik itu juga menunjukkan 15 peratus responden memilih Barisan Nasional sementara satu peratus memilih MUDA.
Kajian Pengundi Melayu Selangor: 68% puas hati prestasi Anwar, Kerajaan Perpaduan
Tinjauan mendapati 42 peratus responden memilih Pakatan Harapan, manakala 33 peratus memilih Perikatan Nasional.
Kajian Pengundi Melayu Selangor: 68% puas hati prestasi Amirudin, KJ pilihan kedua calon MB
Dalam tinjauan itu, 68 peratus responden berpuas hati prestasi keseluruhan Kerajaan Negeri Selangor diterajui Pakatan Harapan.
Kajian Pengundi Melayu Selangor: 63% rasa hak digugat, 89% bimbang kesan inflasi - EMGC
Bagaimanapun, tidak dinyatakan dengan lebih lanjut mengenai 'siapa' dan 'apa' yang menggugat hak responden.