SUNGAI PETANI: Terdapat peningkatan sokongan pengundi Melayu di Kedah dan Kelantan terhadap Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) selepas seminggu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berkata dalam tempoh tujuh hari pertama kempen, sokongan Melayu terhadap gabungan Kerajaan Perpaduan secara purata di Kedah meningkat sebanyak tujuh peratus dan mendakwa setakat ini, lapan kerusi telah berada di dalam tangan mereka.
"Jika kita teruskan momentum daripada minggu pertama ini, saya tak kata kita boleh menang tapi yang diuar-uarkan oleh Perikatan Nasional (PN) mereka akan menang besar sampai 36-0 (di Kedah), saya tak nampak itu akan berlaku malah sebenarnya ia jauh lebih sengit daripada yang disebutkan," katanya kepada pemberita selepas program Jelajah MADANI di sini pada Sabtu.
Beliau berkata situasi serupa turut berlaku di Kelantan di mana sokongan kepada UMNO mencecah tahap 46 peratus setakat minggu pertama kempen manakala PH pula menyaksikan peningkatan sokongan daripada 10 peratus kepada 35 peratus.
"Ini bermaksud dalam tempoh enam bulan, sokongan Melayu di Kelantan kepada PH telah meningkat tiga kali ganda dan sudah hampir sama dengan sokongan Melayu di Kedah sedangkan selama ini, PH bertanding di Kelantan hilang deposit.
"Jadi sama ada ia mencukupi untuk lepasi 50 peratus, saya rasa ada kerusi yang BN bertanding akan lepasi 50 peratus. Ada juga satu kerusi yang saya ingat PH ada harapan untuk menang dan ada kerusi yang sebelum ini kubu kuat PAS, kalau kita kalahpun kita kalah dalam margin 10 peratus sahaja," katanya.
Rafizi berkata berdasarkan momentum kempen dan dapatan kaji selidik yang dibuat setiap minggu, PH berada di depan serta bakal menang selesa di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, justeru dakwaan PN kononnya Kerajaan Perpaduan tidak mendapat sokongan Melayu adalah tidak benar sama sekali.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2023

Rafizi berkata berdasarkan momentum kempen, PH berada di depan serta bakal menang selesa di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. - Gambar fail/Bernama
Sapura Energy belum dihubungi SPRM
Sapura Energy Bhd (SEB) berkata ia belum dihubungi oleh Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatannya terhadap penyalahgunaan dana yang melibatkan syarikat itu.
Bentang cadangan penambahbaikan, tingkat bayaran balik
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membentangkan cadangan penambahbaikan bagi mempertingkatkan kadar pembayaran balik tanpa membebankan peminjam, selepas Aidilfitri ini.
SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilion
Jumlah pemulihan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) keseluruhan yang direkodkan setakat ini ialah RM29,752,034,475.13, iaitu 70 peratus daripada kira-kira RM42 bilion yang dipercayai diselewengkan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan salam Nuzul Quran
Sultan Pahang dan Tengku Ampuan menzahirkan ucapan selamat menyambut hari Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada rakyat negeri ini.

Malaysia terima dua set tren ETS daripada pembekal China bulan depan - Loke
Malaysia akan menerima dua set tren perkhidmatan tren elektrik (ETS) daripada pembekal China bulan depan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Tiga ditahan terbabit sindiket percepat permohonan warganegara
Dua pemilik syarikat dan seorang kerani ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit sindiket yang merasuah pegawai jabatan kerajaan.

Pelajar IPT cedera parah ditikam rakan lelaki
Seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun cedera parah akibat ditikam rakan lelaki dalam kejadian di sebuah kampus institut pengajian tinggi (IPT) dekat sini, pagi tadi.

Ainon setuju turunkan hantaran hina nabi, sedia mohon maaf - JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengadakan pertemuan dengan pemilik akaun Facebook Ainon Mohd susulan hantaran menghina Nabi Muhammad SAW baru-baru ini.

Terdapat peningkatan sokongan terhadap PH-BN di Kedah dan Kelantan - Rafizi
Terdapat peningkatan sokongan pengundi Melayu di Kedah dan Kelantan terhadap Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) selepas seminggu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung.

PRN: Noh tekad jadikan Parlimen Tanjong Karang kubu kuat PN
UMNO Tanjong Karang semakin lemah akibat campur tangan daripada pihak luar yang ingin menghancurkan parti itu sendiri.

Cameron Highlands memang kubu kuat BN - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands adalah kerana mereka menggunakan isu perkauman untuk mempengaruhi sokongan pengundi di situ.

Siapa bakal MB Pahang?
Meskipun, BN berjaya mempertahankan kubu kuatnya apabila menangi 25 kerusi daripada 42 kerusi Dun, tetapi pelantikan pemimpin yang menerajui negeri ini masih menjadi tanda tanya.

'Parlimen Kuantan bukan kubu kuat pembangkang'
Calon BN bagi kerusi Parlimen Kuantan, Datuk Andrew Wong Kean Hwee merasakan Parlimen Kuantan bukan lagi kubu kuat pembangkang.

Jangan anggap PRK Rompin mudah - Hishammuddin
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan semua jentera BN supaya tidak ambil mudah PRK Parlimen Rompin pada 5 Mei ini.