Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan semua jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak ambil mudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin pada 5 Mei ini dengan menganggap kerusi itu kubu kuat BN.
Hishammuddin, penyelaras BN bagi PRK Rompin, berkata jentera BN perlu sentiasa bersedia berhadapan dengan serangan terhadap parti itu, terutama serangan bertubi-tubi terhadap pucuk pimpinan.
"Hari ini saya lihat sendiri wanita BN sudah bersiap sedia untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang begitu berat, pada masa parti dan pucuk pimpinan parti kita diserang bertubi-tubi oleh pelbagai pihak," katanya.
Beliau berkata demikian semasa melancarkan "Jentera Rakyat Wanita BN" bagi PRK Rompin di Muadzam Shah, kira-kira 60km dari sini semalam.
Hishammuddin berkata jentera BN perlu mempunyai jaringan komunikasi serta kenyataan yang senada dengan pucuk pimpinan dalam memberi penjelasan mengenai isu dibangkitkan.
Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan berkata yang pertama, pemimpin dan anggota BN perlu memastikan mesej yang disampaikan kepada pengundi mengenai program pembangunan yang telah dibawa BN ke kawasan ini adalah jelas.
"Kedua, kita perlu pastikan jaringan komunikasi dan jawapan kita kepada pengundi senada berkaitan apa sahaja isu yang diketengahkan," katanya.
Beliau turut mengingatkan anggota BN supaya sentiasa tenang dalam menghadapi sentimen dari luar.
Beliau berkata kemenangan BN di Rompin sejak sekian lama sudah membuktikan bahawa jentera parti itu di sini sudah mempunyai "acuan atau template yang betul."
Untuk itu, beliau berharap Wanita BN mampu memikul tanggungjawab sedia ada dalam mengekalkan kemenangan.
Sementara itu Ketua Wanita BN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semasa berucap pada majlis itu berkata Wanita BN, yang merupakan tulang belakang BN akan berusaha bersungguh-sungguh mendukung calon BN, iaitu pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin Datuk Hasan Arifin.
"Jentera Wanita BN mesti kemas, berdisiplin, amanah serta memberikan komitmen yang penuh terhadap usaha memastikan calon kita menang pada PRK kali ini," katanya.
PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, yang juga pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal setelah mengalahkan bekas ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.
Parlimen Rompin mempunyai 53,294 pengundi berdaftar dan proses penamaan calon akan berlangsung esok, dan pengundian awal akan diadakan pada 30 April, dan pengundian pada 5 Mei.
Bernama
Tue Apr 21 2015

Hishammuddin berkata jentera BN perlu mempunyai jaringan komunikasi serta kenyataan yang senada dengan pucuk pimpinan.

Pulau Pinang senarai 10 projek keutamaan permohonan khas RP1 RMK13 - Chow
Antara disenaraikan ialah Projek Lebuh Raya Pan Island Link (PIL1), projek naik taraf jalan raya dan pemasangan paip serta bangunan.

Paus Francis seru hentikan perang, desak pelucutan senjata global
"Seperti pernah saya nyatakan, perang kini kelihatan semakin tidak masuk akal."

Negeri Sembilan giat perkasa industri ternakan, jangka tingkat bekalan daging 15 peratus
Kerajaan Negeri Sembilan sedang giat memperkasakan industri penternakan bagi meningkatkan SSR daging tempatan menerusi kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan agensi berkaitan.

Usia muda tidak halang dua sepupu teruskan perusahaan bahulu keluarga
Seorang remaja tekad meneruskan perusahaan kuih bahulu arwah bapanya sejak lebih dua dekad lepas sebaik sahaja tamat persekolahan tingkatan lima awal tahun ini.

SELC 2025 perkasa literasi Bahasa Inggeris seluruh Sarawak
SELC 2025 yang dijadual berlangsung pada 17 hingga 19 Sept depan akan menumpukan kepada perkongsian amalan terbaik untuk meningkatkan literasi bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Korea Selatan lapor lebih banyak kes FMD, jumlah meningkat kepada 10
Kes terbaharu dikesan di ladang ternakan di daerah Yeongam, kira-kira 300 kilometer ke selatan Seoul.
9 bulan terkandas di angkasa, dua angkasawan pulang ke bumi
Dua angkasawan NASA, Butch Wilmore dan Suni Williams, berlepas dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) awal pagi Selasa dalam kapsul SpaceX untuk pulang ke Bumi.
Mereka sepatutnya pulang sembilan bulan lalu, tetapi kapal angkasa Boeing Starliner yang mereka naiki mengalami masalah.
Mereka sepatutnya pulang sembilan bulan lalu, tetapi kapal angkasa Boeing Starliner yang mereka naiki mengalami masalah.
Dunia kecam tindakan Israel, dunia perlu campur tangan
Dunia mengecam tindakan Israel melancarkan serangan ke atas Gaza dan menggesa komuniti antarabangsa untuk campur tangan bagi menghentikan jenayah terhadap rakyat Palestin.
Rakyat Israel bantah serangan baharu Israel di Gaza
Menurut salah seorang penunjuk perasaan, Joni Sari, beliau mendakwa satu-satunya penjelasan logik bagi tindakan Israel memulakan semula perang adalah keperluan politik Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Netanyahu arah tentera lancar serangan ke Gaza lebih dahsyat
Tiada istilah simpati bagi tentera Israel selagi Hamas tidak menyerahkan kesemua tebusan warga mereka.
Itu penegasan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang memberi amaran, rakyat Palestin akan terus merasai serangan lebih dahsyat selepas ini.
Itu penegasan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang memberi amaran, rakyat Palestin akan terus merasai serangan lebih dahsyat selepas ini.

‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.

BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.

PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
![[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli [TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723894059_TBAWIE.jpg)
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.

BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.

BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.

Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.

PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.

Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.