TAIPING: Kesempitan hidup memaksa sepasang suami isteri menumpang berteduh di sebuah rumah usang di Kampung Baru Jalan Tokong India, Kamunting dekat sini, yang hanya menunggu masa rebah ke bumi.
Nasib mereka umpama ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ apabila si suami terpaksa berhenti mencari nafkah demi menjaga isterinya yang lumpuh selepas terjatuh di dalam bilik air, kira-kira empat bulan lalu.
Keadaan rumah mereka sangat menyedihkan, dengan atap berlubang di sana-sini dan strukturnya umpama reban yang boleh runtuh pada bila-bila masa.
Aida Ahmad, 33 tahun, berkata, dia dan suami, Marzuki Abdul Manaf, 57 tahun, menumpang di rumah milik rakan suaminya itu sejak empat tahun lalu.
Menurutnya, mereka tidak mempunyai pilihan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap selain keadaan dirinya yang tidak boleh berjalan.
"Setiap kali hujan lebat dengan angin kuat, saya sangat risau kerana takut berlaku perkara tidak diingini. Kadang-kadang kami tidak tidur malam sebab terlampau bimbang.
"Rumah ini sangat uzur. Dinding dan atap pun reput akibat dimakan anai-anai. Kalau hujan, air masuk melalui atap zink yang bocor.
"Keadaan ini amat sukar bagi saya yang hanya mampu baring dan duduk sahaja," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Aida yang berasal dari Kuching, Sarawak, berkata, keadaan rumah itu yang uzur menyebabkan pemiliknya tidak lagi meminta sewa, namun dia dan suami perlu berpindah dan mencari kediaman lain yang lebih selesa.
"Tuan rumah ada hubungi dan beritahu mahu roboh rumah ini. Oleh kerana tiada rumah untuk duduk, suami merayu minta tolong dan mereka beri masa tiga bulan untuk cari rumah lain.
"Mahu cari rumah sewa bukan senang. Kalau ada pun, sewanya RM600 ke RM700 sebulan. Kami memang tidak mampu. Saya dan suami buntu, tidak tahu mahu buat apa lagi," ujarnya.
Aida berkata, disebabkan kemiskinan, dia dan suami pernah terputus bekalan makanan hingga terpaksa mengikat perut dua atau tiga hari.
"Kadang-kadang keluarga ada berikan duit untuk belanja. Jika mereka kirim duit, dapatlah kami beli makanan. Mahu kerap minta tolong pun, mereka juga perlu gunakan duit untuk belanja sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, mereka sangat berterima kasih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang banyak membantu terutamanya membekalkan makanan.
“Semasa sihat dan boleh berjalan, saya ada berniaga kecil-kecilan dengan menjual laksa Sarawak dan kek lapis, tetapi sejak jatuh dan susah bergerak, mandi pun suami uruskan," katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank atas nama Aida Binti Ahmad, 161190134342 atau menghubunginya di talian 017-8571061.
Sementara itu, nasib pasangan suami isteri tersebut mendapat perhatian Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Marhaen Taiping (KMM) yang tampil membantu mendapatkan rumah baharu serta keperluan lain untuk mereka.
Wakilnya, Md Zukry Ahmad memberitahu, pihaknya sedang menguruskan proses perpindahan mereka dengan bantuan beberapa pihak termasuk penghulu dan pegawai daerah.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Dec 28 2021
Pasangan suami isteri ini menumpang di rumah yang uzur ini sejak empat tahun lalu. - Foto Astro AWANI
Bumitra, TH anjur Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan pada 3-5 Jan 2025
Karnival bakal berlangsung di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA di Sepang, Selangor, dengan menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Rokok seludup bernilai RM318,056 dirampas dalam serbuan di rumah usang
Kegiatan itu dikesan ketika anggota ATB 2 menerusi Tim Quick Reaction Force (QRF) membuat rondaan Op Bentang Bersama di kawasan Kampung Batu 3.
'Kalau hujan lebat, angin kuat, kami tak boleh tidur malam'
Keadaan rumah mereka sangat menyedihkan, dengan atap berlubang di sana-sini dan strukturnya umpama reban yang boleh runtuh bila-bila masa.
Tidak mampu baiki rumah, 7 beranak berteduh di rumah usang
Rumah pusaka itu juga tidak mempunyai kemudahan air paip dan mereka terpaksa menggunakan air parit untuk mandi serta mencuci pinggan mangkuk.
'Di jendela sama saya lihat perubahan Langkawi' - Tun M lawat kuarters didiami 65 tahun lalu
Sebuah rumah usang rupanya pernah merakam sejarah sebagai tempat tinggal beliau sewaktu bertugas sebagai pegawai perubatan sekitar 65 tahun lalu.
Nasib pencari lokan dapat pembelaan, Pok Mat kini selesa di rumah baharu
Sebelum ini Pok Mat hanya tinggal di pondok usang tiada atap serta dinding yang dipenuhi lubang menunggu masa untuk roboh di Kampung Teluk Bayu.
Lima tahun di pondok usang, Pok Mat dapat rumah baharu
Rumah usang dengan hanya berdindingkan kayu reput yang hampir menyembah bumi itu menjadi syurga buat seorang pencari lokan.
Warga emas OKU ditemui tinggal dalam rumah uzur
Individu yang dikenali sebagai Pak Cik Hashim itu tinggal di dalam rumah yang strukturnya telah dimakan anai-anai selain atap yang bocor.
Isteri 'calon syurga' sanggup berkorban jaga suami
Bagi Fatimah Jusoh, dia terpaksa berhenti kerja sebagai penoreh getah semata-mata tanggungjawab untuk menjaga suaminya yang kini terlantar akibat diserang penyakit angin ahmar sejak setahun lalu.